Home Coalitions Clean and Fair Elections Hentikan salah guna kuasa dan sumber kerajaan

Hentikan salah guna kuasa dan sumber kerajaan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh calon Parti Warisan Sabah Karim Bujang semasa berkempen di pilihan raya kecil P176 Kimanis seperti yang dilaporkan oleh Borneo Today pada 5 Januari 2020 bertajuk “Undi parti pemerintah untuk kelangsungan pembangunan di Kimanis”.

Karim menyatakan bahawa pengundi perlu membuat pilihan yang bijak dengan mengundi parti kerajaan agar pembangunan dapat dibawa masuk ke Kimanis dengan baki tiga tahun lagi sebelum pilihan raya umum yang akan datang. Beliau juga menyatakan sebagai parti pemerintah apa yang dijanjikan dalam pilihan raya dapat dilaksanakan berbanding janji oleh parti pembangkang.

Bersih 2.0 berpandangan bahawa parti-parti kerajaan sewajarnya bersaing polisi, prestasi serta pencapaian janji manifesto, daripada mengugut rakyat dengan ugutan menahan pembangunan daripada dibawa masuk ke kawasan tertentu sekiranya kawasan tersebut adalah kawasan pembangkang.

Ini jelas adalah tradisi politik lapuk dan ketinggalan zaman serta ditolak oleh rakyat Sabah yang inginkan politik negara yang lebih baik dengan pilihan raya yang bersih dan adil. Sabah Ubah dan Malaysia Baharu adalah sia-sia tanpa anjakan paradigma ini yang sepatutnya diterajui oleh Warisan-Pakatan Harapan (PH) dan bukannya hanya meneruskan tradisi politik lapuk oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Kami juga sekali lagi ingin mengingatkan bahawa antara janji Warisan dan PH kepada rakyat sebelum pilihan raya umum 2018 adalah untuk menghentikan kegagalan pemimpin Umno dan BN membela nasib rakyat yang terpinggir terutamanya nasib warga desa dan kawasan pedalaman.

Oleh sebab yang demikian amatlah tidak wajar mengugut dan menghukum rakyat sekiranya rakyat memilih calon lain yang bukan daripada parti pemerintah sekaligus menafikan hak rakyat untuk mendapatkan pembangunan yang lebih baik. Ini adalah satu bentuk diskriminasi kepada pembangunan setempat di kawasan pembangkang malah ianya adalah penyalahgunaan sumber dan kuasa kerajaan.

READ MORE:  Guna sumber kerajaan untuk kempen pilihan raya langgar etika pilihan raya

Kami juga sekali lagi menggesa agar semua parti yang berkempen untuk mematuhi undang-undang yang sedia ada melibatkan pilihan raya serta menunjukkan etika yang tinggi dalam penggunaan kuasa sebagai kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan. Kami juga ingin menyelar kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang tetap mengumumkan peruntukan dalam tempoh pilihan raya walaupun sudah acap kali ditegur dan diingatkan.

Sebelum penamaan calon, Menteri Pertanian Salahuddin Ayub telah menyerahkan cek sebanyak RM140,000 kepada nelayan di Bongawan untuk membaikpulih jeti mereka.

Selain itu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong juga turut memberi bantuan banjir kepada pesawah padi yang terjejas dan nelayan yang menghadapi kesukaran kerana musim tengkujuh yang lalu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Ewon Benedick juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk menaiktaraf jalan ke Surau Kampung Pantai Sri Gading, Membakut.

Ini adalah salah guna sumber kerajaan yang digunakan menarik undi dengan mengumumkan dan meluluskan projek dalam tempoh pilihan raya. Prinsip pilihan raya bersih dan adil sepatutnya menyediakan padang yang sama rata kepada semua calon.

Walaupun pengumuman projek masih lagi tidak menyalahi undang-undang namun ianya adalah jelas sangat tidak beretika dan kempen pilihan raya secara kotor. Sekiranya parti kerajaan yang dulunya semasa pembangkang memarahi Umno dan BN kerana salah guna kuasa, namun apabila mendapat kuasa mereka pula membuat kesalahan yang sama.

Kempen negatif seperti serangan peribadi calon, mewujudkan keadaan tidak harmoni dengan memainkan isu etnik dan agama, ancaman keganasan dan penangguhan atau halangan bantuan serta pembangunan wajib dielakkan kerana sebahagiannya adalah kesalahan pilihan raya.

Warisan-PH seharusnya ingat bahawa pentadbiran terdahulu oleh BN dibawah mantan PM Najib Razak secara konsisten telah menyalahgunakan kuasa semasa kempen dengan pendekatan “Saya tolong kamu, kamu tolong saya” dalam pemberian bantuan kepada kawasan terbabit.

READ MORE:  Appealing to baser instincts in Kuala Kubu Bharu

Kaedah tak beretika itu harus dihentikan dalam Malaysia Baharu, dan Warisan-PH tidak harus terus mengecewakan rakyat Malaysia dengan perlahan-lahan menjadi BN2.0 dengan teknik pilihan raya itu. Malah teknik tersebut terbukti tidak berkesan pun sebagaimana di dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai yang baru saja menyaksikan kemenangan oleh calon dari pembangkang.

Bersih 2.0 menggesa kerajaan negeri dan persekutuan untuk menjelaskan kepada pengundi di Kimanis sama ada Warisan-PH sebagai parti pemerintah akan mendiskriminasikan kawasan tersebut sekiranya calon mereka tidak diundi atau mereka akan memberi nafas baru kepada politik Malaysia dengan terus menjanjikan pembangunan di Kimanis tidak kira siapa pun pemenangnya pada hari pengundian nanti.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Gursharan Singh
Gursharan Singh
17 Jan 2020 10.59am

Is this not a common culture regardless of who is the government?

Are there not some Leaders/Senior officers of various sectors who may also be perceived and suspected of having used trust funds/resources for personal functions-celebrations-weddings-birthdays-attending children’s graduations overseas [by having a working visit in that country at that time]-etc?

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x