Home Coalitions Clean and Fair Elections Kerajaan sementara tidak boleh membuat keputusan penting atau umumkan sebarang projek (Malay/English)

Kerajaan sementara tidak boleh membuat keputusan penting atau umumkan sebarang projek (Malay/English)

BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengingatkan semua kerajaan-kerajaan negeri di Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu bahawa mereka hanyalah kerajaan sementara selepas pembubaran dewan undangan negeri masing-masing.

Disebabkan fungsi kerajaan sementara adalah untuk memastikan operasi asas kerajaan berjalan sehingga kerajaan baharu dibentuk, kerajaan sementara ini perlu berhenti daripada membuat keputusan penting atau mengumumkan sebarang projek-projek baharu.

Sebarang keputusan atau pengumuman baharu secara demokratiknya adalah salah serta meragukan dari sudut undang-undang kerana mereka tidak mempunyai kuasa selain penjaga sementara. Pejabat setiausaha kerajaan-kerajaan negeri perlu mengeluarkan satu garis panduan kerajaan sementara sebagaimana yang telah dilakukan di peringkat persekutuan.

Garis panduan tersebut antara lain menyatakan:

Kerajaan Caretaker tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat, atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan Kerajaan baharu yang bakal dibentuk, melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam (public interest).

Apa-apa projek kerajaan-kerajaan negeri yang bakal atau telah terbubar ini mahukan hanya boleh dijanjikan di dalam manifesto mereka dan tidak boleh diumumkan sebagai satu ketetapan.

Bersih menggesa rakyat Malaysia untuk memantau dan mendesak semua kerajaan negeri yang bakal terbubar menghormati asas demokrasi.

Sekiranya salah laku dibenarkan kerana bias politik, maka semua parti akan berlumba-lumba ke arah keburukan dengan membentur undang-undang untuk memenangi pilihan raya dengan mengorbankan kepentingan awam. – Bersih

English version

Caretaker state governments must not make major decisions or announce projects

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) reminds all outgoing state governments in Kelantan, Selangor, Kedah, Penang, Negeri Sembilan and Terengganu that they are only ‘caretaker governments’ after the dissolution of their state legislatures.

READ MORE:  Panduan mencegah salah guna kelebihan penyandang untuk kempen pilihan raya (Malay/English)

As a caretaker government’s function is only to maintain basic operation until a new government is sworn in, these caretaker governments must refrain from making any major decisions or announcing any projects.

Any such decision or announcement would be democratically wrong and legally dubious as they do not have the authority beyond caretaking. The secretary’s office of the state governments needs to issue a caretaker government guideline, as has been done at the federal level.

The guidelines, among other things, state:

The Caretaker Government cannot make any binding decisions or policies, nor can it take any action that may have financial implications and burden the newly established government, unless the action is required in the public interest.

Whatever projects any outgoing state government wants to pursue can only be promised in its manifesto and must not be announced as decisions.

Bersih urges the Malaysian public to monitor and demand of all outgoing state governments this basic respect of democracy. If misconduct is tolerated due to partisan bias, then all parties would race to the bottom in bending rules to win elections at the expense of the public interest. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x