
[ENGLISH VERSION BELOW] Sidang Parlimen kali ini menyaksikan detik bersejarah bagi autonomi institusi Parlimen di Malaysia apabila Dewan Rakyat telah berjaya meluluskan dua rang undang-undang (RUU) iaitu Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen 2025.
Bersih mengucapkan syabas kepada kerajaan “Madani”, khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) Azalina Othman Said yang komited untuk merealisasikan reformasi institusi yang penting ini.
Bersih juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli parlimen yang terlibat dalam perbahasan yang konstruktif serta rakan-rakan daripada masyarakat sivil yang terus memberi input yang bernas, praktikal dan asasi bagi menjadikan Akta Perkhidmatan Parlimen ini sejatinya mencerminkan kebebasan Parlimen sebagai salah satu cabang dalam sistem demokrasi.
Lulusnya rang undang-undang ini merupakan langkah besar bagi mengembalikan kuasa Parlimen dalam pentadbiran dan kewangannya sendiri, serta memperkukuh doktrin pengasingan kuasa dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Untuk rekod, Bersih bersama rakan-rakan CSO seperti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Institut Reformasi dan Politik (Reform), Projek Sama, Rasuah Busters dan gabungan Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional (Seed Community for a Professional Parliament) telah berusaha sehabis baik dalam menjalankan advokasi secara aktif dengan semua pihak selama beberapa tahun ke belakang bagi mengembalikan perkhidmatan Parlimen ini yang telah dimansuhkan pada tahun 1992.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih bersama-sama Reform pada 2021 telah menerbitkan sebuah kertas kajian khusus bertajuk “Mengembalikan Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen di Malaysia” sebagai bahan kempen utama dan penting sepanjang libat urus berkaitan, serta telah mengeluarkan beberapa kertas kajian bagi penambahbaikan tatacara Dewan Rakyat dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
Namun, detik bersejarah ini adalah permulaan. Seperti semua maklum, rang undang-undang yang diluluskan ini adalah versi hibrid yang bukanlah versi ideal autonomi sepenuhnya.
Tempoh peralihan dua tahun yang dijanjikan oleh Azalina untuk mencapai tujuan pewujudan semula akta ini perlu terus didesak oleh ahli-ahli parlimen terutamanya, rakan-rakan CSO serta rakyat Malaysia.
Proses libat urus perlu diteruskan, terutamanya melalui jawatankuasa bersama antara Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta penyertaan bersama anggota masyarakat sivil.
Untuk pemerkasaan Parlimen seterusnya, pindaan terhadap peraturan mesyuarat perlu dilakukan, terutamanya bagi memperkukuh fungsi jawatankuasa-jawatankuasa parlimen. Hal ini akan memastikan ahli parlimen daripada backbencher dan pembangkang dapat menjalankan fungsi kawal dan imbang yang sebenar kepada badan eksekutif, sekali gus memberi tumpuan hakiki mereka untuk membahas polisi-polisi kerajaan dengan lebih berkesan
Bersih juga ingin mengulangi harapan dan tuntutan kami untuk diwujudkan sebuah jawatankuasa tetap khusus berkaitan hal ehwal pilihan raya. Hal ini penting bagi memastikan jawatankuasa tersebut mempunyai status yang sama seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan tidak boleh diwujudkan berdasarkan keperluan kerajaan yang memerintah kerana pilihan raya adalah asas kepada legitimasi kerajaan dan demokrasi negara.
Bersih akan terus memainkan peranan untuk memantau dan memastikan pelaksanaan agenda reformasi berjalan dengan telus dan efektif.
Kami menyeru semua pihak, termasuk masyarakat sivil dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk terus memainkan peranan dalam menuntut reformasi institusi demi sebuah demokrasi yang lebih matang dan berfungsi.
Dengan adanya autonomi parlimen yang lebih kukuh ini, diharapkan sistem tadbir urus negara dan pembuatan dasar dapat diperkasakan serta membawa manfaat yang lebih besar kepada rakyat terbanyak. – Bersih
English version
Historic step towards parliamentary autonomy – but not the end
This parliamentary session marks a historic moment for the autonomy of Malaysia’s parliamentary institution, as the House of Representatives successfully passed two bills – the Constitution (Amendment) Bill 2025 and the Parliamentary Service Bill 2025.
Bersih congratulates the “Madani” (civil and compassionate) government, particularly Prime Minister Anwar Ibrahim and the Minister in the Prime for law and institutional reform, Azalina Othman Said, for their commitment to realising this crucial institutional reform.
Bersih also extends its congratulations to all MPs who engaged in constructive debates, as well as to civil society organisations that contributed thoughtful, practical and fundamental input to ensure that the Parliamentary Service Act genuinely reflects the independence of Parliament as one of the branches in our democratic system.
The passage of these bills represents a significant step in restoring Parliament’s authority over its own administration and finances, while strengthening the doctrine of separation of powers in Malaysia’s parliamentary democracy.
For the record, Bersih, along with our civil society partners such as the Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), the Institute for Reform and Politics (Reform), Projek Sama, Rasuah Busters, and the Seed Community for a Professional Parliament, has been actively advocating with all stakeholders in these past few years for the reinstatement of the Parliamentary Service Act, which was repealed in 1992.
In 2021, Bersih and Reform published a dedicated research paper titled “Mengembalikan Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen di Malaysia” (Restoring the Parliamentary Service Act in Malaysia), which served as a key campaign document throughout engagements with stakeholders.
Several other research papers were also published to propose improvements to the standing orders of the House of Representatives and the parliamentary select committees.
However, this historic milestone is just the beginning. As widely acknowledged, the version of the bill passed is a hybrid version that does not yet grant full autonomy.
The two-year transition period promised by Azalina to fully implement the act must be continuously pushed by MPs, civil society groups and the Malaysian public.
Engagement efforts must persist, particularly through the joint committee between the House of Representatives and the Senate, as well as the active participation of civil society representatives.
To further strengthen Parliament, amendments to the standing orders must be made, particularly to empower parliamentary committees. This is crucial to ensure that both backbench and opposition MPs can effectively perform their function to provide checks and balances on the executive, enabling them to focus more meaningfully on government policy debates.
Bersih also reiterates our call for the establishment of a permanent select committee on electoral affairs. This is crucial to ensure that the committee has the same status as the Public Accounts Committee (PAC) and cannot be established or dissolved at the discretion of the ruling government, as elections are the foundation of government legitimacy and national democracy.
Bersih will continue to play its role in monitoring and ensuring that the reform agenda is implemented transparently and effectively.
We urge all stakeholders, including civil society and the Malaysian public, to remain engaged in advocating for institutional reforms to build a more mature and functional democracy.
With stronger parliamentary autonomy, we hope to see an improvement in governance and policymaking that ultimately benefits the wider public. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme