[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengalu-alukan pembentangan Menteri Undang-Undang Liew Vui Keong di Dewan Rakyat pada 8 Oktober mengenai Rang Undang-Undang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre -NFCC) bagi pembentukan sebuah agensi yang akan menyelaraskan operasi antara 12 agensi-agensi kerajaan yang berbeza dan memusatkan maklumat berkaitan dengan jenayah kewangan.
Terdapat keperluan yang mendesak bagi pembentukan agensi ini kerana jenayah kewangan biasanya sangat rumit dan merentasi pelbagai sektor dan skop transnasional.
Walaubagaimanapun, Bersih 2.0 membantah keluasan kuasa perdana menteri untuk campur tangan dalam sebuah agensi seperti NFCC di mana pelantikan ketua pengarah untuk NFCC adalah hak mutlak perdana menteri dan agensi itu diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kami amat tidak bersetuju dengan penjelasan menteri undang-undang bahawa tidak ada keperluan untuk pelantikan ketua pengarah melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam. Memandangkan ini adalah undang-undang baru, jadikan ia sebahagian daripada proses pelantikan untuk disemak oleh jawatankuasa pilihan dan mereka juga mempunyai kuasa untuk menolak calon-calon yang tidak berkelayakan dan partisan.
Skandal kewangan 1MDB perlu dijadikan iktibar bahawa membenarkan perdana menteri untuk mempunyai kawalan ke atas NFCC berpotensi menjadikan agensi tersebut sebagai agensi “pelindung” bagi jenayah kewangan yang dilakukan oleh perdana menteri akan datang ataupun kerajaan melainkan agensi ini ditubuh dengan niat – bagi memudahkan “perlindungan”.
Penumpuan kuasa itu di bawah Jabatan Perdana Menteri juga akan melanggar Janji 12 Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya mereka untuk menghadkan keupayaan perdana menteri untuk memanipulasi institusi utama dengan mewujudkan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh, dengan kuasa yang berkaitan akan diagihkan kepada badan-badan lain, termasuk kepada Parlimen.
Bersih 2.0 menggesa Rang Undang-Undang NFCC dikaji semula untuk memasukkan proses tapisan yang lebih telus bagi pelantikan ketua pengarah oleh Parlimen melalui Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Pelantikan Utama, dan supaya NFCC diletakkan di bawah Bank Negara, untuk mengurangkan campur tangan secara langsung oleh perdana dan badan eksekutif.
Negara akan terus berada dalam keadaan yang genting sekali lagi jika skandal kewangan seperti 1MDB berulang dan langkah-langkah pencegahan secara perundangan mesti dilaksanakan segera, bukan hanya untuk Rang Undang-Undang NFCC ini sahaja malah untuk pindaan lain bagi menjamin kebebasan institusi utama termasuk Bank Negara dan Parlimen.
Bersih 2.0 juga mencadangkan istilah ketua pengarah digantikan dengan pengerusi memandangkan ketua pengarah biasanya dikaitkan dengan perkhidmatan awam dan lantikannya dibuat oleh ketua setiausaha kerajaan. Ini juga akan meningkatkan kedudukan agensi ini bagi mencerminkan kepentingan NFCC.
Bersih 2.0 ingin mengingatkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai ucapan beliau sendiri pada pendahuluan Buku Harapan (iaitu manifesto Pakatan Harapan) … “Dengan terbitnya buku ini, kami juga dengan penuh tanggungjawab menyatakan bahawa kami sanggup dihakimi oleh rakyat sejauh manakah kami berjaya memenuhi janji-janji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi dalam pilihanraya umum.”
Menurut beliau lagi, “Kita tidak boleh harap Kerajaan ini (BN) akan betulkan kesalahannya sendiri. Yang boleh betulkannya ialah Kerajaan baru yang berwibawa dan membuat janji-janji yang munasabah dalam manifestonya. Perubahan Kerajaan boleh betulkan kesalahan Kerajaan sekarang (BN), tetapi pengekalan Kerajaan sekarang akan merosakkan lagi negara…. ”
Tunjukkan kredibiliti anda, penuhi semua janji-janji anda, terutamanya janji anda untuk mereformasi institusi-institusi penting negara ini.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
English version
Limit PM’s power to interfere in national anti-financial crime centre
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) welcomes the introduction by Law Minister Liew Vui Keong in the Dewan Rakyat on 8 October of the National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) Bill for the formation of an agency that would coordinate operations among 12 different government agencies and centralise information relating to financial crimes.
Indeed there is a dire need for such an agency as financial crimes are usually complex in nature, traverse many different sectors and are transnational in scope.
However, Bersih 2.0 objects to the extension of the prime minister’s power to interfere in an agency like the NFCC whereby the appointment of the director-general of the NFCC is the sole prerogative of the prime minister and the agency is parked under the Prime Minister’s Department.
We strongly disagree with the law minister’s explanation that there is no requirement for the appointment of the director-general to go through the parliamentary Select Committee on Major Appointments.
This is a new law; make it part of the process that the appointment must be vetted by the select committee and they have the power to reject unqualified and partisan candidates.
Lessons must be learnt from the 1MDB scandal that allowing the prime minister to have control over the NFCC would potentially make it a “cover-up” agency for financial crimes committed by future prime ministers or the government, unless this is the intention – to facilitate cover-ups.
To concentrate such power under the Prime Minister’s Department would also be a violation of the Pakatan Harapan (PH) government’s Promise 12 of their election manifesto to limit the prime minister’s ability to manipulate key institutions by creating stronger mechanisms for checks and balances, with relevant powers decentralised to other bodies, including Parliament.
Bersih 2.0 strongly urges that the NFCC Bill be revised to include a transparent vetting process for the appointment of the director-general by Parliament through the Select Committee for Major Appointments and for the NFCC to be placed under Bank Negara to minimise direct interference by the prime minister and the executive.
The country can ill-afford a repeat of a financial scandal of the magnitude of 1MDB, and legislated preventive measures must be in place immediately not just for this NFCC Bill but for other amendments to secure the independence of key institutions, including Bank Negara itself and Parliament.
Bersih 2.0 also suggests that the term director-general be replaced with chairman as director-generals are usually associated with the civil service and such appointments are initiated by the chief secretary to the government.
Bersih 2.0 wishes to remind Prime Minister Dr Mahathir Mohamad of his own words in the forward to the Buku Harapan (PH manifesto)…”With the publication of this book, we also humbly pledge that we are willing to be judged by the people on how far we fulfil our promises when we are in government. If we fail or if we break our promises, by all means reject us in the next general election.”
He added: “We cannot hope this regime (BN) will correct itself. The only way to correct the situation is by bringing in a new government that has the credibility to implement the promises in this manifesto. A change of government will correct the mistakes of the current regime.”
Show us your credibility, fulfil all your promises, especially your promise to reform our institutions.
Bersih 2.0 steering committee
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.