Home Coalitions Clean and Fair Elections Kembalikan kepercayaan, damaikan negara (Malay/English)

Kembalikan kepercayaan, damaikan negara (Malay/English)

Putrajaya

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Bersama-sama rakyat Malaysia, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sangat berdukacita dengan krisis politik negara yang dicetuskan oleh beberapa politikus yang cuba mengambil kuasa.

Hasilnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah runtuh dan kita tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi.

Samada Dr Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, ianya bukan waktu untuk bergembira atau saling bertuduhan, tetapi ianya adalah waktu untuk muhasabah diri bagi semua yang terlibat dalam krisis ini.

Mahathir secara terbuka telah meminta maaf kepada negara di atas krisis ini dalam ucapan beliau semalam. Sesiapa sahaja yang menjadi PM wajib meminta maaf kepada rakyat dan bersumpah untuk mengembalikan kestabilan serta keyakinan rakyat.

PM dan kerajaan baharu mesti menetapkan nada untuk perdamaian, bukan sahaja sesama parti politik dan politikusnya, namun dengan rakyat juga. Perpecahan politik dalam kalangan rakyat biasa dilihat daripada kaca mata perkauman dan kebencian sesetengah daripada kita telah sampai ke paras yang berbahaya.

Sebagai PM semua rakyat Malaysia, PM mesti menunjukkan teladan kepimpinan yang baik dan menyentuh semua, termasuklah mereka yang melukakan hati. Ini bukan masanya untuk melempiaskan dendam kesumat politik tetapi untuk rekonsiliasi nasional.

Pergelutan kuasa sebegini telah melukakan kepercayaan rakyat terhadap demokrasi dan sistem politik kita. Seharusnya kini adalah masanya untuk kembali menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi disebalik cabaran global dan ancaman virus Covid-19.

Cubaan pertukaran di pertengahan penggal ini tidak lain hanyalah satu cubaan kudeta oleh elit politik yang pentingkan diri sendiri dengan menjadikan negara sebagai taruhan dan wajib dikutuk sekerasnya serta tidak boleh dianggap sebagai normal.

READ MORE:  PM baru Thailand: Krisis politik dan pengajarannya buat Malaysia

Untuk menerimanya sebagai proses normal dengan sistem kerajaan ala Westminster hanya akan menggalakkan politikus sentiasa membuat perancangan jahat untuk mencantas satu sama lain demi kuasa daripada menumpukan peranan mereka sebagai kerajaan ataupun pembangkang.

Keyakinan terhadap proses pilihan raya dan demokrasi juga akan terhakis disebabkan mengapa harus digundi untuk parti atau gabungan jika ianya boleh berubah pada pertengahan penggal? Kepercayaan rakyat telah dileburkan dan dikhianati.

Seandainya kebuntuan ini tidak dirungkaikan secepatnya, dengan tidak ada seorang pun yang mendapat majoriti di Dewan Rakyat, maka kami menggesa agar perdana menteri interim memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengembalikan kepada rakyat untuk memberi mandat baru kepada kerajaan pilihan mereka.

Kini bukanlah masa yang sesuai untuk pilihan raya mengejut melihatkan kepada fakta bahawa adanya kerosakan struktur yang teruk terhadap pembahagian dan gerrymandering daripada pilihan raya umum 2018 yang bukan sahaja berada dalam sempadan pilihan raya kita malah ianya membarah dengan semakin teruk.

Isu lain adalah penurunan had mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran automatik masih belum dilaksanakan, dan pilihan raya ini akan mengetepikan hampir lima juta pemilih yang berpotensi.

Namun sebagai negara kita tidak mampu untuk mempunyai kerajaan yang tidak berfungsi apabila kita sedang menghadapi cabaran ribut ekonomi dan pilihan raya mengejut adalah mudarat yang lebih kecil.

Sementara itu, kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk berusaha keras bagi memelihara keharmonian antara kaum di persimpangan getir negara kini. Tidak kira seberapa besarnya perbezaan politik kita, kita masih anak Malaysia dan satu keluarga.

Kita mesti terus kekal berhati-hati sekiranya terdapat pihak yang ingin mengambil kesempatan dengan membiarkan negara ini di dalam api.

READ MORE:  PM baru Thailand: Krisis politik dan pengajarannya buat Malaysia

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Restore trust, reconcile nation

Along with ordinary Malaysians, the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) is deeply saddened by the ongoing political crisis that was sparked by politicians’ attempt to grab power resulting in the collapse of the Pakatan Harapan (PH) government and the current impasse where we do not have a functioning government.

If either Dr Mahathir Mohamad or Anwar Ibrahim or any other person is appointed by the Yang di-Pertuan Agong, it should not be a time of jubilation or recrimination but a time for soul-searching for all those involved in creating this crisis.

Mahathir has openly apologised to the nation in his address yesterday for this crisis. Whoever eventually becomes the PM must also apologise to the Rakyat and vow to restore stability and public confidence.

The new PM and government must set the tone for reconciliation, not just among the politicians and parties, but among the Rakyat. Political divides among the Rakyat are often viewed through racial lenses, and the hatred among some has reached a dangerous level.

As the prime minister for all Malaysians, the PM must lead by example and reach out to all his or her opponents, even those who had inflicted the deepest wound on him or her. This is not the time for political revenge but for national reconciliation.

Such a political power grab has grievously hurt the Rakyat’s trust in our democracy and political system. It has also come at a time when our focus should be on restoring our struggling economy amidst a global slowdown and the threat of the coronavirus pandemic.

READ MORE:  PM baru Thailand: Krisis politik dan pengajarannya buat Malaysia

This attempt to change a government at mid-term is nothing short of an attempted coup by selfish political elites at the expense of the nation and must be condemned in the strongest terms; it should never be regarded as normal.

To accept it as a normal process of our Westminster style of government would encourage politicians to constantly scheme to undermine each other for power instead of focusing on their role as government or opposition. The hapless victim would always be the Rakyat and the nation. Confidence in the electoral process and democracy would also erode – why bother to vote for a party or coalition when it can be changed mid term? Our trust has been betrayed.

If this impasse cannot be resolved soon, with no one person commanding a clear majority in Parliament, then we urge the interim prime minister to request the Yang di-Pertuan to dissolve Parliament and return to the people to confer a fresh mandate to a new government of their choice.

This is not an ideal time for a snap election given the fact that deep structural defects of malapportionment and gerrymandering from the 2018 general election not only remains in our electoral boundaries but has got worse.

Other issues such as the lowering of the voting age to 18 and automatic voters registration have not yet been implemented; so a snap election now would disenfranchise almost five million potential voters.

As a nation we cannot afford to have a non-functioning government when we are facing stormy economic challenges, and a snap election would be the lesser of two evils

Meanwhile, we urge all Malaysians to take extra efforts to preserve inter-communal harmony at this critical juncture. No matter how different we are in political views, we are all children of Malaysia and one family.

As some quarters may hope to profit from setting the country on fire, we must stay vigilant to foil such a scheme.

Bersih 2.0 steering committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x