
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) mengutuk sekeras-kerasnya kempen terbaharu oleh pihak yang dikaitkan dengan mantan Perdana Menteri Najib Razak yang sedang mencemarkan nama baik Hakim Nazlan Ghazali – hakim yang mempengerusikan perbicaraan kes penggubahan wang haram dan pecah amanah SRC International oleh Najib pada 2020 – yang nampaknya telah direka untuk menjatuhkan pentadbiran undang-undang dan mencemarkan nama baik badan kehakiman Malaysia.
Latar belakang fakta kes adalah seperti berikut:
- Pada April 2022 ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia mengumumkan kepada media bahawa SPRM sedang menyiasat seorang hakim untuk kesalahan rasuah, berikutan tuduhan yang dibuat kepada Hakim Nazlan oleh pemblog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin. Hakim Nazlan kemudiannya membuat laporan polis bagi menyangkal tuduhan tersebut
- Pada 29 September 2022 SPRM mengumumkan bahawa mereka telah menyempurnakan penyiasatan dan menunggu arahan seterusnya daripada Jabatan Peguam Negara. Ketua pesuruhjaya SPRM menolak untuk memberikan sebarang maklumat atau komen lanjut.
- Pada Februari 2023 menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) mengesahkan kepada Dewan Rakyat bahawa SPRM telah menyerahkan laporan kepada ketua hakim Mahkamah Persekutuan berkenaan tuduhan pelanggaran Kod Etika Hakim 2009 oleh Hakim Nazlan. Perlu ditekankan bahawa tiada sebarang maklumat berkenaan laporan ini telah didedahkan
- Walau bagaimanapun, pada 20 Mac menteri tersebut dituduh menulis kepada peguam Najib bagi mengesahkan bahawa SPRM telah mendapati bahawa Hakim Nazlan berada dalam konflik kepentingan apabila menghakimi perbicaraan SRC International, dan Hakim Nazlan melanggar Kod Etika Hakim 2009
Bersih dan GBM mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa tiada seorang pun berada di atas undang-undang dan pihak berkuasa mesti menyiasat semua pertuduhan salah laku yang dilakukan oleh semua pihak, termasuklah anggota badan kehakiman.
Namun, disebabkan oleh kemaslahatan dan kebajikan rakyat Malaysia bergantung kepada kehakiman untuk menjalankan pentadbiran keadilan dengan bebas, tanpa takut atau pilih kasih, tuduhan salah laku tidak seharusnya dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan pentadbiran keadilan atau mencemarkan nama baik kehakiman.
Protokol muktamad untuk mengendalikan penyiasatan terhadap anggota badan kehakiman telah ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 24 Februari, yang memperuntukkan bahawa:
- badan penyiasatan perlu mendapatkan kebenaran daripada ketua hakim negara terlebih dahulu sebelum menyiasat mana-mana hakim
- fakta atau kandungan siasatan tidak boleh diuar-uarkan atau dipamerkan tanpa mendapat kebenaran daripada ketua hakim negara
- keseluruhan kandungan siasatan perlu kekal rahsia pada setiap masa dan
- Pendakwa raya perlu merujuk ketua hakim negara apabila memberi arahan semasa penyiasatan dan berkenaan dengan keputusannya untuk mendakwa
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Mahkamah Persekutuan telah menyatakan dengan jelas:
Perlu diingat bahawa aduan hanyalah itu – aduan. Ianya boleh menjadi benar sepenuhnya atau semata-mata palsu dan dirancang untuk merosakkan kredibiliti atau reputasi Hakim…Fakta seorang Hakim dituduh melakukan jenayah sudah cukup untuk menjejaskan reputasinya dan reputasi Badan Kehakiman keseluruhannya.
Bersih dan GBM maklum daripada fakta yang tersedia kepada orang awam, adalah jelas bahawa tiga daripada empat ketentuan oleh Mahkamah Persekutuan telah dilanggar oleh SPR dan kerajaan.
Siasatan terhadap Hakim Nazlan telah dilaksanakan tanpa merujuk kepada ketua hakim negara dan fakta penyiasatan telah diuar-uarkan tanpa mendapat persetujuan beliau. Hal ini telah dipegang oleh Mahkamah Persekutuan sebagai “petunjuk yang kuat menunjukkan kekurangan niat baik dalam siasatan jenayah”. Kini, kandungan penemuan siasatan SPRM juga telah diuar-uarkan kepada orang ramai oleh menteri.
Sebagaimana ramai telah sedia maklum, SPRM diberi kuasa untuk menyiasat kesalahan yang bertentangan dengan Akta SPRM. Berikutan penyiasatan tersebut, mereka boleh mengemukakan aduan kepada ketua hakim Mahkamah Persekutuan untuk menentukan keperluan tindakan lanjut dibawah Kod Etika Hakim 2009.
Bagi menghindari sebarang keraguan, SPRM tidak mempunyai kepakaran atau bidang kuasa untuk menentukan sama ada hakim yang mempengerusikan perbicaraan jenayah mempunyai konflik kepentingan yang memerlukan beliau untuk menarik diri daripada perbicaraan, atau untuk menentukan sama ada hakim telah melanggar Kod Etika Hakim 2009.
Pengurusan perbicaraaan jenayah adalah urusan mahkamah perbicaraan atau rayuan – yang secara konsisten menolak tuduhan yang dibuat oleh peguam Najib, dan urusan etika kehakiman adalah untuk ketuan hakim negara, Jawatankuasa Etika Kehakiman dan/atau tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.
Campur tangan SPRM dalam urusan pengurusan perbicaraan kehakiman dan etika kehakiman menunjukkan keangkuhan, kebiadapan dan penghinaan kepada kebebasan badan kehakiman.
Adalah sangat jelas daripada episod ini bahawa SPRM memerlukan reformasi struktur yang mendalam untuk membebaskannya daripada pengaruh eksekutif dan tidak dijadikan senjata untuk kepentingan politik.
Sebarang siasatan terhadap tindakan SPRM yang dinilai sebagai niat jahat terhadap Mahkamah Persekutuan dan masa ‘meragukan’ untuk menguar-uarkan siasatan mereka sebelum rayuan akhir SRC Najib di mahkamah tertinggi tahun lepas, perlu dimulakan oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen.
Perlu dinyatakan bahawa tuduhan semberono salah laku kehakiman adalah sangat serius dan berpotensi merosakkan, bahkan Parlimen dilarang oleh Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan penjalanan mahkamah dibahaskan di Parlimen, kecuali dengan usul substantif yang dibawa oleh tidak kurang daripada satu perempat ahli-ahli Dewan. Oleh itu, tidak ada jawapan untuk mengatakan bahawa seorang menteri berhak untuk mendedahkan kandungan penyiasatan kepada hakim hanya kerana soalan telah diajukan di Dewan.
Bersih dan GBM percaya bahawa kempen memburukkan Hakim Jazlan dan sistem kehakiman Malaysia oleh peguam dan rakan-rakannya berniat untuk mendapatkan pengampunan diraja kepada Najib yang akan membebaskan beliau daripada penjara.
Kami dengan rendah diri memohon kepada Yang di-Pertuan Agong dan semua rakyat Malaysia untuk menolak percubaan daripada penjenayah yang disabitkan dan rakan-rakannya untuk menjatuhkan pentadbiran keadilan serta mencemarkan nama baik badan kehakiman, dan menegaskan bahawa ketua hakim negara perlu diberikan ruang untuk menentukan sebarang tindakan yang bersesuaian secara bebas berdasarkan maklumat yang dirujuk kepada beliau. – Bersih/GBM
English version
Bersih and GBM condemn the campaign by Najib’s associates to smear Justice Nazlan Ghazali
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) and Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) condemn in the strongest terms the recent campaign by parties associated with disgraced former Prime Minister Najib Razak to smear the good name of Justice Nazlan Ghazali – the judge who presided in 2020 over Najib’s SRC International trial for money laundering and criminal breach of trust – which appear to have been designed to subvert the administration of justice and to bring the Malaysian judiciary into disrepute.
The background facts of this case are as follows:
- In April 2022 the chief commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission announced to the press that the MACC was investigating a judge for corruption offences, following allegations made against Justice Nazlan by Malaysia Today blogger Raja Petra Kamarudin. Justice Nazlan later filed a police report denying the allegations
- On 29 September the MACC announced it had completed its investigation and was awaiting further instructions from the Attorney General’s Chambers. The MACC chief commissioner declined to provide any further comment or information
- On 23 February the minister in the Prime Minister’s Department (for law and institutional reform) confirmed to the House of Representatives that the MACC had submitted a report to the chief justice of the Federal Court in connection with alleged violations by Justice Nazlan of the Judges’ Code of Ethics 2009. It should be noted that no other information about the report was revealed
- However, on 20 March the minister allegedly wrote to Najib’s lawyers confirming that the MACC had found Justice Nazlan to be in a conflict of interest when presiding over the SRC International trial, and that Justice Nazlan had been in breach of the Judges’ Code of Ethics 2009
Bersih and GBM remind all Malaysians that no one is above the law and that investigating authorities must investigate all allegations of wrongdoing made by members of the public, even against members of the judiciary.
However, because the safety and welfare of all Malaysians depends on the judiciary being allowed to administer justice independently, without fear or favour, allegations of wrongdoing cannot be allowed to be made in bad faith in order to subvert the administration of justice or to bring the judiciary into disrepute.
A definitive protocol for the handling of investigations against members of the judiciary was set out by the Federal Court on 24 February, which provides that:
- the investigating body should first seek leave from the chief justice to investigate any judge;
- the fact of investigation or the contents of the investigation cannot be publicised or advertised without prior approval of the chief justice;
- the entire contents of the investigation must remain confidential at all times and
- the public prosecutor must consult the chief justice when giving instructions during investigations and in respect of his decision to prosecute
As the Federal Court made clear:
It must be remembered that complaints are merely that – complaints. They can be entirely true or utterly spurious and calculated at damaging the Judge’s credibility or reputation…[T]he fact of a Judge being accused of a crime is enough to affect his reputation and the reputation of the Judiciary as a whole.
Bersih and GBM note that from the facts now available to the public, it is clear that three of the four stipulations made by the Federal Court have been violated by the MACC and the government. The investigation of Justice Nazlan was commenced without consulting the chief justice and the fact of the investigation was advertised without her approval. This was held by the Federal Court to be “a very strong indication of a lack of bona fides [good faith] in a criminal investigation”. Now, even the contents of the MACC’s findings have been publicised by the minister.
As many have noted, the MACC is empowered only to investigate offences under the MACC Act. Following such an investigation, it may forward a complaint to the chief justice of the Federal Court to decide whether further action should be taken under the Judges’ Code of Ethics 2009.
For the avoidance of doubt, the MACC has no expertise or authority to decide whether a judge presiding over a criminal trial has a conflict of interest that requires him or her to recuse himself or herself from the trial, or to decide whether the judge has breached the Judges’ Code of Ethics 2009.
The management of a criminal trial is a matter solely for the trial and appellate courts, which have consistently rejected the allegations made by Najib’s lawyers, while matters of judicial ethics are for the chief justice, the Judges’ Ethics Committee and/or a tribunal appointed by the Yang di-Pertuan Agong under Article 125 of the Federal Constitution.
The MACC’s intrusion into matters of judicial trial management and judicial ethics appears to demonstrate its arrogance, disrespect and contempt for the independence of the judiciary.
It is clear from this episode that the MACC needs deep structural reforms to free it from the influence of the executive and for it not to be weaponised for political expediency. An inquiry into the MACC’s actions which was judged to be done in bad faith by the Federal Court and the ‘curious’ timing of publicising its investigation just before Najib’s SRC final appeal before the apex court last year, should be initiated by a parliamentary special select committee.
It should be noted that spurious allegations of judicial misconduct are so serious and potentially damaging that even Parliament is prohibited by Article 127 of the Federal Constitution from allowing the conduct of a superior court judge to be discussed in Parliament, except on a substantive motion brought by no less than one quarter of the members of the House. It is therefore no answer to say that a minister is entitled to disclose the contents of an investigation of a judge simply because a question has been asked in the House.
Bersih and GBM believe the smear campaign that has been launched against Justice Nazlan and the Malaysian judicial system by his lawyers and associates is intended to secure and justify for Najib a royal pardon that would see him freed from prison.
We humbly call on the Yang di-Pertuan Agong and all Malaysians to reject this attempt by a convicted criminal and his associates to subvert the administration of justice and to bring the judiciary into disrepute, and to insist that the chief justice be allowed to decide on any appropriate action independently based on the information before her. – Bersih/GBM
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
