
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengalu-alukan keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tidak mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kes-kes petisyen pilihan raya.
Peranan Jabatan Peguam Negara adalah untuk menasihat kerajaan dan mewakili kerajaan dalam mahkamah.
Jikalau Jabatan Peguam Negara menjadi peguambela SPR dalam kes-kes petisyen pilihanraya, ini akan menajdi satu konflik kepentingan yang ketara kerana petisyen pilihanraya melibatkan parti-parti pemerintah. Jabatan Peguam Negara tidak boleh mewakili kedua-dua pihak, iaitu salah satu pihak yang bertanding dalam pilihanraya dan juga SPR yang menjadi pengadil pilihan raya dalam sebarang petisyen pilihan raya.
Jikalau Jabatan Peguam Negara memberi khidmat guaman kepada SPR, ini hanya akan mengukuhkan persepsi negatif orang awam terhadap SPR bahawa ianya sebuah institusi yang berat sebelah kepada kerajaan memerintah dan didokong oleh Jabatan Peguam Negara di mana mandatnya adalah untuk membela kerajaan.
Untuk mengembalikan kepercayaan orang awam terhadap SPR sebagai sebuah institusi yang bebas dan kredibel, maka ada pentingnya Jabatan Peguam Negara tidak terlibat dalam pendengaran petisyen pilihan raya yang akan dating dan SPR perlu melantik peguam swasta untuk mewakilinya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
SPR telah diberikan tanggungjawab untuk menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil dan untuk melaksanakan tugas dengan bebas. Akan tetapi, sudah jelas SPR telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam pilihan raya umum yang lalu.
Sudah sampainya masa SPR mengambil tanggungjawab terhadap segala kegagalan, sikap berat sebelah dan salah laku dalam mengendalikan pilihan raya tersebut dan membela mereka sendiri. Masa lampau di mana SPR boleh bergantung kepada Jabatan Peguam Negara untuk melepaskan diri daripada pemeriksaaan awam dan tanggungjawab sudah berakhir.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
English version
Right decision for Attorney General’s Chambers not to represent Electoral Commission in election petitions
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) welcomes the decision of the Attorney General’s Chambers not to represent the Election Commission in any of the election petition hearings.
The central roles of the Attorney General’s Chambers are to serve as the legal advisor of the government and to represent the government in the courts. It would be a clear conflict of interest should the attorney general act as counsel for the commission in election petitions, which involves interests of the ruling parties. The Attorney General’s Chambers cannot possibly represent both the contenders and the referee — in this case the Electoral Commission, in any election dispute.
If the Chambers provides legal representation for the Electoral Commission, it would only reinforce the negative perception that the commission serves only the interest of the ruling government and is supported by the chambers, which is mandated to defend the government.
To restore public confidence in the Electoral Commission as an independent and credible institution, it is crucial for the Attorney General’s Chambers to not to be part of the upcoming election petition hearings and for the commission to appoint private counsel for legal representation.
The Electoral Commission, tasked with the duty to conduct free and fair elections and to act independently, unfortunately has clearly failed to live up to this important responsibility in the recent general election.
It is time for the Electoral Commission to own up to its failures, bias and misconduct in managing the general election and to defend itself in court. The time for relying on the Attorney General’s Chambers to escape scrutiny and accountability for the commission’s misconduct in the past is over.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
terima kasih kerana menulis dalam bahasa Melayu ye. pak cik ni pun dah tua, bahasa owang barat pak cik mana kisah nak pegi amik tahu ahahaha