Home Coalitions Clean and Fair Elections Jalin perjanjian damai antara parti selepas pilihan raya demi kestabilan politik (Malay/English)

Jalin perjanjian damai antara parti selepas pilihan raya demi kestabilan politik (Malay/English)

BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa “kerajaan perpaduan” Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pembangkang rasmi, Perikatan Nasional, untuk menandatangani perjanjian damai antara parti untuk memastikan kestabilan politik sebaik sahaja tamat pilihan raya di enam negeri pada 12 Ogos, walau apapun keputusan pilihan raya nanti.

Bersih berpandangan tiba masanya untuk satu lagi perjanjian antara parti seperti Memorandum Persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik yang ditandatangan oleh kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan pada September 2021, yang memboleh kestabilan politik selama 13 bulan. MoU tersebut telah berjaya meluluskan undang-undang antilompat parti dan beberapa reformasi parlimen.

Bersih menggesa Anwar dan ketua pembangkang Hamzah Zainudin untuk menyatakan komitmen mereka bagi merundingkan perjanjian damai pasca pilihan raya negeri. Hal ini untuk memastikan pengundi – bukan sahaja di enam negeri tersebut malah rakyat yang lainnya, pelabur domestik dan asing – bahawa Malaysia akan memberi fokus kepada pemulihan semula ekonomi dengan menafikan desas-desus perubahan kerajaan di pertengahan penggal yang menyebabkan keraguan terhadap kestabilan politik dan keyakinan pasaran.

Bagi membina asas dan kepercayaan, kerajaan perpaduan dan pembangkang perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat daripada kepimpinan Parlimen, iaitu Yang di-Pertua Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang menyelia pelaksanaan reformasi penting seperti undang-undang antilompat di bawah MoU, dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul.

Parlimen boleh dan perlu memainkan peranan utama bagi perdamaian politik yang mampan sehingga 2027 yang memerlukan pemerkasaan ahli parlimen pembangkang dan backbencher kerajaan sebagai pertukaran dengan janji pembangkang untuk tidak berkomplot menjatuhkan kerajaan.

Hormati terhadap keputusan pilihan raya dan pembentukan kerajaan perlu selari dengan padang permainan politik yang rata yang memberikan ruang kepada pembangkang untuk bersaing secara konstruktif dan profesional. Hanya ketika itu kerajaan dan pembangkang dapat bersaing isu dasar dan tatakelola, dan bukannya terus bermain politik identiti seperti bangsa, agama dan raja-raja (tiga R).

Bersih gembira melihat penyatuan empat pimpinan politik, termasuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said (Umno-Barisan Nasional), Menteri Pengangkutan Anthony Loke (DAP-PH) dan Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Bayangan Saifuddin Abdullan (Bersatu-Perikatan Nasional) berkenaan perjanjian damai dan beberapa reformasi institusi dalam forum “Kestabilan politik semasa parlimen tergantung” pada 11 Julai di Universiti Sunway, yang disiarkan oleh Astro Awani pada 13 Julai malam.

Bersih mengusulkan perjanjian damai tersebut untuk memasukkan 10 penjajaran politik dan reformasi institusi:

  1. Akta penggal tetap parlimen supaya Parlimen ke-15 sehingga 18 Disember 2027 dan Suruhanjaya Pilihan Raya membuat pra-umum tarikh pilihan raya yang tetap. Permohonan pembubaran awal hanya boleh dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh perdana menteri dalam dua keadaan:

(a) kerajaan hilang majoriti

(b) usul pembubaran diluluskan oleh majoriti dua pertiga Dewan Rakyat.

READ MORE:  Disappointing hat-trick for electoral reform - Bersih

Tanpa menjejaskan kuasa Agong untuk menahan keizinan pembubaran awal, hal ini akan memberikan lebih kestabilan dan kebolehramalan politik untuk membina keyakinan rakyat dan pasaran

2. Pengkanunan peruntukan dan proses untuk mekanisme kepercayaan parlimen termasuklah undi percaya pengabsahan (confirmatory vote of confidence) selepas pelantikan PM baharu dan undi tidak percaya konstruktif (constructive vote of no-confidence) untuk membuang PM. Mekanisme kepercayaan ini akan meningkatkan keyakinan dan memastikan kestabilan bagi kerajaan majoriti atau minoriti serta memelihara peranan perlembagaan ketua negeri

3. Pindaan peraturan mesyuarat untuk kedua-dua dewan bagi memperkasa ahli parlimen persendirian (private members) dan memastikan keberkesanan pengawasan parlimen dengan penubuhan jawatankuasa tetap dan khas parlimen serta memperuntukkan masa urusan bukan kerajaan apabila Parlimen bersidang

4. Pengenalan semula akta perkhidmatan parlimen untuk memastikan Parlimen lebih mandiri. Parlimen perlu mempunyai belanjawan sendiri untuk mendana staf sendiri, jabatan penyelidikan, jawatankuasa pilihan, dan malah pusat khidmat untuk ahli-ahlinya. Ini adalah antara reformasi yang belum terlunas semasa MoU Ismail Sabri

5. Pengiktirafan kabinet bayangan pembangkang dengan peruntukan yang mencukupi untuk membayangi menteri dengan akses maklumat yang berpatutan supaya mereka dapat berfungsi dengan berkesan sebagai pembangkang yang konstruktif dan kerajaan menunggu

6. Akta peruntukan pembangunan kawasan untuk memastikan layanan yang sama rata kepada ahli parlimen tanpa mengira parti. Undang-undang yang sama perlu diperkenalkan di 13 negeri yang lain

7. Akta pembiayaan politik dengan pendanaan politik untuk parti politik untuk mencegah politik wang dan korupsi, dan untuk memenuhi keperluan parti mendanai aktiviti dan kos pengoperasian mereka

8. Pemerkasaan Dewan Negara sebagai penjaga hak-hak negeri bersama wakil rakyat yang dipilih dan satu pertiga kuasa veto untuk Sarawak, Sabah dan Labuan

9. Reformasi Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk menghapuskan kawalan politik oleh perdana menteri. Pejabat pendakwaraya yang bebas perlu ditubuhkan berasingan daripada peguam negara, yang fungsi utamanya sepatutnya menjadi penasihat undang-undang kerajaan

10. Reformasi SPR agar menjadi bebas dan adil, dan diperkasakan dan dipertanggungjawabkan ke Parlimen bagi memastikan pilihan raya bebas dan adil

Bersih berharap agar kedua-dua kerajaan perpaduan dan PN mengalu-alukan seruan positif ini bagi menangani kelesuan dan apati politik yang mencengkam ramai pengundi serta boleh menyebabkan jumlah keluar mengundi yang rendah dalam pilihan raya negeri nanti.

English version

Ensure political stability, ink inter-party peace deal after state elections

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) calls on the “unity government” of Prime Minister Anwar Ibrahim and the official opposition, Perikatan Nasional (PN), to sign an inter-coalition peace deal to ensure political stability as soon as the six 12 August state elections are over, regardless of the election outcomes.

Bersih says it is time for another inter-party agreement like the Memorandum of Understanding for political transformation and stability (MoU) signed by the Ismail Sabri Yaakob government and Pakatan Harapan in September 2021, which enabled 13 months of political stability. The MoU resulted in the passing of an anti-‘hopping’ law and some measures of parliamentary reform.

READ MORE:  Veto power for East Malaysia: House of Representatives or Senate?

Bersih urges Anwar and parliamentary opposition leader Hamzah Zainudin to make their commitment to negotiate for a peace deal post state elections. This can assure not just voters of the six states, but also the general public, domestic and foreign investors alike, that Malaysia can focus on economic rejuvenation by crushing continual rumours of a mid-term change of government that undermines political stability and market confidence.

On trust-building and groundwork, the unity government and the official opposition can consider seeking the national service of the leadership of Parliament – namely, the President of the Senate, Wan Junaidi Tuanku Jaafar – which oversaw the implementation of major reforms including the anti-hopping law under the MoU, and the Speaker of the House of Representatives, Johari Abdul.

Parliament can and must play a main role for a sustainable political peace till the end of 2027 that would require the empowerment of opposition MPs and government backbenchers (collectively known as private members) in exchange for the opposition’s promise to not plot for the government’s collapse.

A respect for the outcomes of election and government formation must go hand-and-hand with a level playing field that allows the opposition to compete constructively and professionally. Only then can the government and the opposition compete on policy and governance and not harp on identity politics such as race, religion and royalty.

Bersih is pleased to see a cross-party convergence of four political leaders – including Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Institutional Reforms and Law Minister Azalina Othman Said (Umno-Barisan Nasional), Transport Minister Anthony Loke (Pakatan Harapan-DAP) and shadow education and higher education minister Saifuddin Abdullah (Bersatu-Perikatan Nasional) – on such a peace deal and several institutional reforms in the forum “Political stability in a hung parliament” on 11 July at Sunway University, which was aired on Astro Awani on 13 July night.

Bersih proposes that the peace deal should incorporate the 10 following political arrangements and institutional reforms:

1. A fixed-term parliament act for the 15th Parliament to go full term until 18 December 2027 and for the Election Commission to pre-announce the default election dates.

A request for an early dissolution can only be presented to the Yang di-Pertuan Agong by Prime Minister in only two conditions:

(a) the government having lost its majority

(b) a resolution supporting this passed by a two-thirds majority in the House of Representatives

READ MORE:  Two views on Malaysia Agreement 1963 and parliamentary representation

Without affecting the royal discretion power to withhold assent to early dissolution, this can bring about greater political stability and predictability to build the confidence of the public and the market

2. Codification of provisions and processes for Parliament’s confidence mechanism, which includes a confirmatory vote of confidence after the appointment of a new PM and a constructive vote of no-confidence in the removal of a PM. These confidence mechanisms would evoke confidence and yet ensure stability for small majority or minority governments and preserve the constitutional role of the head of state.

3. Amendments to the standing orders of both Houses to empower private members and guarantee effective parliamentary oversight by setting up more special and permanent select committees and providing for non-governmental business time when Parliament sits

4. Re-introduction of the Parliamentary Services Act to make Parliament more independent. Parliament should have its own budget to fund its own staff, research department, select and special committees, and even the service centres of its members. This is one of the unfulfilled reforms under the Ismail Sabri-PH MoU

5. Recognition of the opposition’s shadow cabinet with adequate allocation to shadow ministers and commensurate access to information so that they can function effectively as a constructive opposition and government-in-waiting

6. An equitable constituency development funding act to ensure equal treatment for all MPs regardless of party affiliations. Similar laws should be introduced at the 13 state legislatures

7. A political financing act with public funding for political parties to curb money politics and corruption and to meet the needs of parties to fund legitimate operational cost and activities

8. Strengthening of the Senate to function as the guardian of state rights with elected members and a one-third veto power for Sarawak, Sabah and Labuan

9. Reform of the Attorney General’s Chambers and the Malaysian Anti-Corruption Commission to remove the political control of the prime minister. An independent office of the public prosecutor should be created separately from the attorney general, whose main function should be as the government’s legal counsel. The MACC chief should be appointed through a multi-partisan parliamentary select committee to ensure its independence and impartiality

10. Reform of the Election Commission so that it would be independent, impartial, empowered and answerable to Parliament in ensuring free, fair and representative elections.

Bersih hopes that both the unity government and PN would welcome this call positively in part to overcome political fatigue and apathy that are found among many voters and which will likely result in a dangerously low turnout in the state elections. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x