[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menerima surat penolakan permohonan daripada setiausaha kerajaan Sarawak supaya pengerusi Bersih Thomas Fann dapat masuk ke Sarawak sebagai sebahagian daripada pasukan jerayawara (roadshow) “ketuanan pengundi” yang akan mengadakan sesi townhall di Kuching pada hari Sabtu ini.
Bersih dukacita dengan keputusan kerajaan Sarawak. Thomas Fann berada dalam senarai “tidak dibenarkan masuk” sejak daripada 2016. Meskipun Akta Imigresen memberi hak kepada Sarawak dan Sabah untuk menghalang mana-mana rakyat bukan warga Malaysia Timur namun ianya bukan bertujuan menghalang aktiviti politik yang sah dibawah Seksyen 67 akta tersebut.
Bersih sedang mengadakan roadshow ketuanan pengundi di seluruh negara bagi membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia akan kepentingan reformasi politik dan pilihan raya bagi memperkasakan demokrasi berparlimen sebelum pilihan raya umum akan datang. Thomas Fann, sebagai pengerusi Bersih, adalah penting dalam membawakan kempen mustahak ini dan sepatutnya memberi penerangan kempen ini secara fizikal di sana.
Walaubagaimanapun mesej mengembalikan ketuanan pengundi selepas mandat rakyat ditendang-tendang semasa Langkah Sheraton yang menjerumuskan negara kita kepada dua setengah tahun dengan ketidakstabilan politik, tidak dapat dihentikan serta akan diteruskan di Kuching pada hari Sabtu ini dan di negeri lain selepas ini.
Thomas akan menerangkan kempen ini secara maya walaupun beliau ingin bertemu dengan rakan dan penyokong Bersih serta menikmati keramahan mereka.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Anda boleh menyokong kempen roadshow Ketuanan Pengundi di seluruh negara dengan menyumbang ke:
Nama: Bersih & Adil Network Sdn Bhd
Bank: Maybank (PJ Old Town)
Nombor: 512295102931
Rujukan: KP Roadshow
Bersih menggesa kerajaan Sarawak untuk mengangkat larangan kepada Thomas Fann, ahli-ahli politik, peguam, ahli akademik dan aktivis-aktivis politik yang berada dalam senarai “tidak dibenarkan masuk” dengan segera.
Kerajaan yang bersih, stabil dan yakin serta tidak ada yang perlu disembunyikan tidak perlu takut dengan advokasi reformasi institusi dan sebarang suara membantah, yang akan mendesak Malaysia yang lebih terbuka dan terpencar. – Bersih
English version
Barring the Bersih chairperson will not stop the message of ‘ketuanan pengundi’
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) received a letter of rejection from the Sarawak state secretary to our application for our chairperson, Thomas Fann, to enter Sarawak as part of the “ketuanan pengundi” (voters’ supremacy) roadshow team that is due to hold a town hall session in Kuching on Saturday.
Bersih regrets the decision of the Sarawak state government. Fann has been on Sarawak’s “no entry list” since 2016. While the Immigration Act grants Sarawak and Sabah the right to deny entry to any non-residents of the East Malaysian states, it was never intended to restrict legitimate political activities under Section 67 of the act.
Bersih is on a nationwide ketuanan pengundi roadshow to bring awareness to the Malaysian public of the urgent electoral and political reforms needed to strengthen our parliamentary democracy before the coming general election. Fann, as the chair of our organisation, is key in spearheading this important campaign and was expected to address this Saturday’s town hall session in person.
Nonetheless, the message to restore voters’ supremacy – after the people’s mandate was pushed aside during the Sheraton Move, plunging our country into two-and-a-half years of political uncertainty – cannot be stopped and will continue in Kuching this Saturday and the rest of the country after that.
Fann will deliver his address virtually, though he would have very much loved to meet with friends and supporters in person and enjoy their warm hospitality.
To support our ketuanan pengundi nationwide roadshow, you could help cover the total expenses of RM50,000 by donating to :
Name: Bersih & Adil Network Sdn Bhd
Bank: Maybank (PJ Old Town)
Number: 512295102931
Reference: KP Roadshow
Bersih calls on the Sarawak state government to lift the ban on Fann, politicians, lawyers, academics and other political activists on its “no-entry list” with immediate effect.
A clean, stable and confident government that has nothing to hide need not fear advocates of institutional reform or any dissenting voices, when it is supposedly pushing for a more open and decentralised Malaysia. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme