Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan, yang telah memutuskan bahawa hak mengundi adalah hak perlembagaan dan tidak boleh diketepikan oleh mana-mana peraturan seperti prosedur operasi standard Covid.
Bersih pada 8 Jun 2022 telah membantu seorang pengundi Johor yang telah dinafikan hak untuk mengundi semasa pilihan raya negeri Johor 2022 untuk memfailkan saman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan Malaysia.
Saman itu antara lain untuk mendapatkan satu deklarasi bahawa SPR secara salah telah menghalang pengundi tersebut untuk mengundi, dan sekali gus menafikan hak perlembagaan pengundi seperti yang termaktub di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
Hak untuk mengundi ialah tunjang kepada demokrasi kita. Mahkamah Rayuan dengan tepat telah mengiktiraf bahawa hak untuk mengundi adalah hak perlembagaan – dan bukan sekadar hak statutori – yang tidak boleh dimansuhkan dengan mudah.
Hak perlembagaan memerlukan kelulusan dua pertiga daripada Parlimen untuk dipinda, manakala hak statutori hanya memerlukan majoriti mudah. Hak ini juga sama sekali tidak boleh dinafikan melalui peraturan subsidiari yang digubal oleh pegawai kerajaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih mengucapkan tahniah kepada pengundi ini yang berani tampil ke depan mempertahankan hak perlembagaan beliau untuk mengundi, sekali gus mencetuskan keputusan yang sangat baik.
Bersih juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguam daripada firma AmerBon yang diketuai oleh New Sin Yew. Menurut beliau, keputusan ini merupakan keputusan bersejarah kerana ini adalah kali pertama mahkamah di Malaysia mengiktiraf hak untuk mengundi sebagai hak perlembagaan.
Bersih sekali lagi menegaskan bahawa SPR, sebagai badan pelaksana pilihan raya di Malaysia, perlu bertindak dengan lebih proaktif dan memastikan hak setiap seorang pengundi tidak terjejas. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

