
[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih 2.0 melahirkan rasa bimbang terhadap kenyataan Menteri Pendidikan Maszlee Malik semasa ucapan penggulungan belanjawan di Dewan Rakyat pada 19 November.
Menurut beliau, ahli Parlimen pembangkang perlu mendapatkan kebenaran daripada pengarah pendidikan negeri untuk memasuki sekolah di kawasan mereka.
Sekiranya ada kebimbangan terhadap ahli politik memasuki sekolah maka seharusnya polisi-polisi yang dirangka perlu terpakai kepada semua ahli politik daripada semua parti.
Kami tidak mempersoalkan hak menteri pendidikan untuk melaksanakan polisi atau menyediakan garis panduan bagi melindungi sekolah daripada pengaruh negatif, tetapi kami mempersoalkan polisi-polisi yang berat sebelah.
Maszlee perlu sedar bahawa mendiskriminasi ahli Parlimen pembangkang yang dipilih secara demokratik adalah perbuatan yang tidak menghormati pilihan pengundi di kawasan mereka.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Di dalam demokrasi multi-parti, pengundi mempunyai hak untuk memilih wakil daripada parti-parti yang bertanding dan mereka tidak wajar dinafikan khidmat oleh wakil rakyat yang terpilih walaupun wakil itu dipihak pembangkang selepas pilihan raya berlalu.
Pihak pembangkang semasa pemerintahan BN selalu mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan memasuki sekolah awam walhal wakil rakyat BN dibenarkan. Persoalan besar adalah adakah kerajaan baharu Pakatan Harapan akan berbuat perkara yang sama kepada pembangkang apa yang mereka lawan dahulu semasa mereka masih bergelar pembangkang?
Adalah menjadi kebiasaan untuk sekolah menjemput ahli Parlimen di kawasan mereka menghadiri acara-acara di sekolah. Sekiranya kerajaan bimbang mesej yang dibawa oleh ahli politik tidak sesuai untuk suasana persekolahan dan pendidikan maka kerajaan sewajarnya membuat satu panduan atau prosedur operasi piawai yang tidak mengenal parti untuk semua ahli politik yang ingin menziarahi sekolah-sekolah.
Kami dengan itu menggesa Menteri Pendidikan Maszlee Malik untuk menarik semula arahan tersebut dengan segera dan menggantikannya dengan panduan yang lebih sesuai dan tidak berat sebelah untuk semua ahli politik yang dijemput ke acara atau majlis di sekolah.
Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0
English version below
Maszlee must revoke partisan instruction to prohibit opposition MPs entering schools
Bersih 2.0 expresses grave concern over Education Minister Maszlee Malik’s statement during his winding-up speech for next year’s budget in Parliament on 19 November.
He said that opposition members of Parliament are required to get permission from the state education director to enter schools in their constituencies.
If there are legitimate concerns about politicians entering schools, any policies should apply to all politicians regardless of their affiliation.
We do not question the right of te Ministry of Education to impose policies or provide guidelines to protect schools from any negative influences, but we do question the partisan implementation of policies.
Minister Maszlee is reminded that discriminating against democratically-elected opposition MPs is simply disrespecting the will of the voters in their constituencies.
In a multi-party democracy, voters have the right to choose from various contending parties, and they should not be deprived of the service of their representatives if they turned out to be on the opposition bench after the election.
A frequent complaint of opposition representatives during BN’s rule was that they were not allowed to enter public schools while BN representatives were allowed. Is the new PH government doing to the opposition what they themselves objected to when they were in opposition?
It is not uncommon for schools to invite their local MPs to grace their events. If there are concerns that some messages brought by politicians through their presence in campus may not befit the educational setting, such concerns should be dealt with under party-blind guidelines and standard operating procedures on violations for all visiting politicians.
We therefore call on Minister Maszlee to immediately revoke the partisan instruction by his ministry and to replace it with appropriate non-partisan guidelines for all politicians who are invited to attend school events.
Steering committee of Bersih 2.0
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme