Home Coalitions Clean and Fair Elections Jangan bungkam suara anak muda Parit Raja, buka Parlimen segera (Malay/English)

Jangan bungkam suara anak muda Parit Raja, buka Parlimen segera (Malay/English)

ERIC THOO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyatakan solidariti kepada aksi anak muda yang turun ke jalan bagi menegur kerajaan sebagaimana yang berlaku di Kampung Muhibbahraya, Tawau dan kemudian di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan polis yang keterlaluan untuk membungkam suara anak muda di Parit Raja dan menahan mereka selama empat hari di bawah Seksyen 144, 269, 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 48 Akta Pengangkutan jalan (APJ) 1987.

Mereka hanya mengamalkan hak mereka sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, kebebasan untuk berhimpun dan bersuara, tentang kegagalan kerajaan menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat yang sedang tertekan akibat pandemik Covid..

Sebagaimana dalam perhimpunan aman yang biasa, pihak polis sepatutnya membantu para demonstran terutamanya anak-anak muda supaya mereka berhimpun dalam keadaan aman. Biarkan mereka berhimpun dan kerajaan perlu duduk serta mendengar keluh kesah rakyat.

Sekiranya kerajaan sensitif dengan keadaan ini, mereka perlu sedar bahawa ruang-ruang rasmi yang efektif bagi membincangkan situasi rakyat di bawah, seperti sidang Parlimen, yang ditutup menjadi sebab anak-anak muda membawa suara mereka ke jalan.

Parlimen adalah ruang terbaik kepada wakil-wakil rakyat untuk membawakan permasalahan dan membahaskan kaedah terbaik menangani isu-isu sosial dan ekonomi agar negara dapat keluar daripada pandemik Covid ini dengan selamat.

Bersih 2.0 menggesa supaya kesemua anak muda yang ditahan di Parit Raja dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat. Kerajaan perlu segera membuka Parlimen supaya wakil rakyat dapat memberikan maklum balas mereka secara rasmi di dewan yang mulia agar kerajaan dapat memperbaiki tindakan mereka dalam menangani Covid. Penutupan ruang-ruang untuk rakyat bersuara secara bebas hanya akan menatijahkan aksi yang lebih keras dan berani daripada rakyat biasa. – Bersih 2.0

READ MORE:  Youth sound alarm bells for country's direction

English version

Do not silence the voice of Parit Raja youth, reopen Parliament immediately

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) expresses our solidarity with the youth who took to the streets to criticise the government, previously in Kampung Muhibbahraya, Tawau and most recently in Kampung Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

We strongly condemn the excessive action by the police to silence the voices of youth in Parit Raja by detaining them for four days under Section 144, 269, 505 (b) of the Penal Code, Section 8 of the Explosives Act and Section 48 of the Road Transport Act 1987.

They were only exercising their rights as stated in Article 10 of the Federal Constitution, which allows the freedom of assembly and speech, to criticise the government’s failure in addressing the worsening socioeconomic problems faced by the people as a result of the Covid pandemic.

As in any other peaceful rallies, the police should assist demonstrators, especially the youth, so that they can assemble safely and in peace. They should be allowed to gather and the government should listen to the people’s grievances.

If the government is in tune with the situation, they will realise that the closure of effective official spaces to discuss the people’s situation such as Parliament, are the reasons for such public demonstrations. Parliament is one of the best avenues for elected representatives to bring forward existing problems and debate solutions on social and economic issues so that this country can overcome its Covid crisis.

Bersih 2.0 calls on the police to release the youth who were detained in Parit Raja immediately without any conditions. The government needs to immediately open Parliament so that elected representatives can give their feedback formally in order for the government to improve their actions in dealing with Covid. Closure of spaces for free expression will only result in bolder actions by the people. – Bersih 2.0, 17 May 2021

READ MORE:  Pastikan kebebasan bersuara menjadi asas demokrasi kita (Malay/English)

 

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x