
[English version below] Pada 21 Februari 2017, Bersih 2.0 telah melancarkan kempen daftar pengundi yang akan berlangsung sepanjang bulan Mac 2017.
“Kempen U” menyasarkan lebih kurang empat juta rakyat Malaysia yang masih belum berdaftar dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk mengundi.
Dilambangi oleh huruf “U” yang mewakili Undi (juga mewakili You/anda), kempen daftar pengundi Bersih 2.0 akan mengembalikan kuasa ke dalam tangan rakyat Malaysia dan menguatkan falsafah Bersih sebagai satu pergerakan rakyat.
Petak kosong mempelawa orang ramai untuk berkongsi dengan kami matlamat undian mereka dan menekankan kepentingan untuk mendaftar. Ini juga berfungsi untuk mengaitkan aspirasi pendaftar dengan wakil rakyat mengenai perubahan yang diidamkan oleh rakyat Malaysia demi tanahair kita.
Dengan memperkenalkan rekabentuk yang anggun dan satu aspek yang lebih berinteraktif, kami berharap ia akan menarik perhatian generasi muda di samping menunjukkan iltizam kami untuk merapatkan jurang di antara bandar dan desa.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kempen ini merangkumi beberapa aktiviti lapangan seperti di pejabat-pejabat pos dan acara lain di seluruh Malaysia mulai Sabtu ini, 25 Februari 2017.
Bersih 2.0 memilih bulan Mac untuk melangsungkan kempen ini kerana ia merupakan hujung suku tahun ini di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mula memproses pendaftaran tersebut. Setiap pendaftaran baru akan memakan masa hampir enam bulan untuk memproses dan pewartaan. Oleh itu 31 Mac 2017 merupakan hari yang terakhir untuk rakyat Malaysia untuk mendaftar sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan September 2017.
Walaupun pendaftaran pengundian adalah tanggungjawab SPR namun mereka merumit dan menyusahkan proses mendaftar pengundi dan mengabaikan cadangan Bersih untuk melakukan pendaftaran pengundi secara automatik. Memandangkan pengundian memainkan peranan yang penting dalam proses demokratik, Bersih 2.0 terpaksa melangkah masuk dan mengerakkan Kempen U ini.
Objektif utama kempen ini adalah untuk menggalakkan dan mengkerahkan rakyat Malaysia untuk mendaftar sendiri di pejabat pos.
Cuma mereka yang berdaftar sebelum 31 Mac 2017 boleh mengundi menjelang PRU14 (sekiranya ia diadakan pada September 2017); oleh itu ia adalah mustahak untuk mereka yang belum berdaftar untuk mendaftar secepat mungkin di pejabat pos terdekat. Bagi yang sudah berdaftar, mereka boleh membawa ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan yang layak mengundi untuk berdaftar di pejabat pos.
Jika SPR bersungguh-sungguh ingin memenuhi tugasnya, kami mengalu-alukan mereka untuk bekerjasama dengan Bersih 2.0 dalam usaha kami untuk mendorong pendaftaran pengundi.
Mengundi adalah salah satu hak paling berkuasa bagi rakyat dalam sistem berdemokrasi. Malahan, ia adalah pendekatan paling terus yang boleh membawa perubahan dan memastikan suaramu tidak diabaikan. Bersih 2.0 menyaran semua warga Malaysia agar tidak meringan-ringankan tanggungjawab berdemokratik ini. Ambil langkah pertama dan daftar sebagai pengundi hari ini.
Ahli-ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
March 2017 – Voter registration month
On 21 February 2017, Bersih 2.0 today kickstarted our voter registration campaign that is slated to run for the whole of March 2017.
The “U Campaign” is targeted at the approximately four million Malaysian citizens who are still unregistered and to draw awareness to the importance of registering to vote.
Centering on the letter U which stands for Undi (which can also double as You), Bersih 2.0’s voter registration campaign places the power back in the hands of Malaysians, complementing Bersih’s philosophy as a people’s movement. The blank square invites people to tell us what they are voting for, underscoring the importance of registering to vote.
It is also about linking the expectations of voters to future elected representatives of the change that Malaysians want for the country. By introducing a sleek design and a more interactive aspect to our campaign, we hope to appeal to the younger generation while remaining committed to bridging the urban-rural divide.
The campaign will include several on-the-ground activities at post offices and other events across Malaysia, beginning on 25 February 2017.
Bersih 2.0 has chosen the month of March to run this campaign as it marks the end of the first quarter and when the Electoral hCommission will start processing registrations. Each new registration will take up to six months to process and gazette and as such, 31 March 2017 will be the last day Malaysians can register to vote if the 14th general election takes place in September 2017.
Despite being one of its main responsibilities, the commission has made the voter registration process unnecessarily difficult and drawn out and ignored Bersih’s recommendation for automatic voter registration. This is one of the commission’s fundamental roles, and yet it is not even able to carry out its basic responsibility of registering voters. Since voting is a major part of the democratic process, Bersih 2.0 is stepping in to fill the gap by embarking on the U Campaign.
The main thrust of our campaign will be encouraging Malaysians to take the initiative and register themselves at the post office. Only those who registered before 31 March 2017 will be able to vote in the 14th general election (should it be held in September 2017); so it is imperative for those unregistered to do it as soon as possible at their nearest post office. Those who have already registered can play their part by bringing family and friends to a post office to register.
If the commission is truly serious about fulfilling its duty, we invite them to collaborate with Bersih 2.0 in this push for voter registration.
Voting is one of the most powerful things that a citizen can do in a democracy. It is the most direct way of effecting change and letting your voice be heard. Bersih 2.0 urges Malaysians not to make light of this democratic duty. Take the first step: register to vote today.
Bersih 2.0 steering committee members
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme