Home Coalitions Clean and Fair Elections Kerajaan baharu perlu gubal undang-undang perkhidmatan parlimen (Malay/English)

Kerajaan baharu perlu gubal undang-undang perkhidmatan parlimen (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dan Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (Reform) menggesa agar kerajaan baru pimpinan Ismail Sabri menggubal sebuah rang undang-undang perkhidmatan parlimen sebagai salah satu komitmen terhadap persetujuan bersama para pemimpin pembangkang tempoh hari untuk memperkasa fungsi Parlimen dan reformasi institusi, juga sebagai kesinambungan tawaran bekas perdana menteri terhadap usaha mereformasi Parlimen selaku institusi semak dan imbang berkesan kepada tadbir urus kerajaan.

Rang undang-undang ini harus memberikan autonomi institusi, pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen dan memperkasa peranan institusi Parlimen khususnya sebagai medium semak dan imbang kepada kerajaan pada hari ini.

Kami juga menyarankan supaya Perkara 65, Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memberikan akta perkhidmatan parlimen yang bakal diwujudkan dengan sumber kuasanya daripada Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan perjalanan prinsip pengasingan tiga kuasa kerajaan yang setaraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi dasar kepada sebuah negara demokrasi. Prinsip pengasingan kuasa ini menganjurkan Parlimen, eksekutif dan kehakiman supaya bebas antara satu sama lain, namun tetap boleh memeriksa perjalanan tugas antara mereka.

Kami menggesa semua parti politik dan semua ahli Parlimen untuk mengetepikan perbezaan politik mereka dan memberi sokongan rentas parti terhadap rang undang-undang perkhimatan parlimen supaya kewibawaan Parlimen dikembalikan.

Bersih 2.0 dan Reform melancarkan sebuah laporan kajian yang bertajuk “Mengembalikan Undang-undang Perkhidmatan Parlimen di Malaysia”. Laporan ini dinaungi bersama oleh Bersih 2.0 dan ditulis oleh sekumpulan penyelidik daripada Reform dan ahli akademik universiti awam.

Laporan kajian ini antara lain mengenalpasti mengapa institusi Parlimen memerlukan autonomi dan kebebasan dalam aspek pentadbiran dan kewangan. Dapatan laporan kajian ini juga melihat pentadbiran Parlimen kini didominasi oleh para pegawai daripada skim perkhidmatan awam lain setelah Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dimansuhkan pada tahun 1992 dan perbelanjaan kewangan Parlimen yang tertakluk kepada kelulusan dan boleh dipotong oleh badan eksekutif melalui Kementerian Kewangan.

READ MORE:  Veto power for East Malaysia: House of Representatives or Senate?

Oleh itu, kami menggesa agar pihak pimpinan kerajaan baharu dan Parlimen Malaysia mengambil tanggungjawab dan komitmen terhadap reformasi insitusi Parlimen sekaligus memperkasanya melalui sebuah undang-undang perkhidmatan parlimen yang baharu yang harus meliputi ciri-ciri berikut:

  • Mengembalikan peruntukan berhubung dengan perkhidmatan parlimen dalam Perkara 65, Perlembagaan Persekutuan yang merupakan sumber kuasa bagi penggubalan semula akta perkhidmatan parlimen
  • Meminda peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan pelantikan setiausaha Dewan Negara dan setiausaha Dewan Rakyat supaya mereka dilantik oleh sebuah suruhanjaya perkhidmatan parlimen yang bebas dan dibentuk di bawah akta perkhidmatan parlimen
  • Memperkenalkan akta suruhanjaya perkhidmatan parlimen bertujuan untuk menjamin kebebasan perkhidmatan parlimen dengan ciri-ciri penting seperti berikut:
    • Fungsi suruhanjaya yang teras dan jelas dinyatakan dalam akta
    • Keahlian perlu dalam bilangan yang ganjil, bagi tujuan membuat keputusan jika perlu pengundian
    • Penubuhan beberapa jabatan di Parlimen dan peranan ketua pentadbir Parlimen, setiausaha Dewan dan setiausaha jabatan secara jelas dikanunkan dalam akta
    • Nilai-nilai perkhidmatan parlimen harus didefinisikan sebagai “nilai falsafah penting dalam perkhidmatan parlimen” atau kod tata kelakuan
  • Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas bagi pentadbiran dan kewangan parlimen bagi membantu suruhanjaya menjalankan peranannya
  • Menerapkan model pengurusan perbelanjaan dan penyediaan belanjawan secara kerjasama untuk memastikan autonomi kewangan parlimen
  • Mempertimbangkan skim persaraan yang fleksibel kepada kakitangan perkhidmatan parlimen yang setaraf dengan skim perkhidmatan awam

#ReformasiParlimen
#HidupDemokrasi

– Bersih 2.0 dan Reform

English version

New government needs to enact parliamentary service laws in parliamentary reform agenda

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) and the Institute for Political Reform and Democracy (Reform) urge the new government led by Ismail Sabri to enact a parliamentary services bill as one of the commitments to the agreement with the opposition leaders to strengthen the function of Parliament and institutional reforms, as well as a continuation of the former prime minister’s offer to reform Parliament as an effective mechanism of checks and balances on the government.

READ MORE:  Two views on Malaysia Agreement 1963 and parliamentary representation

The bill should give institutional, administrative and financial autonomy to Parliament and strengthen the role of the Parliament institution.

We also recommend that Article 65 of the Federal Constitution be amended to provide for the parliamentary service act to be enacted with its source of authority from the Federal Constitution, in line with the principle of the separation of the three branches of power in the Federal Constitution and the basis for a democratic country.

This principle of separation of powers institutionalises Parliament, the executive and the judiciary to be independent of each other, yet still being able to exercise checks and balances on each other.

We urge all political parties and all MPs to set aside their political differences and provide cross-party support to the parliamentary services bill so that the credibility of Parliament is restored.

Bersih 2.0 and Reform have launched a research report entitled “Mengembalikan Undang-undang Perkhidmatan Parlimen di Malaysia” (Restoring the parliamentary service law in Malaysia). This report is commissioned by Bersih 2.0 and written by a group of researchers from Reform and academics from public universities.

The research report, among others, identifies why Parliament needs autonomy and independence in administrative and financial aspects. The findings of this research report also saw parliamentary administration now dominated by officials from the public service sector after the Parliamentary Services Act 1963 was repealed in 1992 and parliamentary financial expenditure is subject to approval and can be cut by the executive through the Ministry of Finance.

Therefore, we urge the new government and Parliament to commit to reform the institution of Parliament as well as empower it through a new parliamentary service law, which should include the following features:

  • Restore the provisions relating to parliamentary service in Article 65 of the Federal Constitution, which should be the source of authority for the re-enactment of the Parliamentary Service Act
  • Amend the provisions in the Federal Constitution in relation to the appointment of the secretary of Dewan Negara and the secretary of the Dewan Rakyat so that they are appointed by an independent parliamentary services commission that is established under the parliamentary services act
  • Introduce the parliamentary services commission to guarantee the independence of the parliamentary service with the following important features:
    • The core and clear functions of the commission are set out in the act
    • Membership should be in an odd number, for the purpose of deciding, if voting is necessary
    • The establishment of several departments in Parliament and the roles of the chief administrator of Parliament, the secretary of the Houses and the secretary of the Department are clearly codified in the act
    • Parliamentary service values ​​should be codified as “philosophical values ​​essential in the parliamentary service” or a code of conduct
  • Establish a select committee on parliamentary administration and finance to assist the commission in carrying out its roles
  • Implement a model of expenditure management and budget preparation in collaboration with the government to ensure the financial autonomy of Parliament
  • Consider a flexible retirement scheme for parliamentary services staff that is equivalent to a public service scheme
READ MORE:  Two views on Malaysia Agreement 1963 and parliamentary representation

#Parliamentary Reform
#HidupDemokrasi

– Bersih 2.0 and Reform

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x