Bersih 2.0 telah memutuskan laluan-laluan untuk peserta perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November 2016 yang akan bermula pada 10 pagi sehingga 6 petang.
Terdapat dua tempat berkumpul bagi peserta perhimpunan iaitu di Dataran Maybank yang terletak di Jalan Bangsar dan Masjid Negara; dan kemudiannya berhimpun di Dataran Merdeka. (Sila rujuk pada peta di atas.)
Bersih 2.0 sudah pun menyerahkan notis 10 hari kepada PDRM seperti yang termaktub di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk perhimpunan pada 19 November nanti. Notis telah dihantar ke balai polis di Brickfields, Dang Wangi, Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Bersih 2.0 akan melakukan tindakan susulan dengan pihak polis dalam minggu akan datang dan akan memberikan sepenuh kerjasama dengan pihak berkuasa. Kami berharap pihak polis akan berkerjasama dengan kami dan menyediakan anggota dan keselamatan pada 19 November nanti.
Sekarang ini, Bersih 2.0 mempunyai 1,000 anggota keselamatan dan juga 80 pegawai perubatan termasuk doktor, jururawat dan paramedik yang akan bersiap sedia untuk perhimpunan Bersih 5.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Perhimpunan Bersih 5 ini dibuat sebagai satu respon kepada krisis politik yang dibawa oleh skandal 1MDB. Bersih melihat ini sebagai satu kegagalan dalam sistem demokratik negara dan mencadangkan lima tuntutan untuk pembaharuan dalam institusi negara.
Ia adalah:
1) pilihanraya bersih
2) kerajaan bersih
3) kukuhkan demokrasi berparlimen
4) hak membantah
5) memperkasa Sabah dan Sarawak
Bersih 2.0 menggesa rakyat Malaysia bersama-sama untuk menyertai perhimpunan Bersih 5. Tidak turun membantah bukan lagi satu pilihan ketika krisis politik negara semakin meruncing. Kita mesti menunjukkan bahawa segala bentuk intimidasi dan ugutan keganasan setakat ini tidak akan menghentikan kita dari turun ke jalan pada 19 November.
Kami juga ingin mengulang desakan untuk Najib meletakkan jawatan dan memberikan laluan supaya penyiasatan bebas dapat dilakukan terhadap dana penipuan yang digunakan untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 yang diadakan pada tahun 2013.
Kita mesti mengambil pendirian yang tegas terhadap rasuah besar yang melanda negara kita dan juga sistem tadbir urus yang lemah. Kita mesti bersatu dalam perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik.
Satukan tenaga, Malaysia baru.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
1 November 2016
Bersih 2.0 announces Bersih 5 rally Kuala Lumpur route
Bersih 2.0 has finalised the Kuala Lumpur route for the Bersih 5 rally on 19 November 2016 from 10am to 6pm.
There will be two meeting points for rally-goers – Dataran Maybank on Jalan Bangsar and Masjid Negara – converging on Dataran Merdeka. (Please refer to the map above).
Bersih 2.0 has already submitted the 10-day notice that is required under the Peaceful Assembly Act 2012 for the 19 November assembly to PDRM at the following stations: Brickfields, Dang Wangi, Bukit Aman, and Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL).
Bersih 2.0 will follow up with the police in the coming week and we extend our full cooperation to the authorities. We hope that the police will work with us and provide manpower and security on 19 November.
As of now, Bersih 2.0 has a 1,000-strong security team as well as 80 medical staff that includes doctors, nurses, and paramedics on standby for 19 November.
The Bersih 5 rally is organised as a response to the political crisis brought on by the 1MDB scandal. Bersih views it as a failure of our democratic system and proposes five demands for institutional reform.
They include:
1) clean elections
2) clean government
3) strengthening of parliamentary democracy
4) right to dissent
5) empowering Sabah and Sarawak
Bersih 2.0 urges Malaysians to join the Bersih 5 rally. Not protesting is no longer an option as the political crisis in the country deepens. We must show that all the acts of intimidation and threats of violence thus far will not stop us from taking to the streets on 19 November.
We also want to reiterate our call for Najib to step down to allow for independent investigations into the fraudulent funds used to win the 13th general elections in 2013. We must take a strong stand against the grand corruption plaguing our country and the flawed governance system that allowed it to happen. We must stand united in the fight for a better Malaysia.
Satukan tenaga, Malaysia baru.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme