Home Coalitions Clean and Fair Elections Kes Guan Eng menunjukkan pembaharuan institusi tidak boleh ditangguhkan lagi

Kes Guan Eng menunjukkan pembaharuan institusi tidak boleh ditangguhkan lagi

WIKIMAPIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) turut bersama-sama memberi perhatian terhadap pengguguran pendakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang didakwa atas tuduhan rasuah berikutan pembelian sebuah banglo yang di bawah harga pasaran dan satu urusan tanah di Penang.

Lebih parah lagi apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa mereka tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum dakwaan tersebut digugurkan.

Walaupun Mohamad Hanafiah Zakariah telah menjelaskan bahawa keputusan ini telah dibuat oleh beliau sebagai ketua bahagian pendakwaan dan rayuan Jabatan Peguam Negara tanpa penglibatan peguam negara dalam mengaplikasikan pendekatan “fresh eye”, ia memperlihatkan seakan-akan tiada koordinasi antara SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Menurut Mohamad Hanafiah, SPRM tidak diberitahu tentang keputusan tersebut kerana ingin mengelakkan sebarang campur tangan luar. Kebimbangan orang ramai terhadap kes ini adalah berasal daripada kemungkinan motif politik semasa pemerintahan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum pilihan raya 2018.

Berikutan dengan berita tentang pengguguran dakwaan Lim selepas Pakatan Harapan baru sahaja memegang tampuk kerajaan, ia melahirkan rasa kerisauan yang lain samaada keputusan yang dibuat mempunyai campur tangan dari luar, terutamanya dari pihak eksekutif.

Manakala Bersih 2.0 menyambut baik penerangan yang diberikan oleh Mohamad Hanafiah dan ia adalah satu permulaan yang baik untuk memisahkan bidang kuasa pendakwaan daripada peguam negara, kes ini sememangnya menjadi penanda aras dalam keperluan untuk mempunyai satu badan pendakwa raya yang bebas. Badan ini perlu dipisahkan daripada pejabat peguam negara dengan secepat mungkin untuk mengelakkan kecurigaan dari pihak awam terhadap peranan peguam negara sebagai penasihat kepada kerajaan yang boleh mempengaruhi keputusan pendakwaan.

Keyakinan umum terhadap SPRM sebagai satu badan yang bebas dari apa-apa pengaruh juga harus diperketatkan dan tidak boleh ditangguhkan lagi. Ia boleh dicapai dengan menjadikan badan anti-rasuah sebagai satu badan perlembagaan yang telus dan lantikan ahli yang boleh dipercayai. Ini untuk memastikan bahawa badan anti-rasuah ini bebas dari campur tangan luar dan tidak menjadi alat untuk pendakwaan politik terhadap musuh politik mereka.

READ MORE:  Urgent: Give protection to whistleblower in state assembly bribery case

Semua ini adalah tuntutan-tuntutan yang telah dibuat oleh Bersih 2.0 sejak perhimpunan Bersih 4 pada tahun 2015. Selain daripada cadangan-cadangan ini dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Harapan, kami belum lagi melihat apa-apa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan baru dalam melaksanakan institusi pembaharuan ini.

Bersih 2.0 menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil tindakan dalam melaksanakan cadangan-cadangan ini dengan segera. Ini sahaja cara untuk kerajaan baru ini meyakinkan rakyat bahawa kerajaan mempunyai kehendak politik dan komited dalam pembaharuan institusi yang telah dijanjikan kepada pengundi.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Guan Eng’s case shows institutional reform should no longer be delayed

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) shares the concern of many on the sudden acquittal of Finance Minister Lim Guan Eng, who faced a charge of alleged corruption in a purchase of bungalow that was said to be below market price and a land deal in Penang.

The concern is made more alarming with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) saying it was not consulted in the process and was shocked about the dropping of the charge.

Although Mohamad Hanafiah Zakaria has clarified that the decision was made by him as the head of prosecution and appeal division of the Attorney General’s Chambers without the involvement of the attorney general in applying an approach of a “fresh eye”, it is troubling that there seemed to be a lack of coordination between the MACC and the Attorney General’s Chambers.

According to Mohamad Hanafiah, the MACC was not informed of the decision to avoid external interference.

READ MORE:  A Nation in Peril

Public concerns over the case stem from the suspicion of it being politically motivated during Barisan Nasional’s rule before the 2018 general election. With Lim’s sudden acquittal after Pakatan Harapan came into power, another concern arises whether the decision was made due to external interference, especially from the executive.

While Bersih 2.0 welcomes the Mohamad Hanafiah’s statement and it is a good starting point to separate prosecutorial powers from the attorney general, the case once again indicates the urgent need for an independent public prosecutor’s office to be established and separated from the attorney general’s office as soon as possible to clear public suspicion of the role of the attorney general, who acts as a legal adviser to the executive branch of the government, in influencing prosecution decision.

The public confidence in the MACC as a truly independent body should also not be delayed any longer. This can be made by making the anti-corruption body a constitutional body with transparent and credible appointment of its members. This would ensure the anti-corruption body is free from external interference and does not become a tool of political persecution against political enemies.

These are the demands that Bersih 2.0 has made since Bersih 4 rally in 2015. Despite these recommendations being included in the PH manifesto, we have not seen any action taken by the new government thus far to implement these crucial institutional reforms measures.

Bersih 2.0 reiterates our calls and urges the PH government to start taking actions to implement these recommendations without further delay. This is the only way for the new government to convince the public that it has the political will and is committed to the institutional reforms that it promised to voters.

READ MORE:  Arise, youth! Battling corruption and racism in Malaysia

Bersih 2.0 steering committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x