Home Coalitions Clean and Fair Elections Malaysia layak lebih baik! (Malay/English)

Malaysia layak lebih baik! (Malay/English)

Jadikan pengundian lebih mudah kepada pengundi luar kawasan dan luar negara

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia pada tahun ini sangat bermakna. Sebagai negara kita semakin menua.

Kelemahan institusi yang membenarkan perdana menteri menjarah billion ringgit wang negara kita sedang dipulihkan dan Najib telah dihumban ke penjara.

Ini hanya berjaya disebabkan tindakan patriotik 12,246,483 rakyat Malaysia yang mengundi secara kolektif dalam pilihan raya umum 2018.

Bagi mengawasi ahli politik dan pegawai kerajaan, hak mengundi rakyat perlu dipertingkatkan lagi. Semua rakyat Malaysia seharusnya dibenarkan untuk mengundi dengan kemudahan maksimum dan kos yang minimum.

Walau bagaimanapun perkara ini tidak benar untuk 500,000 pengundi asal Sabah dan Sarawak yang tinggal di semenanjung dan 60,000 pengundi semenanjung yang tinggal di wilayah Borneo.

Sekiranya mereka ingin mengundi di pilihan raya persekutuan atau negeri, mereka perlu mengambil cuti daripada kerja dan belanja lebih RM1,000 untuk perjalanan pulang ke kawasan mereka.

Ini juga bermaksud mereka yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang atau mengambil cuti akan dinafikan hak mengundi.

Mempertimbangkan bahawa kebanyakan orang Sabah dan Sarawak meninggalkan wilayah mereka kerana kekurangan peluang pendidikan dan pekerjaan, apabila mereka dinafikan hak untuk mengundi secara tidak hadir, sebenarnya orang Sabah dan Sarawak secara sistematik telah dikesampingkan dalam politik Malaysia.

Tidak mengejutkan, sekalipun bila peratusan turun mengundi kebangsaan adalah tinggi, contohnya 76% (2008), 85% (2013) dan 82% (2018), angka di Sarawak hanya 65%, 76% dan 73% untuk pilihan raya parlimen, rendah sebanyak 9-11%. Sementara itu, Sabah pula merekodkan hanya 69%, 80% dan 77% dalam pilihan raya yang sama, rendah sebanyak 5-7%.

Tidak munasabah dan tidak dapat dimaafkan bahawa kita sebagai negara dapat membiarkan ketidakadilan ini dalam politik dan pilihan raya selama 59 tahun!

Untuk memaknakan lagi sambutan Hari Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberikan status pengundi tidak hadir kepada pengundi luar wilayah dan membenarkan mereka untuk menjalani undi awal di pusat pengundian sebelum pilihan raya umum akan datang dan bukan terus menerus mencari dalih untuk tidak melaksanakannya.

SPR boleh mendirikan ‘pusat undi awal mega’ di setiap ibu negeri bagi pengundi luar kawasan untuk mengundi tiga hari sebelum hari pengundian, bagi menghantar semula kertas undi mereka kepada pegawai pengurus di kawasan untuk dikira pada hari pengundian.

Kementerian Kesihatan telah menunjukkan bahawa operasi besar-besaran di pusat pemberian vaksin dapat dijalankan dengan teratur dan selamat.

Kami juga menggesa untuk proses pengundian luar negara dipermudahkan, menggantikan operasi manual kertas undi pos dengan membenarkan pengundi memuatturun dan mencetak kertas undi pos versi PDF, agar kertas undi boleh diposkan selepas hari penamaan dan sempat sampai kepada pegawai pengurus tepat pada masanya.

READ MORE:  Peraturan mesyuarat Dewan Rakyat perlu diperkasa demi perundangan yang bebas, profesional dan berkesan (Malay/English)

Kedua-dua pembaharuan pengundi luar negara dengan kemudahan undi awal dan mempermudahkan proses pengundi pos luar negara wajib dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang untuk mengelakkan peratusan turun mengundi yang rendah sebagaimana di pilihan raya negeri Johor pada bulan Mac lepas, iaitu hanya 55%.

Peratusan yang rendah melemahkan keabsahan kerajaan, terutamanya apabila kerajaan itu perlu mengambil langkah yang tidak popular tetapi perlu bagi menangani krisis.

Bersih mengulangi gesaan kami pada Hari Merdeka bahawa Malaysia layak lebih baik melalui reformasi berikut sebelum pilihan raya umum akan datang.

  • Pejabat pendakwa raya yang bebas dan terpisah daripada Jabatan Peguam Negara yang fungsi utamanya akan terhad sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan
  • Perluaskan kemudahan undi awal kepada pengundi luar kawasan (Sabah, Sarawak dan semenanjung) dan permudahkan proses pengundian pos untuk pengundi luar negara, bagi meningkatkan peratus turun mengundi
  • Had tempoh perdana menteri 10 tahun untuk mencegah korupsi dan ketidakstabilan politik kerana pemusatan kuasa.
  • Akta perkhidmatan parlimen, untuk membolehkan autonomi pentadbiran dan kewangan parlimen autonomi agar membawa kepada penggubalan undang-undang dan semak imbang kerajaan yang lebih baik
  • Akta pembiayaan politik, termasuk pendanaan awam kepada parti-parti politik untuk mencegah korupsi dan politik wang
  • Akta peruntukan pembangunan kawasan yang saksama, bagi memastikan semua ahli parlimen menerima peruntukan yang saksama bagi kawasan mereka
  • SPR yang bebas, bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak dikawal oleh perdana menteri
  • Penambahbaikan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, dengan menjadikannya bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak dikawal oleh perdana menteri
  • Pewujudan slot masa urusan ahli persendirian dalam sidang parlimen dan ruangan sewajarnya untuk membolehkan rang undang-undang persendirian demi memperkasakan ahli-ahli pembangkang dan backbenchers kerajaan
  • Konvensyen perlembagaan baru parlimen berpenggal tetap, di mana perdana menteri hanya boleh memohon pembubaran parlimen awal di dalam dua keadaan: pertama, kehilangan kepercayaan di Parlimen, atau kedua, dua-pertiga ahli parlimen menyokong pilihan raya awal

Malaysia layak yang lebih baik. Kami menggesa semua rakyat Malaysia yang menyayangi demokrasi dan kestabilan yang sebenarnya untuk menyertai kami mendesak semua parti politik dan ahli parlimen untuk menyokong 10 reformasi ini.

Tunjukkan tuntutan anda untuk Malaysia yang lebih baik dengan mengundi dan menggalakkan semua rakyat Malaysia 18 tahun ke atas untuk keluar dan undi. Ingat, anda sebenarnya telah pun berdaftar sebagai pengundi. Cari di mana pusat pengundian anda, bawa kad pengenalan dan undi! – Bersih

READ MORE:  Reforms still needed for Parliament

English version

The people deserve better! Make voting easier for out-of-region and overseas voters

The celebration of Merdeka Day and Malaysia Day this year is especially meaningful.

As a nation, we have come of age. The weak institutions that allowed a prime minister to rob the nation of billions of ringgit are being restored now and have sent Najib to jail.

This would not have been possible without the patriotic act of the 12,246,483 voters who collectively voted in the 2018 general election.

To keep politicians and state officials in check, citizens’ voting rights must be enhanced. All Malaysians must be able to vote with maximum convenience and at minimal cost.

This, however, is not true for some 500,000 Sabahan and Sarawakian voters who reside in the peninsula and 60,000 peninsula voters who reside in the Borneo regions.

If they want to vote in every federal or state election, they must take leave from work and fork out some RM1,000 or more to travel back to their constituency. Naturally, this means those who cannot afford air tickets or to take leave would be disenfranchised.

Considering that most Sabahans and Sarawakians leave their region because of inadequate education and employment opportunities at home, not allowing these out-of-region voters their absentee voting right is systematically marginalising Sabahans and Sarawakians in Malaysian politics.

Unsurprisingly, even when national turnout was high, such as 76% in 2008, 85% in 2013, and 82% in 2018, Sarawak registered only 65%, 76% and 73% for its parliamentary elections, lower by 9% – 11% points while Sabah recorded only 69%, 80% and 77% in the same polls, lower by 5% – 7%.

It is unimaginable and unforgiveable that we as a nation have tolerated this political and electoral injustice for 59 years!

The Election Commission can set up mega-advance voting centres in every state capital for out-of-region voters to vote three days before polling day, to have their votes sent back to the returning officers in their home constituencies to be counted on polling day. The Ministry of Health had shown Malaysians that mass operations in vaccination centres could be administered orderly and safely.

We also call for the simplification of the overseas voting process for the 1.8 million Malaysians living overseas to replace the manual operation of postal ballots by allowing voters to download and print a PDF version of their postal ballots, so that the ballots can be posted soon after nomination day and reach the returning officers in time.

READ MORE:  Proses undi pos perlu pembaharuan menyeluruh untuk memberi hak 1 juta rakyat Malaysia di luar negara (Malay/English)

Both enfranchising out-of-region voters with advance voting facilities and the simplification of overseas postal voting must happen before the coming general election to prevent a low turnout of 55%, as in the Johor state election this March. A low turnout weakens the next government’s legitimacy, especially if it must carry out unpopular but necessary measures in crises.

Bersih reiterates our call on Merdeka Day that Malaysia deserves the following ten reforms before the general election:

  • An independent public prosecution office that is separated from the Attorney General’s Chambers, which should function mainly as the government’s legal advisor
  • Expansion of advance voting facilities for out-of-region (Sabah, Sarawak and peninsula) voters and a simplified postal voting process for overseas voters, to increase turnout
  • A ten-year tenure limit for the prime minister, to reduce corruption and political instability due to the concentration of power
  • A parliamentary services act, to enable Parliament’s administrative and financial autonomy to do better in law-making and oversight of government
  • A political finance act, with public funding for political parties, to curb corruption and money politics
  • An equitable constituency development fund act, to ensure all parliamentarians receive equitable allocations for their constituencies
  • An independent Election Commission (EC), answerable to Parliament and not controlled by the prime minister
  • A reformed Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), answerable to Parliament and not controlled by the prime minister
  • Establishment of private members’ business time-slot in parliamentary sittings and making private members’ bills viable, to empower both opposition members and government backbenchers
  • A new constitutional convention of  a fixed-term Parliament, that a prime minister can only seek early dissolution in only two circumstances: first, having lost the confidence of Parliament or, second, two-thirds of parliamentarians support an early election

Malaysia deserves better. We urge all Malaysians who treasure democracy and real stability to join us in demanding that all political parties and parliamentarians support these 10 reforms.

Express your demand for a better Malaysia by voting and encouraging all Malaysians 18 and above to come out and vote.

And remember, you are already automatically registered to vote. Just find out where your polling station is, bring your identity card and vote. – Bersih

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x