
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyeru kepada pihak polis untuk menghentikan intimidasi terhadap aktivis-aktivis Bersih 2.0 dan lain-lain dengan segera.
Bersih 2.0 menegaskan sekali lagi kepada pihak polis agar melihat semula prosedur pengendalian piawai (SOP) serta memperbaikinya supaya tidak menghalang para aktivis gerakan sivil daripada bersuara dan berhimpun secara aman.
Penegasan ini dibuat kerana setelah hampir setahun penyerahan memorandum menggesa pembersihan daftar pemilih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), aktivis daripada Bersih 2.0 masih dipanggil untuk disoal siasat oleh polis. Memorandum tersebut dihantar di ibu pejabat SPR pada 24 April 2018 semasa dalam tempoh kempen pilihan raya umum 2018.
Aktivis Bersih 2.0 iaitu bekas pemangku pengerusi Shahrul Aman Mohd Saari dan Chan Tsu Chong yang menghantar memorandum tersebut telah dipanggil baru-baru ini untuk disiasat dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Adalah tidak diterima akal hanya kerana menghantar memorandum pun polis ingin panggil untuk siasatan.
Bersih 2.0 juga menggesa agar kerajaan Pakatan Harapan segera memansuhkan Akta Perhimpunan Aman agar ianya tidak dijadikan alat untuk menghalang aktivis menyatakan suara mereka secara sah.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Semenjak pertukaran kerajaan pada Mei tahun lepas sudah beberapa kali akta ini digunakan untuk mengintimidasi aktivis. Kes terdekat adalah aktivis mahasiswa di Sabah yang membuat Himpunan Pandang ke Sabah di Kota Kinabalu pada September tahun lepas. Mereka telah dikasari oleh pihak berkuasa dan ditahan di Balai Polis Karamunsing selama beberapa jam hanya untuk disoal siasat.
Siasatan sebegini adalah satu bentuk intimidasi kepada para aktivis yang hanya melaksanakan hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat seperti yang dibenarkan oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Pihak polis harus segera mengubah SOP mereka bagi memfokuskan tenaga mereka menyiasat kes-kes yang lebih utama serta lebih berat daripada hanya sekadar penghantaran memorandum atau perhimpunan yang dilakukan secara aman dan tidak salah dari segi undang-undang.
Sila raikan demokrasi dan hormati hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pandangan mereka dengan cara yang tidak bercanggah dengan norma masyarakat demokratik.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme