Home Coalitions Clean and Fair Elections Kerajaan perlu tegakkan kebebasan berhimpun dan hak asasi di Sabah

Kerajaan perlu tegakkan kebebasan berhimpun dan hak asasi di Sabah

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyatakan solidariti kami bersama rakan-rakan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah mengadakan satu himpunan #KamiMahuAir pada Jumaat lepas, 14 Jun, di hadapan pejabat pentadbiran negeri Sabah.

Walaupun perhimpunan tersebut telah berjalan dengan aman dan tertib, malangnya pihak polis telah menahan seorang guru (Cikgu Shafeeq) dan lapan pelajar sekolah alternatif yang dikelolai oleh rakan-rakan aktivis daripada Borneo Komrad.

Sekolah alternatif adalah tempat di mana anak-anak marjinal tanpa dokumen mendapat pendidikan untuk memperbaiki komuniti mereka sendiri.

Kesembilan orang mereka telah ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika mereka sedang beredar daripada tapak perhimpunan tersebut. Pihak polis telah menggunakan Akta Imigresen bagi menahan guru dan pelajar-pelajar tersebut.

Bersih ingin menyatakan tiada sebab untuk pihak polis menangkap guru dan pelajar sekolah alternatif yang berada di dalam himpunan tersebut kerana mereka bukanlah penganjur utama bagi himpunan tersebut.

Sekiranya pihak polis ingin menyiasat, seharusnya mereka mengikuti Akta Perhimpunan Aman 2012 yang meletakkan tanggungjawab pada penganjur utama untuk disiasat secara profesional dan bukan menggunakan instrumen undang-undang yang lain bagi tujuan intimidasi yang membentuk naratif yang negatif terhadap himpunan tersebut, sekali gus menjadikan guru dan pelajar-pelajar sekolah alternatif sebagai mangsa keadaan.

Bersih juga dimaklumkan bahawa pihak polis telah memohon penambahan reman kepada Shafeeq tanpa memaklumkan kepada peguam yang mewakili beliau walaupun pegawai penyiasat tersebut memang sudah mengetahui bahawa Shafeeq sedang diwakili oleh peguam dan sentiasa berhubung dengan peguam tersebut.

Tindakan ini adalah tindakan yang secara jelas melanggar hak Shafeeq di bawah Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tatacara Jenayah bahawa orang yang disiasat mempunyai hak untuk diwakili oleh peguam dan diadili dengan adil dan saksama di bawah undang-undang.

READ MORE:  Sabah and Sarawak should step up to propel Malaysia's reform agenda

Bersih menyeru “kerajaan perpaduan”, khususnya Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, untuk menegakkan hak asasi Shafeeq dan lapan pelajar sekolah alternatif dengan membebaskan mereka agar kegiatan pengajaran dan pembelajaran mereka dapat diteruskan.

Kegagalan berbuat demikian hanya mengukuhkan persepsi bahawa intimidasi terhadap para aktivis berlaku seperti ‘business as usual’ di bawah kerajaan “Madani” seperti pemerintahan kerajaan-kerajaan terdahulu. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x