[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk siasatan terhadap aktivis-aktivis yang terlibat dalam perhimpunan di Dataran Merdeka pada 25 dan 29 Februari 2020.
Aktivis Fadiah Nadwa Fikri akan disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 11 pagi, 3 Mac 2020 dan akan disiasat sekali lagi bersama aktivis Azura Nasron, Sivarajan Arumugam, Wong Yan Ke dan Liew Liang Hong di bawah Akta Perhimpunan Aman di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi pada jam 11 pagi, 4 Mac 2020.
Sekali lagi, polis bagi pihak kerajaan telah memutuskan untuk menutup mulut pembantah dengan menggunakan undang-undang drakonian. Aktivis tersebut dipanggil untuk siasatan sejurus selepas perdana menteri baru mengangkat sumpah.
Telah banyak yang disebutkan terhadap ciri-ciri yang tidak demokratik di dalam Akta Hasutan dan sesetengah peruntukkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Perhimpunan Aman.
Akta-akta ini seringkali digunakan untuk menutup suara pembantah sejak zaman Barisan Nasional dan gagal dimansuhkan di bawah Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin semasa pemerintahan Pakatan Harapan. Pendirian kami tetap sama bahawa akta-akta ini perlu dimansuhkan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami menggesa pihak polis untuk menghormati hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman serta memberhentikan sebarang siasatan terhadap aktivis-aktivis tersebut dengan segera. Intimidasi seperti ini tidak akan membungkam suara rakyat melainkan hanya akan memarakkan kebangkitan rakyat.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
English version
Respect freedom of expression, stop intimidating activists
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) condemns the investigation against activists over the peaceful gatherings held at Dataran Merdeka on 25 and 29 February 2020.
Activist Fadiah Nadwa Fikri will be probed under the Sedition Act and the Communications and Multimedia Act at Bukit Aman Police Headquarters on 3 March 2020 at 11am and will be investigated again with other activists Azura Nasron, A Sivarajan, Wong Yan Ke and Liew Liang Hong under the Peaceful Assembly Act at Dang Wangi District Police Headquarters on 4 March 2020 at 11am.
Once again, the police have decided to silence dissenters on behalf of the government using draconian laws. The activists are being called for investigation right after the swearing-in of the new prime minister.
Much has been said about the anti-democratic features of the Sedition Act and certain provisions of the Communications and Multimedia Act and the Peaceful Assembly Act. They were frequently used to silence dissent since the Barisan Nasional era and failed to be abolished under the then Home Minister Muhyiddin Yassin during Pakatan Harapan rule. Our stance remains the same: they must be repealed.
We urge the police to respect the people’s rights to freedom of expression and peaceful assembly and halt the investigation against the activists immediately. Such intimidation would not silence the people but only fuel the uproar.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme