Home Coalitions Clean and Fair Elections Jawatankuasa pemandu Bersih 2023-25 dipilih (Malay/English)

Jawatankuasa pemandu Bersih 2023-25 dipilih (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan untuk menjalankan pemilihan untuk memilih jawatankuasa pemandu bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) daripada tempoh 2023-25, telah menyelesaikan proses pengundian yang bermula 7 hingga 9 November.

Proses pengundian, yang dijalankan secara atas talian untuk memboleh penyertaan endorsing NGO kepada Bersih yang berada di luar Lembah Kelang, menyaksikan penyertaan aktif dengan penerimaan 50 kertas undi daripada 60 NGO yang membentuk gabungan Bersih. Jumlah pengundian adalah sebanyak 83.3%, yang merupakan peratusan tertinggi dalam pemilihan jawatankuasa pemandu Bersih.

Kertas undi telah dibuka dan dikira sejurus penutupan pengundian pada 5 petang pada 9 November di pejabat Bersih. Proses tersebut disiarkan melalui aplikasi Zoom untuk disaksikan oleh endorsing NGO dan disaksikan oleh lima pemerhati daripada endorsing NGO secara fizikal di pejabat.

Memandangkan jawatan pengerusi, naib-pengerusi semenanjung, naib-pengerusi Sabah dan naib-pengerusi Sarawak telah menang tanpa bertanding, pengundian yang dijalankan hanyalah untuk memilih jawatan timbalan pengerusi yang ditandingi oleh dua calon, bendahari yang ditandingi oleh dua calon, dan tujuh lagi calon bertanding untuk tiga tempat bagi ahli jawatankuasa.

Keputusan undi yang dibuka dan dikira adalah seperti berikut:

TIMBALAN PENGERUSI

Ngeow Chow Ying – 23 undi

Wong Yan Ke – 27 undi – Dipilih

BENDAHARI

Tan Hui Chun – 18

Sadina Suffian Rahmat Suffian – 31 – Dipilih

AHLI JAWATANKUASA

Jason Wee – 6

Hasbullah Ashari – 11

Aira Nur Ariana Azhari – 27 – Dipilih

Benedict Weerasena – 13

Alex Johnson – 30 – Dipilih

Haridas S Krishnan Nair – 31 – Dipilih

Beverly Joeman – 23

Berdasarkan keputusan ini, jawatankuasa pemilihan mengisytiharkan calon-calon berikut dipilih untuk membentuk jawatankuasa pemandu Bersih bagi penggal 2023-25:

READ MORE:  Confront, don’t conform - Wong Yan Ke

Pengerusi: Thomas Fann

Timbalan pengerusi: Wong Yan Ke

Naib-pengerusi (semenanjung): Azmil Mohd Tayeb

Naib-pengerusi (Sarawak): Ann Teo

Naib-pengerusi (Sabah): Nur Afiqah binti Roslan

Bendahari: Sadina Suffian Rahmat Suffian

Ahli jawatankuasa: Haridas S Krishnan Nair, Alex Johnson dan Aira Nur Ariana Azhari

Jawatankuasa pemilihan mengucapkan setinggi tahniah kepada semua calon yang telah berjaya dan semoga menjalankan amanah dengan baik untuk memimpin Bersih dalam tempoh 2023-25, serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertanding dalam pemilihan kali ini.

Jawatankuasa pemilihan juga mengucapkan penghargaan kami kepada semua endorsing NGO Bersih yang aktif menjalankan hak mereka untuk mengundi dan menjadikan pemilihan kali ini lancar dan paling tinggi penyertaan.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sekretariat Bersih yang membantu menjalankan proses pemilihan ini.

Yap Swee Seng, Jannie Lasimbang dan Stanley Yong ialah ahli jawatankuasa pemilihan

English version

New Bersih steering committee 2023-25 elected

The election committee, established to conduct the election of the new steering committee of the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) for the 2023-25 term, completed the process of polling from 7 to 9 November.

The polling process, which was conducted online to enable the participation of the endorsing NGOs of Bersih based outside of Klang Vally, saw an active participation of endorsing NGOs and the return of 50 ballot papers out 60 endorsing NGOs of Bersih. The voter turnout is 83.3%, the highest ever in the election of the Bersih steering committee.

The ballot papers were opened and counted immediately after the close of polling at 5pm on 9 November at the Bersih office. The process was webcast via Zoom to the endorsing NGOs and witnessed by five observers from endorsing NGOs physically.

READ MORE:  Perhimpunan Bersih - Reformasi 100%

As the posts for chair, regional vice-chair for the peninsula, regional vice-chair for Sabah and regional vice-chair for Sarawak were won without contest, the polling conducted was for the position of deputy chair with two candidates, treasurer with two candidates, and the three committee member posts with seven candidates.

The results of the vote counting are as follows:

DEPUTY CHAIR

Ngeow Chow Ying – 23 votes

Wong Yan Ke – 27 votes – Elected

TREASURER

Tan Hui Chun – 18

Sadina Suffian Rahmat Suffian – 31 – Elected

COMMITTEE MEMBERS

Jason Wee –  6

Hasbullah Ashari – 11

Aira Nur Ariana Azhari – 27 – Elected

Benedict Weerasena – 13

Alex Johnson – 30 – Elected

Haridas S Krishnan Nair – 31 – Elected

Beverly Joeman 23

With these results, the election committee officially declares that the following candidates are elected to form the new Bersih steering committee for the 2023-25 term:

Chair: Thomas Fann

Deputy chair: Wong Yan Ke

Regional vice-chair (peninsula): Dr Azmil Mohd Tayeb

Regional vice-chair (Sarawak): Ann Teo

Regional vice-chair (Sabah): Nur Afiqah Roslan

Treasurer: Sadina Suffian Rahmat Suffian

Committee members: Haridas S Krishnan Nair, Alex Johnson and Aira Nur Ariana Azhari

The election committee congratulates all the winning candidates and wishes them all the best in leading Bersih in 2023-25 and thanks all the other candidates for running in the election.

The election committee also expresses our gratitude to all the endorsing NGOs of Bersih for exercising their right to vote actively and making this election highly participative and successful.

READ MORE:  Bersih diiktiraf di Anugerah Pilihan Raya Antarabangsa Ke-19 (Malay/English)

Lastly, we thank the secretariat of Bersih for assisting in the running of the election.

Yap Swee Seng, Jannie Lasimbang and Stanley Yong are members of the election committee of Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x