[English version below] Bersih 2.0 juga mengingatkan pengerusi SPR Mohd Hashim bahawa menyalahkan imej buruk SPR atas sebab persepsi tidak akan membebaskan mereka dari tanggungjawab.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mohd Hashim Abdullah telah menyalahkan imej buruk yang melanda badan pilihanraya berkenaan ke atas persepsi negatif tanpa mengakui ketelusan yang kekurangan serta kesukaran memperolehi maklumat penting sebagai factor-faktor penyumbangan.
Keyakinan rakyat terhadap SPR kini berada di paras terendah, namun begitu tiada sebarang usaha ikhlas telah diambil untuk melaksanakan tindakan yang berkesan demi pilihanraya yang bersih dan adil. Ini cuma beberapa contoh tersebut:
Persempadanan semula kawasan undi yang tidak mengikut perlembagaan
Cadangan persempadanan semula oleh SPR tidak mengikut perlembagaan Malaysia dan mencabul doktrin asas satu orang, satu undi. Ini cuma akan mengakibatkan ‘gerrymandering’ meluas dan pembahagian yang tidak adil yang jelas sekali akan memanfaatkan satu parti sahaja.
Lagipun, kes Haris Ibrahim baru-baru ini juga menunjukkan betapa susahnya untuk memperolehi maklumat penting berhubung dengan isu ini. Walaupun mahkamah memutuskan bahawa SPR tidak perlu mendedahkan sebarang maklumat mengenai persempadanan semula, pihak tersebut patut mengambil inisiatif untuk menghulurkan maklumat yang diminta.
Senarai daftar pengundi yang cela
Kesilapan berleluasa dalam senarai daftar pengundi turut telah menjadi kebiasaan sejak lama lagi. Terdapat kes-kes di mana pengundi-pengundi telah didaftarkan di daerah mengundi yang salah, Dun, ataupun negeri yang salah sama sekali. Kesilapan-kesilapan lain termasuk pendaftaran berganda, pendaftaran tanpa pengetahuan, dan banyak lagi.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Cuma SPR dikuatkuasakan untuk menyemak dan mengubah senarai tersebut, namun percanggahan tetap kekal di dalam sistem. Ini langsung tidak boleh dijelaskan sebagai suatu isu persepsi sahaja.
Sistem pendaftaran pengundi yang usang dan tidak cekap
Rombakan sistem jelas diperlukan untuk memastikan rakyat boleh mengamalkan hak demokrasi untuk mengundi tanpa halangan. Pada masa ini, tempoh masa enam bulan yang digunakan untuk mendaftar dan mewarta pengundi adalah terlalu perlahan dan cuma menjadi satu lagi penyekat yang tidak diperlukan, malah memindahkan satu lagi bebanan kepada para pengundi.
SPR patut mempertimbangkan pelaksanaan pendaftaran pengundi automatik yang akan mempercepat dan menyenangkan operasi ini serta mengurangkan kesilapan di dalam daftar pengundi. Ini adalah salah satu pengesyoran Bersih 2.0 sejak tahun 2011, namun ianya tidak dipertimbangkan oleh SPR.
Kegagalan menyemak penyelewengan pengundian
Tambahan pula, kegagalan SPR terhadap penguatkuasaan undang-undang dan peraturan pilihan raya juga telah mengakibatkan pelbagai kegiatan rasuah berleluasa.
Setakat ini, tiada sebarang balasan telah diterima ekoran laporan-laporan pemantau kami, ataupun langkah tindakan kelihatan untuk menangani isu ini.
Kegagalan mendorong ‘kod kerajaan sementara’
Pihak SPR juga masih belum mengesyorkan ‘kod kerajaan sementara’ yang akan memantau kerajaan sementara bagi tempoh masa pilihan raya dilangsungkan.
Walaupun Bersih 2.0 mengalu-alukan tindakan SPR untuk menangani isu persepsi melalui penggunaan media dan video, pihak SPR masih wajib mengambil langkah-langkah proaktif dengan menunjukkan komitmen mereka terhadap ketelusan yang lebih mendalam terutamanya dalam hal pentadbiran.
Bersih 2.0 juga ingin mengingatkan Mohd Hashim bahawa menyalahkan imej buruk SPR atas sebab persepsi tidak akan membebaskan mereka dari tanggungjawab dan akauntabiliti – tatatertib dan kelakuan SPR sendiri yang akan mempengaruhi macam mana rakyat menilai SPR.
Ahli-ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
Five reasons why the Electoral Commission’s negative image is a reality
Electoral Commission chief Mohd Hashim Abdullah has blamed the body’s bad image on negative perception but has failed to acknowledge its own lack of transparency and inaccessibility to vital information as contributing factors.
Public confidence in the commission is at an all-time low yet there have not been any sincere efforts to implement substantive actions for free and fair elections. Here are just a few examples:
Unconstitutional redelineation exercise
The commission’s latest redelineation exercise is unconstitutional, running afoul of the one person, one vote doctrine with widespread gerrymandering and malapportionment – which clearly favours one party.
Furthermore, important information is difficult to obtain as seen in the case of Haris Ibrahim. Despite the court’s ruling that the commission is not obliged to give information on redelineation, they should’ve taken the initiative to provide the details that he had asked for anyway.
Flawed and bloated electoral roll
There are also rampant errors in the electoral roll where voters are registered in the wrong voting district, Dun, or different state altogether; where there are repeated entries; where citizens are registered without their knowledge; and more.
Only the commission is empowered to vet and edit the electoral roll; yet these discrepancies remain in the system.
Inefficient and obsolete voter registration system
A system revamp is needed to ensure that the rakyat are able to exercise their democratic right to vote without hindrance. At present, the slow six-month period to register and gazette a voter is an unnecessary barrier in the process and shifts the burden on to voters.
The commission should consider implementing automatic voter registration, which would significantly hasten and ease operations as well as reduce errors in the electoral roll. This has been one of Bersih 2.0’s recommendations since 2011 which has faced resistance from the commission.
Failure to check electoral corruption
Moreover, the commission’s failure to enforce election laws has allowed bribery and corruption to go unchecked.
Failure to advocate ‘caretaker government code’
The commission has not recommended the “caretaker government code”, which monitors the interim government for the duration of the elections.
While Bersih 2.0 welcomes the commision’s plans to address this perception issue via media and videos, it must take further proactive steps by committing to being more transparent in its administration.
Bersih 2.0 would also like to remind Mohd Hashim that simply blaming the commission’s bad image on a perception problem does not absolve it of responsibility and accountability – how the commission conducts itself directly affects how the public perceives it.
Bersih 2.0 steering committee members
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme