Jom Undi adalah animasi ringkas yang dihasilkan oleh sekumpulan rakyat prihatin dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil, Inggeris, Kadazandusun dan Iban.
Rakyat Malaysia berhak kepada keadaan negara yang lebih baik. Banyak pembaharuan serta perubahan diperlukan dengan segera, namun terdapat pandangan yang berbeza mengenai arah tuju negara ke-hadapan.
Walau bagaimanapun, persetujuan umum adalah untuk perubahan. Satu-satunya cara untuk merealisasikan apa-apa bentuk perubahan, bagaimanapun sederhana, adalah melalui proses pengundian pilihan raya umum.
Jom Undi adalah animasi ringkas yang dihasilkan oleh sekumpulan rakyat prihatin dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban.
Animasi ini telah dilancarkan secara rasminya pada 11 Februari 2018 di forum awam “Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan” anjuran Bersih 2.0 di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sertailah usaha ini untuk perubahan melalui proses pengundian Pilihan Raya Umum. Kongsilah animasi Jom Undi ini!
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme