Home Coalitions Clean and Fair Elections Jadikan tahun 2024 sebagai tahun reformasi kerajaan ‘Madani’

Jadikan tahun 2024 sebagai tahun reformasi kerajaan ‘Madani’

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pada 27 Febuari, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bersama rakyat Malaysia berhimpun di hadapan bangunan keramat Parlimen dengan niat untuk menyuarakan tuntutan utama rakyat kepada seluruh ahli parlimen.

Ini adalah aksi pertama Bersih untuk mengingatkan kerajaan “Madani”, dan juga ahli-ahli parlimen yang berkempen atas manifesto untuk mereformasikan negara, bahawa rakyat tidak akan berdiam diri dan akan terus mendesak supaya agenda reformasi pilihan raya dan reformasi institusi dilaksanakan.

Bersih menegaskan Parlimen adalah institusi keramat yang menjadi nadi kepada usaha reformasi khususnya dalam membawa agenda tatakelola yang baik dalam negara.

Justeru, Bersih bersama rakan-rakan NGO yang lain menekankan tiga agenda besar yang harus dibawa oleh kerajaan serta ahli parlimen.

Tuntut pelaksanaan agenda reformasi 100% khususnya dalam sistem pilihan raya dan institusi utama – Bersih mendesak kerajaan untuk menyediakan garis masa dan pelan perancangan (roadmap) pelaksanaan agenda reformasi berasaskan urutan keutamaan demi kebaikan rakyat. Antara tuntutan segera adalah termasuk menambah baik kaedah pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dengan melibatkan jawatankuasa parlimen supaya semua pihak boleh membahaskannya secara demokratik dan inklusif, reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya, dan reformasi parlimen. Semua ini ada di dalam janji manifesto Pakatan Harapan.

Tolak DNAA [pelepasan tanpa pembebasan] terhadap mana-mana ahli politik yang sedang dibicarakan dengan kes rasuah dan salah guna – Kerajaan perlu mempertahankan dan mengangkat kedaulatan undang-undang serta jangan sesekali mencampuri proses perbicaraan mahkamah dengan menggugurkan kes. Dalam masa sama, perdana menteri dan peguam negara perlu meletakkan dasar moratorium untuk pemberian DNAA ke atas kes-kes rasuah terutamanya melibatkan ahli-ahli politik.

Tolak undang-undang dua darjat – Bersih dan rakyat Malaysia masih menunggu apakah alasan disebalik mengapa kes Najib Razak didahulukan berbanding ratusan kes lain yang sedang didengari untuk diampunkan.

READ MORE:  Ambiga on 'Madani' government: Slow pace of reforms indefensible

Bersih menggesa agar tuntutan ini dipandang serius oleh kerajaan Madani dan ahli-ahli parlimen terutamanya backbencher untuk terus mendesak pelaksanaan reformasi dalam negara.

Kita perlu mencipta dan mencari ruang terbaik kepada pelaksanaan agenda Reformasi 100% ini yang perlu melibatkan semua pihak, demi mengukuhkan institusi awam dan demokrasi berparlimen dalam fasa transisi demokrasi negara. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x