Home Coalitions Clean and Fair Elections Hukuman Najib: Tiada ruang untuk kompromi

Hukuman Najib: Tiada ruang untuk kompromi

Bersih tegaskan bekas PM harus jalani hukuman penuh, desak reformasi institusi segera bagi mencegah '1MDB 2.0'

Prisoner Najib Razak

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tuduhan penyelewengan dana 1MDB melibatkan bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Walaupun proses perundangan belum selesai, keputusan ini secara tidak langsung telah membuktikan sekali lagi kewujudan kes salah laku melibatkan dana 1MDB yang telah merompak dana awam dan kerajaan Malaysia.

Dana ini seharusnya digunakan untuk pembangunan negara, tetapi kini kita masih dipaksa membayar hutang 1MDB.

Dalam masa sama, hal ini menandakan kes penyelewangan melibatkan Najib akan melalui tempoh yang panjang selain tuduhan lain melibatkan dakwaan penggubahan wang haram.

Justeru, Bersih menegaskan bekas perdana menteri itu harus terus menjalani hukuman penjara melibatkan sabitan penyelewengan dana RM42 juta SRC International lalu oleh Mahkamah Persekutuan tanpa sebarang usaha kompromi untuk dibebaskan seperti tahanan rumah dan sebagainya.

Sebarang usaha kompromi yang cuba diberikan oleh mana-mana pihak dilihat akan menjelaskan ketempangan dalam sistem keadilan negara apabila terzahir kewujudan perbezaan dua darjat antara sesama warga.

Sebarang usaha pembebasan akan menidakkan peranan hakim dan institusi awam yang telah menjalankan amanah mereka dalam mengadili bekas perdana menteri itu melalui proses perundangan. Usaha ini harus dinoktahkan dengan keputusan hakim hari ini.

Bersih juga ingin terus mengingatkan semua, terutamanya Pakatan Harapan yang menerajui “kerajaan perpaduan” bahawa penyelewengan dana SRC International dan 1MDB adalah merupakan kesan kegagalan sistem dan institusi penguatkuasaan undang-undang kita pada masa lalu. Namun belum ada sebarang pelaksanaan reformasi institusi yang meluas bagi memperbetulkan keadaan tersebut.

Reformasi institusi seperti pelantikan ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan pemisahan peguam negara dan pendakwa raya perlu disegerakan untuk mencegah 1MDB 2.0. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x