
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) menuntut penjelasan berkenaan rasional di sebalik pengumuman peruntukan berjumlah RM500,000 kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan sementara Ahli Parlimen pembangkang hanya menerima peruntukan sebanyak RM100,000.
Peruntukan tersebut adalah penting bagi pembangunan kawasan-kawasan yang diwakili. Pengundi di kawasan yang dimenangi oleh calon pembangkang atau bebas tidak sepatutnya dihukum atau didiskriminasi hak mereka untuk mengundi dan memilih calon pembangkang atau bebas dengan peruntukan yang tidak sama rata ini.
Tambahan pula, peruntukan tidak sama rata seperti itu juga secara tidak adil akan memberi kesan kepada pengundi yang mengundi parti pemerintah dalam pilihan raya umum yang lalu. Kerajaan Pakatan Harapan seharusnya menghapuskan polisi BN yang lapuk, tidak berpandangan jauh dan penuh diskriminasi sebelum ini.
Sebagai sebuah demokrasi ‘multiparty’ di mana Parlimen dibentuk lebih daripada satu kolasi/parti, adalah penting untuk kesemua wakil yang dipilih menerima peruntukan yang adil memandangkan pembangkang terdiri lebih daripada sekadar Barisan Nasional, seperti Pas, Star di Sabah dan calon bebas yang dipilih.
Satu lagi isu yang lebih penting untuk dibawa adalah bagaimana peruntukan-peruntukan tersebut digunakan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional sebelum ini dan akauntabiliti peruntukan tersebut. Adakah ianya benar-benar dibelanjakan untuk rakyat yang memerlukan di kawasan tersebut atau adakah ianya disalahgunakan untuk kepentingan peribadi dan keuntungan politik?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih 2.0 menyeru agar kerajaan baru mengemukakan garis panduan untuk memastikan perbelanjaan peruntukan tersebut diaudit melalui proses yang telus, dan akaun yang diaudit perlu dibuat secara terbuka kepada awam bagi membuktikan perbelanjaan yang bertanggungjawab, akauntabiliti kepada rakyat serta membanteras amalan korup dan nepotistik.
Ini perlu dikuatkuasakan kepada semua Ahli Parlimen merentasi parti bagi memastikan rakyat di kawasan-kawasan yang diwakili mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut.
Bersih 2.0 menyambut baik usaha kerajaan untuk melaksanakan reformasi institusi kerajaan dan sivil ke arah memperbaiki demokrasi dan mengangkat hak serta kebajikan rakyat.
Dalam masa yang sama, Bersih 2.0 ingin mengingatkan kerajaan bahawa memandangkan Ahli Parlimen dipilih sebagai wakil kepada rakyat, mereka berhak atas representasi yang sama di Parlimen dan seharusnya dilayan secara adil dan diberikan peruntukan yang sama demi menjaga kepentingan semua pengundi.
Oleh kerana kita ingin mengelak daripada politik perpecahan dan diskriminasi dalam Parlimen untuk menggalakkan politik inklusif, telus dan boleh dipercayai, Bersih 2.0 menyeru agar pihak kerajaan baru dapat memberikan penjelasan berkaitan peruntukan yang tidak sama rata kepada Ahli-ahli Parlimen.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
English version
Do not punish voters with unequal allocation to MPs
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) requests an explanation from the Pakatan Harapan government on the rationale behind the announcement of the RM500,000 sum allocated to Pakatan Harapan Members of Parliament (MPs) while opposition MPs receive an allocation of RM100,000.
Such allocations are important for development in the constituencies. Voters in the constituencies won by opposition or independent candidates should not be punished or discriminated against with this unequal allocation of funds for exercising their right to vote and for choosing opposition or independent candidates.
Furthermore, such unequal allocations will also unjustly affect voters in these constituencies that have voted for the ruling parties in the general election. The Pakatan Harapan government should discard such outdated, short-sighted and discriminatory policies of Barisan Nasional.
As a multiparty democracy where Parliament is made up of more than one coalition/ party, it is essential that all elected representatives receive their fair allocations given that the opposition is made up of more than just BN, such as Pas, Star in Sabah and elected independent candidates.
A more pertinent issue to raise is how these allocations have been used in the past by BN MPs and whether there has been accountability. Are these funds really spent on the people in need in the constituencies or have they been abused for personal or political gain?
Bersih 2.0 calls on the new government to come up with guidelines to ensure that the spending of this allocated sum is audited through a transparent process and the audited accounts made public for the sake of responsible spending, accountability to the people, and the curbing of corrupt and nepotistic practices.
This should be enforced for all MPs across the board to make sure the people in the constituencies benefit from these allocations.
Bersih 2.0 welcomes the efforts of the current government to reform the government and civil institutions in furthering democracy and upholding the rights and wellbeing of the people.
In the same vein, Bersih 2.0 would like to remind the government that as MPs are elected representatives of the people, the MPs enjoy equal standing in Parliament and should be treated fairly and given the same resources in the interest of all voters.
As we step away from the old, divisive and discriminatory politics in Parliament to embrace the new politics of inclusiveness, transparency and accountability, Bersih 2.0 urges the new government to clarify its announcement on the unequal allocation to MPs.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Tapi kawasan Parlimen yang dimenangi oleh PH ada lagi ramai orang berbanding kawasan BN. Agihan itu adil kot.
why does everyone s*** on people who bring this up? it’s true. don’t compare PH to the cluster**** that was Najib’s BN, the government was supposed to be above this.
Aliran you sudah jadi new Pembangkang?
if Aliran and Bersih are, then good. nak harap UMNO jadi pembangkang? nak reformasi diri diorang sendiri pun terkincit.
Permulaan yang baik. Kena tengok2 dulu.
Jgn hukum rakyat dgn GST dan pemansuhan subsidi2 demi membayar hutang 1mdb
In an Ideal World … Yes … For this Bunch of Dedakian Tuans … Don’t waste Time or Money .. Enriching themselves is in their DNA … Rm 100 K ? … Rakyat will only get abt 10 K …
Jgn hukum pm Dan menteri2 kabinet dgn pengurangan gaji 10%