Home Coalitions Clean and Fair Elections Laksanakan pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya sebelum Oktober 2025

Laksanakan pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya sebelum Oktober 2025

WIKIMAPIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said bahawa inisiatif pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya akan dilaksanakan secara berfasa selama dua tahun melalui kajian emperikal di tiga buah negara.

Berdasarkan perkembangan ini, Bersih ingin menyuarakan kekhuatiran kemungkinan agenda besar ini akan dilengahkan hingga ambang pilihan raya umum akan datang yang membawa kepada kegagalan untuk ia direalisasikan dalam mandat “kerajaan perpaduan” sedia ada.

Bersih ingin mendapatkan penjelasan daripada Azalina:

  • Adakah tempoh masa dua tahun yang diumumkan dalam kenyataan beliau adalah tambahan masa kepada apa yang diumumkan oleh beliau pada tahun lepas? Pada 18 Ogos 2023, Azalina menyatakan bahawa kajian empirikal yang komprehensif berkaitan agenda ini akan berjalan dalam tempoh setahun iaitu berakhir pada tahun ini yang akan membuka jalan kepada pelaksanaannya pada tahun hadapan iaitu 2025
  • Adakah kerajaan persekutuan dapat memberi jaminan bahawa pelaksanaan pengasingan kuasa (bukan setakat tamat kajian) akan dilakukan sebelum Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada Oktober 2025? Jaminan terbuka (public assurance) ini amat penting untuk menangkis tanggapan bahawa sebarang kajian dan jawatankuasa lanjutan bukanlah satu taktik untuk melengahkan pelaksanaan pengasingan kuasa. Memandangkan pengasingan kuasa ini akan memakan sumber kewangan yang signifikan, adalah penting supaya kerajaan memberi peruntukan yang sewajarnya dalam Belanjawan 2026 untuk memudahkan pelaksanaan

Bersih menggesa supaya proses pelaksanaan kepada agenda ini tidak dilengahkan. Sebaliknya kerajaan harus menepati garis masa yang ditetapkan sebelum ini.

Bersih dan rakyat Malaysia juga sedang menunggu hasil laporan interim oleh jawatankuasa petugas khas teknikal bagi pemisahan peguam negara dan pendakwa raya yang sepatutnya dibentangkan pada September tahun ini.

READ MORE:  No to appointment of current public prosecutor as Federal Court judge or chief judge - Madpet

Dalam masa sama, Bersih terus konsisten mendesak agar perdana menteri dan peguam negara menetapkan satu polisi moratorium untuk menghentikan sementara sebarang pemberian pelepasan tanpa pembebasan oleh peguam negara yang membabitkan kes rasuah serta kepentingan awam yang sedang berjalan di mahkamah, khususnya melibatkan ahli-ahli politik sama ada di pihak pembangkang atau kerajaan.

Moratorium ini penting sementara menanti pelaksanaan agenda pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya agar proses pengadilan itu dapat dilaksanakan dengan adil dan mendapat keyakinan rakyat. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x