Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih 2.0: Hentikan kemunafikan, gugurkan pendakwaan politik

Bersih 2.0: Hentikan kemunafikan, gugurkan pendakwaan politik

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sekali lagi mengutuk dan mengecam tindakan kerajaan menyalahgunakan proses undang-undang untuk menjalankan siasatan dan pendakwaan terpilih.

Pada 25 November 2015,  anak dan isteri Menteri Besar Selangor Azmin Ali telah sekali lagi dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan penglibatannya dalam perhimpunan aman Bersih 4.

Malah menurut beliau dalam satu perkongsian Twitter, sekiranya anak beliau gagal hadir, waran tangkap akan dikeluarkan oleh pihak polis.

Bersih 2.0 melihat ini sebagai satu lagi episod siri gangguan terhadap rakyat yang telah berhimpun menyatakan bantahan dan rasa tidak percaya mereka dalam perhimpunan aman Bersih 4 pada hujung Ogos lalu.

Setelah pihak polis membiarkan perhimpunan tersebut berlangsung selama 34 jam tidak jauh dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, siri siasatan dan pendakwaan yang berlangsung akhir-akhir ini memperlihatkan kemunafikan kerajaan yang kononnya menjamin hak berhimpun dan bersuara.

Ini ditambah pula dengan siri pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 terhadap pemimpin dan aktivis masyarakat seperti S Arutchelvan, meramaikan lagi bilangan mangsa akta terbabit yang bertujuan membungkam hak membantah dan mengkritik.

Bersih 2.0 tegas menyatakan bahawa sebuah kerajaan yang menafikan hak demokratik rakyatnya untuk berhimpun, bersuara dan menyatakan bantahan bukanlah sebuah kerajaan yang demokratik dan tidak harus berlakon seolah-olah ia sebuah kerajaan yang demokratik di hadapan pemimpin-pemimpin antarabangsa.

Bersih 2.0 sekali lagi menggesa supaya semua siasatan dan pendakwaan yang bermotifkan politik di bawah akta-akta zalim dan tidak masuk akal yang memihak kepada pemerintah digugurkan serta-merta.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:

Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x