[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk kerajaan negeri Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memberikan kawalan dana bantuan Covid-19 kepada ahli dewan undangan negeri dari GPS yang terpilih sahaja sebagaimana yang dilaporkan oleh Sarawak Report pada 11 April 2020.
Setiap dari 82 kawasan pilihan raya Sarawak telah diperuntukkan RM200,000 untuk dibelanjakan untuk makanan di setiap kawasan.
Namun, menurut satu memo daripada Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, peruntukan untuk kawasan pembangkang akan diuruskan oleh wakil GPS.
Sebagai contoh, ahli dewan undangan negeri dari Batu Kawah, Dr Sim Kui Hian, dan ahli dari Nangka, Dr Annuar Rapa’ee, telah diberikan RM1 juta untuk diuruskan bagi kawasan mereka dan juga empat lagi kawasan pembangkang.
Pemaksaan pengundi di kawasan pembangkang untuk beralih kepada wakil kerajaan demi bantuan adalah sama seperti memaksa mereka untuk menyokong kerajaan pada masa hadapan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Amalan ini meremehkan demokrasi dan GPS, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Pas dan Warisan bersalah di atas tanggungan rakyat.
Kami mengutuk amalan yang buruk dan tidak beretika ini yang merendahkan nilai demokrasi serta mempromosikan hubungan penaung-anak buah antara parti pemerintah dan pengundi terutamanya dalam tempoh kritikal wabak Covid-19 ini.
Ianya telah menjadi perkembangan yang merisaukan apabila kerajaan PH negeri Selangor dan kerajaan persekutuan PN telah menggunakan mekanisme penyaluran peruntukan yang sama yang juga mengundang kritikan daripada kami.
Sebaliknya pula, Ahli Parlimen dari Kulai, Teo Nie Ching, juga telah mendakwa bahawa 422 keluarga miskin dalam kawasan beliau tidak menerima bantuan makanan kerana beliau dimaklumkan oleh pegawai kebajikan bahawa Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong akan menyelaras agihan bantuan makanan di kawasan pembangkang.
Kami menggesa penjelasan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Wee Ka Siong atas pemberhentian pengagihan bantuan makanan di kawasan yang terbabit.
Kerajaan persekutuan dan semua kerajaan negeri mesti hentikan segera peruntukan dana berdasarkan parti dan menjadikan modal politik daripada bantuan Covid-19 sebagaimana yang teladan baik yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Kami sekali lagi menggesa kerajaan persekutuan dan semua kerajaan negeri untuk melembagakan reformasi peruntukan dana pembangunan kawasan sebagai penyelesaian jangka panjang.
Peruntukan yang sama rata perlu diberikan kepada semua wakil rakyat berbanding disalurkan melalui penyelaras yang tidak dipilih dalam pilihan raya atau wakil yang lain di kawasan pembangkang.
Perbelanjaan dana tersebut perlu dipantau dengan garis panduan yang ketat dan diaudit bagi mencegah salah guna dan korupsi.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0
English version
Don’t use Covid-19 outbreak to undermine democracy
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) condemns the Gabungan Parti Sarawak(GPS)-led Sarawak state government for giving control over the Covid-19 relief fund to selected GPS state assembly members only as reported by Sarawak Report on 11 April 2020.
Each of the 82 Sarawak state constituencies has been allocated RM200,000 to be spent on food for constituents.
However, according to a memo from the Ministry of Welfare, Community Wellbeing, Women, Family and Childhood Development, the allocation for opposition-held constituencies will be managed by a GPS representative.
For example, the state assembly member for Batu Kawah, Dr Sim Kui Hian, and the member for Nangka, Dr Annuar Rapa’ee, were given management of RM1m of funds respectively on behalf of their own and four opposition constituencies.
Forcing voters in opposition constituencies to turn to government representatives for relief aid is forcing them to support the government in the future.
The practice is undermining democracy and GPS, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Pas and Warisan are all guilty of this at the expense of the rakyat.
We condemn such unscrupulous and unethical practices that undermine democracy and further promote patronage-clientele relationships between the ruling party and voters especially during this critical time of the Covid-19 pandemic.
It has become a worrying trend when the PH Selangor state government and PN federal government applied a similar funding mechanism – which we have also condemned.
On the other hand, Kulai MP Teo Nie Ching also claimed that 422 poor families in her constituency were unable to receive food aid as she was notified by a welfare official that Transport Minister Wee Ka Siong was to coordinate the distribution of food aid in the opposition constituency.
We demand an explanation from the Welfare Department and Wee Ka Siong on the halt of distribution of food aid in the constituency.
The federal government and all state governments must stop allocating funds with partisan bias and making political capital out of Covid-19 aid as exemplified by the PH Penang state government).
We again call on the federal government and all state governments to institutionalise the reform of constituency development fund allocations as the long-term solution.
Equal funding should be given to all elected representatives instead of channelling it through unelected coordinators or other representatives in opposition constituencies.
The spending of the fund should also be monitored with strict guidelines and audited to avoid abuse and corruption.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme