[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memandang berat isu pelaksanaan agenda reformasi yang masih dilihat perlahan oleh kerajaan semasa.
Bersih menegaskan agenda reformasi harus dipandang serius oleh semua pihak terutamanya kerajaan persekutuan.
Kita harus sedar bahawa saat ini Malaysia sedang meniti fasa penting transisi pendemokrasian yang akan menentukan sama ada kita berada di landasan yang tepat menuju pembinaan sebuah masyarakat yang inkusif, demokratik dan adil, atau berpatah ke belakang dengan mengekalkan dasar-dasar yang regresif.
Kegagalan pelaksanaan agenda reformasi akan menatijahkan kelelahan politik yang berpanjangan dalam kalangan rakyat apabila terhakisnya kepercayaan mereka terhadap harapan untuk adanya satu perubahan.
Lebih malang lagi, ia akan mengakibatkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap sistem tatakelola yang baik, pelaksanaan pilihan raya yang bersih dan adil serta penguatkuasaan undang-undang yang tegas, khususnya dalam melindungi sistem demokrasi berparlimen serta agenda melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Justeru, atas kesedaran tersebut Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan untuk mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat seluruhnya untuk merangka perancangan dan resolusi ke hadapan sebelum menjelang pilihan raya umum akan datang.
Kongres Bersih ini akan turut menampilkan tokoh-tokoh pemikir dan aktivis masyarakat yang berkongsi sumbang saran dalam merangka perencanaan bersama.
Antara tokoh yang diundang termasuk bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ariff Md Yusof, bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan, editor pengurusan Sinar Harian Hussamuddin Yaacob, presiden Abim Ahmad Fahmi Samsudin dan ketua pegawai operasi Ideas Sri Murniati Yusuf.
Kongres Bersih tersebut bakal diadakan pada 25 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Pendaftaran dan makluman terperinci boleh dibuat dengan merujuk ke pautan ini.
Bersih mengundang penglibatan semua pihak terutama pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan anak muda bagi menjayakan hasrat kongres ini. – Bersih
English version
Bersih congress to set direction leading up to next general election
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) takes seriously the issue of the slow implementation of the reform agenda by the current government.
Bersih stresses that the reform agenda must be taken seriously by all parties, especially the federal government.
We must recognise that Malaysia is currently navigating a crucial phase of democratic transition that will determine whether we are on the right path toward building an inclusive, democratic and just society – or regressing by maintaining regressive policies.
The failure to implement the reform agenda will result in prolonged political fatigue among the public due to the erosion of their trust in the hope for change.
Worse, it will lead to a loss of public trust in good governance, clean and fair elections, and the firm enforcement of laws, particularly to protect the parliamentary democracy system and combat corruption and abuse of power.
Therefore, with this awareness, Bersih will organise a Bersih congress as a platform to bring together civil society organisations, students and the public to formulate plans and resolutions ahead of the next general election.
The Bersih congress will also feature leading intellectuals and community activists who shared insights and collaborated on joint planning.
Invited speakers include former House of Representatives Speaker Ariff Md Yusof, former Bersih chairperson Ambiga Sreenevasan, Sinar Harian managing editor Hussamuddin Yaacob, Abim president Ahmad Fahmi Samsudin and Ideas chief operating officer Sri Murniati Yusuf.
The Bersih congress will take place on 25 May at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall. Registration and detailed information can be found at the link here.
Bersih invites the participation of all parties, especially civil society organisations, students and young people to make this congress a success. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme