[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih 2.0 khuatir dengan percubaan sengaja untuk mencegah pendaftaran pengundi baru oleh pihak-pihak tertentu, dengan mengeksploitasikan proses pembantahan pengundi baru yang terkandung di Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Peruntukan bantahan pengundi baru bertujuan untuk membasmi pengundi hantu dan memastikan pendaftaran baru adalah betul, tetapi malangnya telah disalahgunakan untuk mencegah pendaftaran pengundi baru, dan ianya bersifat perkauman.
Apabila dibantah, pengundi baru perlu hadir ke pejabat SPR untuk sesi pendengaran dan membuktikan bahawa mereka adalah pengundi di kawasan tersebut.
Kakitangan dan sukarelawan Bersih 2.0 telah menghabiskan masa selama dua jam di SPR Shah Alam pada 6 Mac 2017 untuk memantau dan menyaksikan lebih daripada 20 orang pengundi baru yang hadir di di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor untuk berdepan dengan pembantah-pembantah mereka. Salah seorang pegawai SPR memberitahu Bersih 2.0 bahawa mereka menangani 100 kes setiap hari.
Selepas pengundi berjaya mengemukakan bukti bahawa mereka adalah pengundi sahih, pegawai SPR yang bertugas memaklumkan bahawa pampasan sebanyak RM100 wajib dibayar oleh pembantah, tetapi ini terpulang kepada pengundi untuk menuntut pampasan tersebut.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ekoran pemerhatian kami, Bersih 2.0 juga telah menerima aduan sepanjang proses ini:
- Sekurang-kurang tiga orang pembantah adalah ahli jawantankuasa Umno bahagian Petaling Jaya Selatan.
- Sekumpulan pembantah yang terdiri dari lelaki dan wanita dinampak menerima arahan dari seorang individu mengenai pengundi mana satu yang dibantah.
- Seorang pengundi yang baru didaftar menuntut wang pampasan, tetapi pembantahnya menjawab bahawa pampasan akan dibayar dalam masa tiga bulan oleh sebuah “agensi” dan bukan diri sendirinya. Apabila seorang sukarelawan Bersih 2.0 mengambil gambar pertukaran tersebut, seorang lelaki menghalang dan merampas telefon beliau. Dia mengatakan bahawa dia berasal dari “Jaringan Melayu”.
- Seorang lagi pengundi baru mendakwa pembantahnya tidak sedar bahawa dia telah mengemukakan sebarang bantahan. Pembantah memberitahu pengundi bahawa dia telah diberikan arahan oleh Umno Selangor untuk menghadirkan diri di Pejabat SPR pada hari tersebut.
- Seorang pengundi baru terkejut menemui jirannya yang biasa ramah terhadap dia merupakan pembantahnya yang mendakwa si pengundi tidak menduduki alamat yang didaftarkan.
SPR mempunyai tugas untuk menjamin hak pengundi dan mengelakkan penyalahgunaan proses. Berdasarkan penemuan ini, Bersih 2.0 mengemukakan persoalan-persoalan berikut kepada SPR:
- Adakah bantahan secara beramai-ramai tanpa alasan kukuh ini merupakan suatu perancangan secara sengaja, terutamanya di Selangor?
- Berapakah kes bantahan yang diterima oleh SPR pada tahun 2016 dan apakah peratusan pengundi baru yang menghadiri sesi pendengaran yang ditetapkan?
- Apakah mekanisme penguatkuasaan untuk memastikan pampasan RM100 dibayar kepada pengundi baru jika bantahan terhada mereka ditolak? Sekiranya terdapat 100 bantahan yang ditolak dalam satu hari, ini akan menghasilkan jumlah dendaan sebanyak RM10,000 sehari.
Tambahan lagi, ini bukannya kali pertama isu ini ditimbulkan, malah ia sudahpun berleluasa selama sekurang-kurangnya dua tahun. Bersih 2.0 pernah menerima aduan ini seawal tahun 2015, dan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming pernah membangkitkan isu ini pada bulan September 2015.
Adakah pembantahan-pembantahan ini wujud secara khususnya di Selangor sahaja ataupun seluruh pelosok negara?
Bagi pengundi-pengundi baru yang akan didaftarkan pada suku pertama tahun ini (Januari-Mac 2017) yang bimbang dengan status mereka, Bersih 2.0 menyeru mereka untuk menyemak status pengundi di laman SPR menjelang April 2017. Hasil carian laman sepatut menunjukkan nama pendaftar sedang diproses.
Sekiranya mereka menerima surat bantahan, mereka perlu menghadiri sesi pendengara; jika tidak, nama mereka tidak akan didaftarkan.
Bersih 2.0 mengucapkan syabas kepada pengundi-pengundi baru didaftar dan menyeru kepada mereka yang dibantah untuk hadir ke sesi bantahan demi hak mengundi mereka. Kami menyaran semua pengundi baru sahih untuk berdepan dengan isu-isu ini untuk menghubungi Bersih 2.0 supaya kami boleh meminta penjelasan dari SPR.
Ahli-ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
Ploy to prevent new voter registrations in Selangor
BERSIH 2.0 is alarmed at what appears to be a strategic if not deliberate attempt by certain parties to disenfranchise voters through exploiting the voter objection provision in the Elections (Registration of Electors) Regulations 2002, which allows for objections to new registrations.
The objection provision in the regulations is in place to weed out phantom voters, but unfortunately the recent trend in objections may give rise to a misperception that there is a conscious racially targeted effort to block new voters from registering.
Once objected, the new voters need to be present at the Electoral Commission’s office for an inquiry and prove that they are legitimate voters in the constituency.
Bersih 2.0 staff and volunteers spent two hours at the commission’s office in Shah Alam on 6 March 2017 to monitor and witness for themselves over 20 newly registered voters turn up at the Selangor Electoral Commission’s office to face their objectors. A commission official official informed Bersih 2.0 that they hear 100 cases per day.
Once a voter has shown proof that they are genuine voters, the Electoral Commission officer-in-charge informs them that compensation of RM100 will be paid by the objector and that it will be up to the voter to pursue the matter.
Bersih 2.0 observed and received reports of a number of concerning incidents during the process:
- At least three of the objectors are committee members of the Petaling Jaya Selatan Umno division.
- A group of men and women who acted as objectors were being instructed by a single person on who they objected to.
- A newly registered voter asked her objector when the objector would pay the compensation. The objector said the voter would be paid in three months by an “agency” and went further to say she herself is not paying but some other “agency” would pay. When a Bersih 2.0 volunteer took a photo of the exchange, a man grabbed her phone to stop her. He declared he was from “Jaringan Melayu”.
- One newly registered voter reported her objector did not know they had objected to her registration. The objector informed her that he had been given a directive by Selangor Umno to appear at the Electoral Commission’s office that day.
- One newly registered voter was surprised to see that his neighbour, whom he often speaks to, was his objector who claimed he did not live at the registered residence.
The Electoral Commission has a clear duty to enfranchise voters and prevent abuse of a legitimate electoral process. Bersih 2.0 thus raises the following concerns and expects clarifications from the commission:
- Are there hidden hands behind this flurry of voter objections, especially in Selangor?
- How many objections has the commission received in 2016 and what percentages of newly registered voters who face objections actually turn up for their respective hearings?
- What are the enforcement mechanism to ensure the RM100 fines are paid? If up to 100 objections were rejected per day, this could amount to up to RM10,000 in fines per day.
This is not the first time we have encountered this issue. In fact, it has been going on for two years as far as we know. Bersih 2.0 first received a complaint in 2015, and the same issue was raised by Serdang MP Ong Kian Ming in September 2015.
Are these objections only peculiar to Selangor or a nationwide occurrence?
For new voters registered in the quarter January-March 2017 who may be concerned about their status, Bersih 2.0 urges them to check their voter status on the Electoral Commission’s website in April 2017. It should show that their registration is in process.
Should they receive an objection letter, they have to attend the hearing or else their name might not be registered.
Bersih 2.0 congratulates these newly registered voters and urges other voters facing objections to make a conscious effort and sacrifice their time to turn up at their hearings to claim their right to vote. We urge all authentic new voters who face such issues to contact Bersih 2.0 so we can seek clarification from the Electoral Commission.
Bersih 2.0 steering committee members
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme