
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengucapkan tahniah kepada kematangan politik kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar Nassuruddin Daud yang mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberikan peruntukan pembangunan kawasan yang sama rata kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan termasuk dua ahli pembangkang daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Pemberian peruntukan pembangunan kawasan yang sama rata tanpa melihat kepada keberpihakan politik seperti yang telah dimulakan oleh kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Saarani Mohamad sejak 2020 dan kini diikuti oleh kerajaan negeri Kelantan perlu diteladani dan diikuti oleh negeri-negeri lain. Kematangan politik seperti yang dilakukan di Perak dan Kelantan adalah jalan ke hadapan untuk negara bergerak ke arah politik yang lebih profesional dan tidak menghukum hanya kerana berbeza ideologi politik.
Kerajaan negeri Kelantan dan Perak diharap akan berlumba-lumba mencipta sejarah sebagai negeri yang pertama menggubal satu enakmen peruntukan pembangunan kawasan yang sama rata kepada semua ahli dewan.
Bersih turut menggesa agar kerajaan persekutuan serta semua sembilan negeri dan wilayah Sabah dan Sarawak untuk segera mengkanunkan dan memberikan peruntukan pembangunan kawasan yang sama rata kepada semua ahli dewan mereka tanpa mengira keberpihakan politik.
Bersih ingin mengingatkan PH dan BN, blok terbesar dan kedua terbesar dalam kerajaan Madani, bahawa mereka telah menjanjikan manifesto pilihan raya yang lepas pemberian peruntukan pembangunan kawasan secara sama rata kepada semua wakil rakyat. Rakyat sudah lama menunggu janji ini dikotakan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Tidak cukup untuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan persediaan kerajaan persekutuan untuk memberikan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang tetapi mahukan ketua pembangkang parlimen daripada gabungan Perikatan Nasional untuk datang berunding dengan kerajaan persekutuan.
PH dan BN bertanggungjawab bukan sahaja untuk melaksanakan manifesto ini diperingkat persekutuan dan di semua negeri yang diperintah mereka, tetapi juga merundingkan satu pakej undang-undang peruntukan pembangunan kawasan sama rata di persekutuan dan di semua 13 negeri, termasuk yang diperintah oleh PN, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah.
Penafian peruntukan pembangunan kawasan yang sama rata kepada kawasan yang dimenangi oleh wakil rakyat pembangkang adalah satu bentuk hukuman kepada rakyat di kawasan tersebut. Sekalipun jika peruntukan itu diturunkan pula melalui penyelaras kawasan parti pemerintah yang sering kali bakal calon, ia tetap penyalahgunaan sumber kerajaan untuk tujuan kepartian secara keji.
Bukan saja penganaktirian wakil rakyat pembangkang – dalam kes paling ekstrim di Sarawak, ahli dewan kerajaan menerima peruntukan sebanyak RM8 juta minimum setahun sedangkan ahli dewan pembangkang diberi RM0 – tidak boleh diterima langsung, malah penganaktirian separa seperti yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor, Pahang – di mana ahli dewan kerajaan diberi lebih peruntukan daripada ahli dewan pembangkang – juga amalan lapuk yang tidak selaris dengan nilai Madani.
Bersih dan Ideas telah menjalankan penyelidikan yang mendalam berkenaan pemberian peruntukan pembangunan kawasan sama rata dan telah menyediakan satu draf generik untuk digunapakai oleh kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri. Kami sedia membantu kerajaan persekutuan, Kelantan, Perak atau mana-mana kerajaan negeri lain yang berminat. – Bersih
English version
Enact equal constituency development funds for all elected representatives
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) commends the Kelantan state government for its political maturity.
Menteri Besar Nassuruddin Daud announced that the state government would provide equal constituency development funds to all Kelantan State Legislative Assembly members, including the two opposition assembly members from Barisan Nasional and Pakatan Harapan.
The provision of equal constituency development funds regardless of political affiliation, as has been initiated by the Perak state government under the leadership of Saarani Mohamad since 2020 and is now followed by the Kelantan state government, needs to be emulated and followed by other states. Political maturity, as demonstrated in Perak and Kelantan, is the way forward for more professional politics without punishing others based on their political ideologies.
The state governments of Kelantan and Perak should make history as the first states to enact laws for equal constituency development funds for all state assembly members.
Bersih also urges the federal government, the nine states and the territories of Sabah and Sarawak to immediately legislate and provide equal constituency development funds to all their assembly members, regardless of political affiliation.
Bersih would like to remind PH and BN, the largest and second-largest blocs in the Madani [Civil Malaysia] government, that in their last election manifestos, they promised to allocate equal constituency development funds to all elected representatives. People have long awaited the fulfilment of this promise.
It is not enough for Prime Minister Anwar Ibrahim to announce that the federal government is willing to grant allocations to opposition members of Parliament but he wants the opposition leader from Perikatan Nasional to come and negotiate with the federal government.
PH and BN are responsible not only for implementing this manifesto at the federal level and in all the states they rule but also for negotiating a package of laws governing equal constituency development funds in the federation and all 13 states, including those ruled by PN, Gabungan Parti Sarawak and Gabungan Rakyat Sabah.
The denial of equal constituency development funds to constituencies won by opposition representatives is a form of punishment for the people in those constituencies. Even if the allocation is passed down through the ruling party’s area coordinator, who is often a potential candidate, it is still a gross misuse of government resources for partisan purposes.
In the most extreme case in Sarawak, assembly members from the government receive an allocation of a minimum of RM8m per year while the opposition assembly members are given RM0 – such a situation cannot be accepted at all.
Even [the granting of] unfair allocations – as practised by the state governments of Selangor, Penang, Johor and Pahang, where government assembly members are given more allocations than opposition assembly memberss – is an outdated practice that is not in line with the values of a Madani government.
Bersih and Ideas have carried out in-depth research on the provision of equal constituency development funds and have prepared a generic draft bill for use by the federal and state governments. We are ready to help the federal government, Kelantan, Perak or any other interested state governments. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme