Home Coalitions Clean and Fair Elections Kempen #UndiLokal untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi (Malay/English)

Kempen #UndiLokal untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi (Malay/English)

BENEDICT LOPEZ

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

[ENGLISH VERSION] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), bersama Astro Awani, berbesar hati melancarkan kempen #UndiLokal untuk enam pilihan raya negeri akan datang.

Matlamat utama kempen ini adalah untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya negeri ini.

Data sejarah pilihan raya negeri ini yang tidak diadakan sempena pilihan raya umum, pilihan raya negeri menunjukkan peratusan keluar mengundi adalah 10-15% lebih rendah daripada pilihan raya umum. Kadar keluar mengundi untuk pilihan raya umum 2022 ialah 74%, bermakna peratusan keluar mengundi untuk enam pilihan raya negeri ini mungkin sekitar 59-64%, jika kita tidak menyeru untuk peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi.

Naratif semasa yang digunakan oleh pihak bersaing dalam enam pilihan raya negeri ini adala pilihan raya ini menjadi referendum terhadap “kerajaan perpaduan” mengenai isu-isu seperti “tiga R” (kaum agama dan raja) dan ekonomi. Kedua-dua belah pihak nampaknya berkempen dengan nada tersebut.

Kempen #UndiLokal berhasrat untuk mengembalikan tumpuan kepada sebab sebenar kita mengadakan pilihan raya negeri ini dengan menarik perhatian pengundi kepada isu negeri dan tempatan. Hal ini penting memandangkan kerajaan negeri melantik ahli majlis, yang mana keputusan memberi kesan secara langsung kepada perkhidmatan, pembangunan dan perniagaan tempatan kita. Pendek kata, pilihan raya negeri ini adalah penting kerana ia secara langsung memberi kesan kepada kualiti hidup kita.

Matlamat kempen #UndiLokal adalah untuk mendorong peratusan keluar mengundi lebih tinggi sebanyak 70% atau lebih melalui naratif – jika anda mahu pengurusan perkhidmatan, pembangunan dan perniagaan tempatan yang lebih baik, undilah kerajaan negeri yang lebih baik.

Hari ini kami mempunyai wakil daripada pelbagai kumpulan masyarakat sivil termasuk endorsing NGO kami, kumpulan mahasiswa dan dengan kerjasama Astro Awani untuk menyuarakan keprihatinan kami terhadap isu tempatan dan negeri.

READ MORE:  Bersih says #VoteLokal and keep elections clean

Untuk menguatkan mesej ini, kami menggesa orang ramai untuk menyertai seruan kami untuk #UndiLokal dengan melakukan perkara berikut:

  • gunakan hashtag kempen; #VoteLokal dan #UndiLokal untuk menyuarakan isu tempatan di kawasan anda. Jangan lupa tag calon ahli dewan undangan negeri anda!
  • cipta poster, TikTok, video YouTube dan artikel anda sendiri dan kongsi dengan hashtag di atas
  • galakkan rakan dan keluarga anda di enam negeri ini untuk keluar mengundi
  • like dan share kandungan media sosial Bersih dan pautan berita berkaitan.

Demokrasi hanya akan bermakna apabila terdapat penyertaan massa dalam pilihan raya yang bersih dan adil. Jadikan undi anda penentu kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang lebih baik. – Bersih

English version

#VoteLokal campaign to raise voter turnout for the six state elections

The Coalition for Clean and Fair Election (Bersih), together with Astro Awani, is pleased to launch the #VoteLokal campaign for the upcoming six state elections. The primary goal of the campaign is to raise voters turnout for the state elections.

Historical data of state elections that are not held in conjunction with a general election suggests that voter turnout will be 10-15% lower than the general election. The turnout rate for last November’s general election was 74%, meaning the turnout for the six state elections will probably be around 59-64%, if we do not advocate for a higher turnout.

The current narrative used by contesting parties for the six state elections is that it is a referendum on the “unity government” on issues such as the “three Rs” – race, religion and royalty – and the economy. Both sides of the divide seem to be campaigning along those lines.

READ MORE:  Jangan salah guna jentera kerajaan untuk berkempen

The #VoteLokal campaign intends to put the focus on the real reason why we have state elections by drawing voters’ attention to state and local issues. This matters since state governments appoint local councillors, whose decisions directly affect our local services, development and businesses. In short, state elections are important because they directly affect our quality of life.

The goal of the #VoteLokal campaign is to push for a higher voter turnout of 70% or more through public messaging of the narrative – if you want better management of local services, development and businesses, vote for a better state government.

We have representatives from various civil society groups, including our endorsing NGOs, student groups and with the cooperation of Astro Awani to voice our concerns for local and state issues.

To amplify the message, we urge the public to join in our call for #VoteLokal by doing the following:

  • use the campaign hashtags #VoteLokal and #UndiLokal to voice local issues in your constituency. Remember to tag your state assembly election candidates!
  • create your own poster, TikTok and YouTube videos and articles and share using the hashtags
  • encourage your friends and families in the six states to vote
  • like and share Bersih’s social media contents and related news links

Democracy is only meaningful when there is mass participation in a clean and fair election. Let your vote decide better state governments and local authorities. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x