Home Coalitions Clean and Fair Elections Jangan tangguh penguatkuasaan pindaan anti-lompat parti (Malay/English)

Jangan tangguh penguatkuasaan pindaan anti-lompat parti (Malay/English)

File photo: Aliran

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya melaksanakan pindaan perlembagaan anti-lompat parti tanpa berlengah-lengah lagi.

Pindaan perlembagaan yang amat diperlukan ini telah diwartakan pada 6 September. Pada mulanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengisytiharkan bahawa ia akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya pada pertengahan September, dalam sidang media di Parlimen pada 9 Ogo.

Walaubagaimanapun baru-baru ini diumumkan bahawa tarikh penguatkuasaan akan diumumkan kemudian oleh Agong.

Bersih ingin tahu mengapa penguatkuasaan pindaan ini, yang diluluskan oleh kedua-dua dewan Parlimen, ditangguhkan.

Pilihan raya umum semakin hampir, jadi adalah mustahak pindaan ini dikuatkuasakan supaya pengundi boleh mengundi dengan tenang bahawa pilihan mereka tidak akan dibatalkan oleh katak politik selepas pilihan raya.

Di bawah pindaan ini, sekiranya mana-mana ahli parlimen bertukar parti, kerusi parlimen mereka akan dikosongkan secara automatik dan pilihan raya kecil akan diadakan melainkan kurang daripada dua tahun sebelum penggal Parlimen berakhir, maka tiada pilihan raya kecil akan dipanggil untuk mengisi kekosongan itu.

Sekiranya pertimbangan kerajaan adalah penerimaan undang-undang ini diperingkat negeri, di mana memerlukan kebenaran Sultan atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing, maka seluruh pindaan kecuali bahagian yang melibatkan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan boleh dikuatkuasakan dahulu. Hal ini dibenarkan di bawah Seksyen 1(2) dan (3) pindaan ini.

Tidak ada alasan untuk menangguhkan lagi penguatkuasaan ini yang telah mendapat konsensus nasional yang telah ditunjukkan semasa pengundian parlimen di peringkat persekutuan.

Bersih menjangkakan bahawa pindaan ini akan menggalakkan rakyat untuk keluar mengundi, dan hal ini penting dalam demokrasi bagi mana-mana kerajaan yang dipilih untuk mempunyai mandat yang kuat dan sah untuk mentadbir selama lima tahun. – Bersih

READ MORE:  Keluar mengundi, tentukan masa depan negara (Malay/English)

English version

Enforce ‘anti-hopping’ constitutional amendments without delay

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) urges the prime minister to advise the Yang di-Pertuan Agong to put into effect the anti-hopping constitutional amendments without any further delay.

The much-anticipated constitutional amendments were gazetted on 6 September. Initially Minister in the Prime Minister’s Department Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar had declared that it would be enforced at the latest by mid-September, at a press conference in Parliament on 9 August.

However, more recently, it was announced that the date on which it would come into effect would be announced later by the King.

Bersi is curious as to why the enforcement of this amendment is being delayed. It was passed unanimously by both houses of Parliament.

As the general llections looms, it is imperative it comes into force so that voters can vote with the peace of mind that their choice will not be invalidated due to post-election defections by elected MPs. Under this amendment, if any MP changes party, their parliamentary seat will be automatically vacated and a by-election will be called unless it is less than two years before the parliamentary term ends; then no by-election will be called to fill the vacancy.

If the concern is the acceptance of this law at the state level, which requires the consent of the Ruler or the Yang di-Pertua Negeri of each state, the whole amendment except for the part related to the Eighth Schedule to the Federal Constitution may come into force first. This is explicitly allowed under Sections 1(2) and (3) of this amendment.

READ MORE:  Election 2022: Will the green agenda take centre stage?

There is no reason to delay the enforcement of the national consensus, which has been shown in parliamentary voting at the federal level.

Bersih anticipates that this amendment will encourage a good voter turnout, which is essential in a democracy for any elected government to have a strong and legitimate mandate to govern for the next five years. – Bersih

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x