Home Coalitions Clean and Fair Elections Laksanakan reformasi proses pelantikan pengerusi SPR dan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya

Laksanakan reformasi proses pelantikan pengerusi SPR dan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekali lagi menegaskan supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan persekutuan untuk tidak mengenepikan agenda reformasi pilihan raya.

Umum mengetahui bahawa pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bersara wajib pada bulan Mei ini. Kekosongan jawatan ini akan menjadikan dua kekosongan jawatan ahli SPR, iaitu pengerusi dan seorang ahli.

Bersih mengulangi gesaan kami supaya perdana menteri untuk segera melaksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR.

Bersih ingin menegaskan bahawa reformasi pelantikan ini adalah mustahak, tambahan lagi pengerusi SPR seterusnya berkemungkinan besar akan mempunyai tanggungjawab mengkaji dan melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Ahli-ahli SPR perlu dilantik melalui mekanisme yang telus, terbuka, berakauntabiliti dan inklusif bagi mendapatkan kepercayaan semua pihak berkepentingan terhadap kebebasan dan kemandirian SPR yang mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk melaksanakan pilihan raya dan persempadanan semula.

Bersih mencadangkan agar mekanisme pelantikan ahli-ahli SPR perlu melalui jawatankuasa tetap hal ehwal pilihan raya (standing committee) agar proses tersebut dapat diteliti secara inklusif dan demokratik oleh ahli parlimen kerajaan dan juga pembangkang.

Kami juga mengingatkan bahawa manifesto pilihan raya kedua-dua Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah menjanjikan bahawa pelantikan bagi jawatan utama seperti pengerusi SPR akan melalui jawatankuasa parlimen.

Bersih juga menggesa agar kerajaan persekutuan segera meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR) yang kali terakhir adalah pada tahun 2003 tanpa sebarang pindaan yang signifikan.

Bersih telah melakukan bengkel libat urus yang melibatkan hampir semua parti politik utama di Malaysia dan NGO yang memfokuskan agenda reformasi pilihan raya selama lebih dua tahun bermula 2019 sehingga 2021.

Hasil libat urus ini pihak kami telah mengenal pasti 19 seksyen di dalam AKPR yang perlu dipinda seperti di seksyen berkenaan rasuah, had belanja pilihan raya dan menaikkan hukuman denda bagi setiap kesalahan – selain perlu memasukkan peruntukan baharu untuk memodenkan akta ini seiiring keperluan zaman seperti larangan penggunaan sumber kerajaan untuk berkempen pilihan raya, keperluan mengaudit belanja pilihan raya oleh calon-calon serta memperkasakan kuasa SPR untuk memberi kompaun kepada pihak yang melakukan kesalahan pilihan raya. Laporan pindaan AKPR ini boleh dimuat turun melalui laman web Bersih.

READ MORE:  The line between Raya and 'pilihan raya'

Perdana menteri dan kerajaan persekutuan tidak mempunyai masa yang lama kerana jawatan pengerusi SPR akan dikosongkan pada bulan hadapan dan mekanisme pelantikan yang lebih telus perlu dibuat segera.

Selain itu, pindaan kepada AKPR juga perlu dilaksanakan agar penjalanan pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lebih baik sebelum siri-siri pilihan raya negeri yang akan bermula dengan pilihan raya Sabah pada tahun 2025. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x