
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempersoal keperluan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meneruskan amalan pentadbiran sebelumnya dengan membuat pelantikan politik di syarikat berkaitan kerajaan.
Terbaru adalah lantikan Wong Chen, ahli parlimen daripada partinya, sebagai pengerusi bukan eksekutif di Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), iaitu sebuah syarikat milik kerajaan.
Walaupun kami memuji Wong Chen menghadkan peranannya untuk tidak mempengerusikan lembaga jawatankuasa untuk pengurusan risiko, gaji, audit dan pembiayaan serta pelaburan untuk meminimumkan sebarang konflik kepentingan, kami tertanya-tanya sama ada negara kita kekurangan bakayt sehingga PM terpaksa melantik Wong Chen?
Kami tidak mempersoalkan kelayakan Wong Chen atau keupayaan beliau untuk mengetuai syarikat tersebut. Bahkan Wong Chen terbukti seoarang ahli parlimen yang berkeupayaan dan beliau juga telah dilantik oleh rakan parlimennya untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan, serta menjadi pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Pendanaan Politik. Semua ini terpundak di bahu beliau selain daripada tanggungjawab dan tugas sebagai Ahli Parlimen untuk Subang.
Pengumuman Menteri Ekonomi Rafizi Ramli supaya calon-calon berkelayakan memohon sebagai pengarah eksekutif untuk dua syarikat berkaitan kerajaan di bawah kementerian beliau, Teraju dan Peneraju, perlu diteladani dan dikanunkan sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard melantik lembaga syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat berkanun.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Walaupun Wong Chen telah melalui penapisan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, pelantikan ini seharusnya ditapis oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen, dan wakil rakyat perlu dielakkan sebagai calon bagi jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan, walaupun pengecualian boleh dibuat bagi badan berkanun utama yang memantau dan mengarahkan dasar kerajaan.
Penapisan oleh jawatankuasa pilihan khas akan memastikan hanya individu yang layak dilantik ke jawatan utama syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun kerana syarikat ini adalah penjaga kepada kekayaan awam, dan bukannya perniagaan swasta.
Perdana menteri “kerajaan perpaduan” perlu mengambil peluang ini untuk menamatkan lantikan politik yang berdasawarsa lamanya yang pada masa lalu menyebabkan korupsi dan salah urus syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ini.
Jadikan proses lantikan ini terbuka dan telus agar rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin berkhidmat untuk negara melalui syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun dapat memohon. – Bersih
English version
Time to end political appointments and patronage to government-linked companies
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) questions the need for Prime Minister Anwar Ibrahim to perpetuate the practice by previous administrations to make political appointees at government-linked companies.
The latest is his appointment of Wong Chen, an MP from his party, as non-executive chairman of Malaysia Debts Ventures Berhad (MDV), a government-linked company or state-owned enterprise.
While we applaud Wong Chen’s self-imposed limits to his role in that he will not chair the board committees on risk management, remuneration, audit and financing and investments to minimise any conflict of interest, we wonder if there is such a dearth of talents in our country that the PM must appoint Wong Chen?
We do not question Wong Chen’s qualification or his ability to head such an enterprise. In fact, Wong Chen has proven to be an able MP and he has also been appointed by his parliamentary colleagues to chair the important parliamentary Special Select Committee on International Relations and Trade, as well as being the chair of the All Parties Parliamentary Group on Political Financing. All these are on top of his primary role and duty as an elected MP and lawmaker for Subang.
Economics Minister Rafizi Ramli’s recent announcement for qualified candidates to apply to become CEOs of two government-linked companies under his ministry, Teraju and Peneraju, should be emulated and legislated to be part of the new standard operating procedure for appointments to government-linked companies and statutory boards.
While Wong Chen was vetted by the the Malaysian Anti-Corruption Commission, such appointments should be vetted by the relevant parliamentary special select committees, and elected representatives should be excluded as candidates for government-linked company positions, though exceptions could be made for key statutory bodies that oversee and direct government policies.
The scrutiny by special select committees will ensure that only qualified individuals are appointed to key positions in government-linked companies and statutory boards as these enterprises are custodians of public wealth, and not private businesses.
The prime minister of this “unity government” must seize this opportunity to end the decades of political appointments and patronage that have in the past ended in corruption and mismanagement of these government-linked companies.
Let the appointments process be open and transparent so that qualified Malaysians who want to serve their country through government-linked companies and statutory bodies can apply. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
