Home Coalitions Clean and Fair Elections Lantikan ketua hakim baharu tidak bermakna reformasi lantikan kehakiman perlu terhenti

Lantikan ketua hakim baharu tidak bermakna reformasi lantikan kehakiman perlu terhenti

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan lantikan tiga hakim utama negara iaitu Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

Namun lantikan ini tidak bermakna proses reformasi pelantikan kehakiman bagi membebaskan kehakiman daripada campur tangan eksekutif perlu berhenti.

Merujuk secara khusus Wan Ahmad Farid, yang pernah terlibat dalam politik Umno, namun pada tahun 2022 beliau telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari mendengar kes melibatkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dengan penegasan untuk beliau mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman.

Penegasan sebegini amat penting untuk memastikan rakyat awam menghormati badan kehakiman sebagai badan yang mengangkat prinsip kedaulatan undang-undang.

Bersih menegaskan prinsip tersebut harus terus didukung oleh beliau terutama ketika menjalankan tugas sebagai ketua hakim negara.

Dalam masa sama, Bersih juga menuntut untuk kerajaan segera melaksanakan reformasi lantikan kehakiman terutamanya dengan mengurangkan kuasa perdana menteri dalam lantikan hakim-hakim.

Ini termasuklah dengan mengiktiraf Suruhanjaya Lantikan Kehakiman sebagai badan yang diiktiraf Perlembagaan Persekutuan. Komposisi dalam suruhanjaya tersebut juga perlu dirombak semula untuk mengurangkan kuota lantikan perdana menteri dalam keanggotaan suruhanjaya ini dengan memasukkan wakil daripada Majlis Peguam Malaysia, wakil Sabah Law Society dan Advocate Associates of Sarawak, serta wakil daripada ahli akademik dan anggota masyarakat sivil yang berkelayakan.

Selain itu, dari sudut pelantikan, perdana menteri perlu diwajibkan untuk memberikan alasan yang berasas kepada awam jika terdapat penolakan calon hakim yang dicadangkan oleh suruhanjaya ini. dan beliau hanya boleh menolaknya sebanyak sekali sahaja.

READ MORE:  Malaysia's forgotten judges and our collective amnesia

Bersih menegaskan kerajaan harus laksanakan janji dan komitmen untuk menghormati doktrin pengasingan kuasa dengan menambahbaik sistem sedia ada.

Krisis kehakiman terburuk yang berlaku pada tahun 1988 harus dijadikan sempadan oleh semua pihak khususnya kerajaan yang memperlihat rakyat sudah tidak lagi menghormati badan kehakiman. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x