Home Coalitions Clean and Fair Elections Jangan salah guna jentera kerajaan untuk berkempen

Jangan salah guna jentera kerajaan untuk berkempen

Prime Minister Anwar Ibrahim

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menegaskan bahawa penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan berkempen hendaklah dielakkan.

Walaupun kami mengambil maklum bahawa kerajaan persekutuan masih perlu menjalankan tugas-tugas mereka, tugas tersebut hendaklah dijalankan dengan penuh profesional dan seboleh-bolehnya dipisahkan daripada kegiatan berkempen untuk parti atau calon mereka.

Kami mengambil maklum bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail dalam rangka kerja mereka telah melawat sebuah kawasan Felda di Kedah dan menggunakan helikopter kerajaan bagi tujuan tersebut.

Untuk situasi sebegini, Bersih berpendapat bahawa penggunaan jentera kerajaan untuk aktiviti kempen munasabah atas pertimbangan pragmatik dan keselamatan jika berlaku selepas perjalanan tugas kerajaan.

Namun, PM dan menteri-menteri wajib mengelakkan daripada mencampuradukkan tugasan kerajaan dan aktiviti kempen. Untuk sebarang pengumuman dasar dan peruntukan, prinsip tiada “tiga C” – tiada kempen, tiada syarat atas pemberian dan tiada calon di pentas – mesti dipatuhi dengan tegas.

Bagi perjalanan tambahan untuk berkempen selepas tugasan kerajaan, PM dan menteri-menteri ini juga perlu membayar secara pro-rata kos berlebihan seperti kos minyak helikopter atau kenderaan. Demi prinsip amanah, kos-kos ini hendaklah diisytiharkan secara terbuka untuk pemantauan orang awam.

Bersih sentiasa cakna dan sedar bahawa kita tidak boleh sepenuhnya menghalang penggunaan jentera kerajaan untuk berkempen, namun ahli politik yang mempunyai kelebihan ini kerana amanah yang diberikan rakyat kepada mereka perlu sentiasa rendah diri serta tidak berlagak dan menunjuk-nunjuk seolah-olah mereka yang membeli jentera tersebut menggunakan duit poket mereka.

Sikap angkuh dan bongkak seperti yang ditunjukkan oleh PM mungkin akan memakan diri sendiri kerana rakyat tidak akan bersetuju dengan salah guna jentera kerajaan untuk berkempen.

READ MORE:  Now that elections are over, focus on an inclusive People's Agenda!

Penggunaan jentera dan sumber kerajaan semasa pilihan raya yang kita lihat sepanjang pilihan raya negeri ini menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan perlu menyegerakan perbincangan dan perundingan bersama parti-parti pembangkang untuk menggubal sebuah undang-undang baharu untuk mengawal keputusan, tindakan dan penggunaan sumber kerajaan oleh kedua-dua kerajaan sementara (seperti kerajaan negeri dalam pilihan raya negeri) dan kerajaan bukan-sementara (seperti kerajaan persekutuan dalam pilihan raya negeri) dalam tempoh pilihan raya.

Reformasi yang dilaungkan oleh Pakatan Harapan perlu dilaksanakan tanpa mungkir, dan tidak sekadar menanam tebu di bibir sebagai janji pilihan raya. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x