[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menegaskan bahawa ketidaktentuan tarikh pilihan raya adalah sesuatu yang membebankan dan merunsingkan orang ramai serta perniagaan yang sedang menanti-nanti pengumuman hari mengundi untuk pilihan raya negeri bagi enam negeri tahun ini.
Walaupun Bersih mengambil maklum bahawa ada beberapa menteri besar atau ketua menteri yang telah pun menghadap sultan atau yang di-pertua negeri untuk mendapat perkenan pembubaran dewan undangan negeri masing-masing, namun sehingga kini masih ada yang tidak mempunyai pemakluman rasmi kepada Suruhjaya Pilihan Raya tentang tarikh pembubaran.
Bersih menyeru agar semua negeri bertindak secara bertanggungjawab dengan memaklumkan secara rasmi kepada SPR tarikh pembubaran yang dirancang, sama ada secara automatik dengan penggenapan penggal atau lebih awal dengan perkenan istana.
Ini membolehkan SPR untuk menentukan tarikh penamaan dan hari pengundian segera kerana SPR tidak perlu menunggu pembubaran berlaku, sebaliknya hanya memerlukan makluman rasmi daripada kerajaan negeri.
Pengumuman tarikh pilihan raya yang lebih awal dapat memudahkan perancangan semua pihak yang terlibat seperti petugas dan pegawai pilihan raya, parti-parti politik, pasukan keselamatan serta pelbagai perniagaan, dan paling utama adalah para pengundi agar mereka dapat merancang jadual aktiviti dengan lebih baik untuk mengundi dalam pilihan raya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Jika menunggu untuk pembubaran berlaku, tarikh pembubaran yang terlewat mengikut laporan media sekarang mencecah 30 Jun (Negeri Sembilan), [beberapa] hari disia-siakan untuk SPR menunggu. – Bersih
English version
State governments should officially inform Election Commission about dissolution dates so it can announce polling date immediately
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) would like to reiterate that the uncertainty of the election date is unnecessarily burdening the public and businesses that are waiting for the announcement of the polling day for the six state elections.Â
Although some chief ministers have already met the sultans or governors to obtain royal assent for the dissolution of their respective state legislatures, some have not yet officially notified the Election Commission about the date of dissolution, as far as Bersih is aware.
Bersih calls for all states to be more responsible by officially informing the Election Commission of the planned dissolution date, be it automatically at the end of the term or earlier with the approval of the palace.
This would allow the Election Commission to decide the nomination date and polling day immediately because it does not need to wait for the dissolution to happen, but it would only require an official notification from the respective state governments.
If the Election Commission could announce the election date earlier, it would facilitates the planning of all parties involved, such as election officials, political parties, security forces, various businesses, and most importantly, the voters, so that they can plan their schedules ahead of time to vote in the election.
If we wait for the dissolution to happen, the latest dissolution date, according to media reports, now reaches June 30 (Negeri Sembilan), so [several] days are wasted while the Election Commission has to wait. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme