Home Coalitions Clean and Fair Elections Hentikan kekalutan politik, sambut seruan untuk runding MoU (Malay/English)

Hentikan kekalutan politik, sambut seruan untuk runding MoU (Malay/English)

Putrajaya

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan gesaan sidang pengarang Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro untuk hentikan segera kekalutan politik dengan parti komponen “kerajaan perpaduan” dan pembangkang duduk semeja untuk berunding dan memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang baru.

Bersih berpandangan sebuah MoU yang baru dapat membendung gejala ekstrimisme dan menamatkan polemik yang tidak sihat, serta membolehkan tumpuan sepenuhnya pada pemulihan negara.

MoU dapat menjana kestabilan politik seperti mana yang dilihat dalam MoU transformasi dan kestabilan politik yang ditandatangan oleh kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan pada September 2021, yang membolehkan kestabilan politik selama 13 bulan. MOU tersebut telah berjaya meluluskan undang-undang anti-lompat parti dan beberapa reformasi parlimen.

Bersih menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin untuk menyatakan komitmen mereka bagi merundingkan sebuah perjanjian damai.

Bagi membina asas dan kepercayaan, kerajaan perpaduan dan pembangkang perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat daripada kepimpinan Parlimen, iaitu Yang di-Pertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang menyelia pelaksanaan reformasi penting seperti undang-undang anti-lompat di bawah MoU, dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul.

Parlimen boleh dan perlu memainkan peranan utama bagi perdamaian politik yang mampan sehingga 2027 yang memerlukan pemerkasaan ahli Parlimen pembangkang dan backbencher kerajaan sebagai pertukaran dengan janji pembangkang untuk tidak berkomplot menjatuhkan kerajaan.

Bersih mengusulkan perjanjian damai tersebut untuk memasukkan 10 penjajaran politik dan reformasi institusi:

  1. Akta penggal tetap parlimen supaya Parlimen ke-15 sehingga 18 Disember 2027 dan Suruhankaya Pilihan Raya membuat pra-umum tarikh pilihan raya yang tetap. Permohonan pembubaran awal hanya boleh dipersembahkan kepada Agong oleh perdana menteri dalam dua keadaan: (a) kerajaan hilang majoriti (b) usul pembubaran diluluskan oleh majoriti dua pertiga Dewan Rakyat. Tanpa menjejaskan kuasa Agong untuk menahan keizinan pembubaran awal, hal ini akan memberikan lebih kestabilan dan kebolehramalan politik untuk membina keyakinan rakyat dan pasaran
  2. Pengkanunan peruntukan dan proses untuk mekanisme kepercayaan parlimen termasuklah undi percaya pengabsahan (confirmatory vote of confidence) selepas pelantikan PM baharu dan undi tidak percaya konstruktif (constructive vote of no confidence) untuk membuang PM. Mekanisme kepercayaan ini akan meningkatkan keyakinan dan memastikan kestabilan bagi kerajaan majoriti atau minoriti serta memelihara peranan perlembagaan ketua negeri
  3. Pindaan peraturan mesyuarat untuk kedua-dua dewan bagi memperkasa ahli parlimen persendirian (private members) dan memastikan keberkesanan pengawasan parlimen dengan penubuhan jawatankuasa tetap dan khas parlimen serta memperuntukkan masa urusan bukan kerajaan apabila Parlimen bersidang
  4. Pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen untuk memastikan Parlimen lebih mandiri. Parlimen perlu mempunyai belanjawan sendiri untuk mendana staf sendiri, jabatan penyelidikan, jawatankuasa pilihan dan malah pusat khidmat untuk ahli-ahlinya. Ini adalah antara reformasi yang belum terlunas semasa MoU Ismail Sabri
  5. Pengiktirafan kabinet bayangan pembangkang dengan peruntukan yang mencukupi untuk membayangi menteri dengan akses maklumat yang berpatutan supaya mereka dapat berfungsi dengan berkesan sebagai pembangkang yang konstruktif dan kerajaan menunggu
  6. Akta peruntukan pembangunan kawasan untuk memastikan layanan yang sama rata kepada ahli Parlimen tanpa mengira parti. Undang-undang yang sama perlu diperkenalkan di 13 negeri yang lain
  7. Akta pembiayaan politik dengan pendanaan politik untuk parti politik untuk mencegah politik wang dan korupsi, dan untuk memenuhi keperluan parti mendanai aktiviti dan kos pengoperasian mereka
  8. Pemerkasaan Dewan Negara sebagai penjaga hak-hak negeri bersama wakil rakyat yang dipilih dan satu pertiga kuasa veto untuk Sarawak, Sabah dan Labuan
  9. Reformasi Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk menghapuskan kawalan politik oleh perdana menteri. Pejabat pendakwaraya yang bebas perlu ditubuhkan berasingan daripada peguam negara, yang fungsi utamanya sepatutnya menjadi penasihat undang-undang kerajaan
  10. Reformasi SPR agar menjadi bebas, adil, diperkasakan dan dipertanggungjawabkan ke Parlimen bagi memastikan pilihan raya bebas dan adil
READ MORE:  Gubal akta penggal tetap parlimen demi agenda reformasi dan rakyat

Bersih berharap agar kedua-dua kerajaan perpaduan dan Perikatan Nasional bersama kami untuk menyahut seruan positif dari Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro untuk menamatkan kekalutan politik dan memberi tumpuan menyelesaikan masalah rakyat, bangsa dan negara. – Bersih

English version

End the incessant politicking, take up the call to negotiate a new MoU

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) welcomes the clarion call by the editorial of Berita Harian, New Straits Times and Harian Metro to immediately put an end to incessant politicking by urging the component parties of the “unity government” and the opposition to come together to negotiate and sign a new memorandum of understanding (MoU).

Bersih believes a new MoU can help ameliorate recent extremist rhetoric and tone down the level of unhealthy polemics, and allow full focus on the recovery of the country.

A new MoU can help create political stability as seen in the case of the MoU for political transformation and stability signed by the previous Ismail Sabri Yaakob government and Pakatan Harapan in September 2021, which enabled 13 months of political stability. The MoU resulted in the passing of an “anti-hopping” law and some measures of parliamentary reform.

Bersih urges Prime Minister Anwar Ibrahim and parliamentary Opposition Leader Hamzah Zainudin to make their commitment to negotiate for a peace deal.

To build trust and facilitate the process, the unity government and the official opposition can consider seeking the national service of the leadership of Parliament, namely Senate President Wan Junaidi Tuanku Jaafar – which oversaw the implementation of major reforms including the anti-hopping law under the MoU – and House of Representatives Speaker Johari Abdul.

READ MORE:  Government urged to present parliamentary reform roadmap

Parliament can and must play a main role for a sustainable political peace till the end of 2027 – which would require the empowerment of opposition MPs and government backbenchers (collectively known as private members) in exchange for the opposition’s promise to not plot for the government’s collapse.

Bersih proposes that the peace deal should incorporate the following 10 political arrangements and institutional reforms:

  1. Reform of the Attorney General’s Chambers and Malaysian Anti-Corruption Commission to remove the political control of the PM. An independent office of the public prosecutor should be created separately from the attorney general, whose main function should be to act as the government’s legal counsel. The MACC chief should be appointed through a multi-party parliamentary select committee to ensure its independence and impartiality
  2. Reform the Election Commission to become more independent and make the appointment of election commissioners accountable to Parliament to increase public trust in fair elections and the redrawing of constituency boundaries
  3. A fixed-term Parliament act for the 15th Parliament to go full term until 18 December 2027 and for the Election Commission to pre-announce the default election dates. A request for an early dissolution can only be presented to the Agong by the PM in only two situations: (a) the government having lost its majority (b) a resolution supporting this, passed by a two-thirds majority in the House of Representatives. Without affecting the royal discretionary power to withhold assent to early dissolution, this can bring about greater political stability and predictability to build the confidence of the public and the market
  4. Codification of provisions and processes for Parliament’s confidence mechanism, which includes the confirmatory vote of confidence after the appointment of a new PM and the constructive vote of no confidence for the removal of a PM. These confidence mechanisms would evoke confidence and yet ensure stability for small majority or minority governments and preserve the constitutional role of the head of state
  5. Amendments to the standing orders of both houses to empower private members and guarantee effective parliamentary oversight by setting up more special and permanent select committees and providing for non-governmental business time when Parliament sits
  6. Re-introduction of the Parliamentary Services Act to make Parliament more independent. Parliament should have its own budget to fund its own staff, research department, select and special committees, and even the service centres of its members. This is one of the unfulfilled reforms under the Ismail Sabri-PH MoU
  7. Recognition of the opposition’s shadow cabinet with adequate allocation to shadow ministers and commensurate access to information so that they can function effectively as a constructive opposition and government-in-waiting
  8. An equitable constituency development funding act to ensure equal treatment for all members of Parliament regardless of party affiliations. Similar laws should be introduced at the 13 state legislatures
  9. A political financing act with public funding for political parties to curb money politics and corruption and to meet the need of parties to fund legitimate operational cost and activities
  10. Strengthening of the Senate to function as the guardian of state rights with elected members and a one-third veto power for Sarawak, Sabah and Labuan
READ MORE:  Group welcomes deputy PM's suggestion to enact fixed-term parliament act

Bersih hopes that both the unity government and Perikatan Nasional will join us to welcome the positive calls from Berita Harian, the New Straits Time and Harian Metro to end the political polemics and focus on solving the problems of the people and the country. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x