Home Coalitions Clean and Fair Elections Memaknai kalimat ‘Madani’: Beri peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat (Malay/English)

Memaknai kalimat ‘Madani’: Beri peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (deasS) mengkritik kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa “kerajaan perpaduan” tidak akan memberikan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Beliau mengeluarkan kenyataan ini semasa ucapan penggulungan di dalam kongres Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) pada 26 November.

Kenyataan ini amat dikesali kerana menunjukkan bahawa kerajaan perpaduan tidak menunjukkan minat dan iltizam politik untuk menyediakan padang politik yang sama rata kepada semua ahli parlimen.

Bersih dan Ideas sekali lagi menggesa kerajaan perpaduan pimpinan Anwar, dengan slogan “Madani” mereka, untuk memaknai kalimat madani ini dengan sebenar-benarnya dengan memberi peruntukan pembangunan kawasan yang sama rata kepada semua ahli parlimen, tidak kira sama ada yang menyatakan sokongan kepada kerajaan mahupun di pihak pembangkang.

Peruntukan pembangunan kawasan ini sepatutnya diberikan kepada semua ahli parlimen dan bukannya semata-mata kepada ahli parlimen kerajaan sahaja kerana semua ahli parlimen telah dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing.

Kerajaan perpaduan seharusnya bersifat lebih reformis dan progresif dengan mengkanunkan peruntukan pembangunan kawasan kepada ahli parlimen sebagai undang-undang agar peruntukan ini tidak disalahgunakan sebagai balasan untuk mempengaruhi mana-mana ahli parlimen bagi menyokong kerajaan, sebagaimana yang berlaku pada 27 November dengan empat ahli parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada kerajaan madani.

Pengkanunan ini juga penting untuk menentukan cara peruntukan pembangunan kawasan diperuntukkan dan penyeliaan bagaimana peruntukan tersebut dibelanjakan secara telus.

Bersih dan Ideas berpandangan sekiranya peruntukan ini ingin diberikan terus kepada rakyat untuk pembangunan sebagaimana yang diujarkan oleh Anwar, seharusnya peruntukan itu tidak wajar diberikan kepada ahli parlimen kerajaan.

READ MORE:  Equal constituency allocations one year after the 2022 general election?

Dalam jangka masa yang sederhana-panjang, peruntukan peruntukan pembangunan kawasan bagi membantu rakyat perlu diberikan secara terus kepada kerajaan tempatan yang dipilih melalui pilihan raya dan diselia secara undang-undang agar peruntukan itu diberikan dengan telus dan ada mekanisme bagi pengawalseliaan.

Ahli parlimen hanya akan menerima peruntukan untuk menyelia pusat khidmat mereka dan menjalankan kerja-kerja hakiki seperti kajian polisi dan perundangan untuk diusulkan serta dibahaskan di Parlimen. Peruntukan kepada pusat khidmat ahli parlimen ini harus dikawalselia melalui akta perkhidmatan parlimen.

Selain peruntukan pusat khidmat, pendanaan awam parti politik juga boleh diberikan berdasarkan peratusan undi yang diterima oleh parti politik tersebut pada pilihan raya umum yang lepas untuk mendanai kempen dan aktiviti parti politik, dan pendanaan ini diberikan melalui akta pendanaan politik.

Bersih dan Ideas juga mencadangkan agar kerajaan persekutuan dan pihak pembangkang daripada Perikatan Nasional segera berbincang bagi merundingkan perjanjian persefahaman (MoU) untuk reformasi institusi yang menjanjikan kestabilan politik dan gelanggang permainan yang rata untuk semua pihak, sebagaimana yang berlaku antara kerajaan “Keluarga Malaysia” dan Pakatan Harapan pada 13 September 2021.

Sebarang cakap-cakap atau komplot untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan di pertengahan penggal perlu dihentikan dan fokus harus diutamakan untuk negara menghadapi realiti ekonomi dan geopolitik yang semakin mencabar kini. – Bersih

English versino

Embodying ‘Madani’ slogan: Allocate equal funds to all MPs

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) and the Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas) criticises Prime Minister Anwar Ibrahim’s statement that the “unity government” will not allocate funds to opposition MPs.

He made this statement during his closing speech at the congress of Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) on 26 November.

READ MORE:  Timbalan menteri salah guna kuasa umum peruntukan di kawasan pilihan raya kecil Pelangai (Malay/English)

This statement is regrettable as it shows that the “unity government” is not politically interested and committed to providing a level political playing field for all MPs.

Bersih and Ideas once again urges the unity government led by Prime Minister Anwar, with its “Madani” (care and compassion) slogan, to truly embody this term by equally allocating constituency development funds to all MPs, regardless of whether they support the government or are in the opposition.

These allocations should be given to all MPs, not just to government members, as all have been elected by the people in their respective areas.

The unity government should be more reformist and progressive by legislating the constituency development allocations to MPs members as law, ensuring that these funds are not misused as a reward to influence any MP to support the government, as is happening today with four Bersatu MPs declaring support for the Madani government.

This legislation is also vital to determine how constituency development funds are allocated and to oversee how these funds are transparently spent.

If these allocations are to be given directly to the people for development as suggested by Anwar, Bersih and Ideas feel they should not be given to government MPs.

In the medium to long term, constituency development funds for people’s aid should be given directly to locally elected governments, overseen by law to ensure transparent allocations and supervisory mechanisms.

MPs should only receive allocations to oversee their service centres and conduct core work such as policy and legislative research for proposal and debate in Parliament.

READ MORE:  Gubal akta penggal tetap parlimen demi agenda reformasi dan rakyat

Allocations for MPs’ service centres should be regulated through a parliamentary services act. Apart from service centre allocations, public funding for political parties can also be given – based on the percentage of votes received by the parties in the last general election – to fund campaigns and party activities, provided through a political funding act.

Bersih and Ideas also suggest that the federal government and the opposition from Perikatan Nasional immediately discuss negotiating a memorandum of understanding (MoU) for institutional reform promising political stability and a level playing field for all, as happened between the “Malaysian Family” government and Pakatan Harapan on 13 September 2021.

Any talks or plots to overthrow the federal government mid-term must be stopped, and the focus should be for the country to face the increasingly challenging economic and geopolitical realities. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x