Home Coalitions Clean and Fair Elections Mendalami perbahasan reformasi pilihan raya selepas laporan Electoral Reform Committee

Mendalami perbahasan reformasi pilihan raya selepas laporan Electoral Reform Committee

BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Bersih 2.0 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Abdul Rashid Abdul Rahman atas kepercayaan beliau terhadap kepakaran dan kesungguhan dalam reformasi pilihan raya empat orang pemimpin Bersih 2.0 – Thomas Fann (pengerusi), Ann Teo (naib pengerusi untuk Sarawak), Yap Swee Seng (pengarah eksekutif) dan Prof Wong Chin Huat (pakar rujuk) dan melantik mereka sebagai ahli Electoral Reform Committee (ERC) atas kapasiti peribadi.

Bersih 2.0 juga bersyukur dapat bekerjasama dengan ERC dalam bersama-sama menganjurkan tiga program yakni:

Libat urus Kod Etika dan Pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya (25-26 Julai 2019 di Kota Kinabalu, 29-30 Ogos 2019 di Kuching, 16-17 Oktober 2019 dan 28 November 2019 di Kuala Lumpur)

Bengkel penubuhan sistem pendaftaran alamat unik kebangsaan (25-26 November 2019)

Bengkel Sistem Mixed Member Proportional (MMP) dan Persempadanan Semula: Pengalaman Jerman dan New Zealand untuk rujukan Malaysia (12-13 November 2019 di Kuala Lumpur, 15 November di Kuching dan 17 November 2019 di Kota Kinabalu)

Bersih 2.0 amat menghargai sokongan, dorongan dan bantuan barisan ahli ERC serta sekretariat ERC pimpinan saudara Amerul Muner Mohammad dalam perjalanan dua tahun ini.

Bersih 2.0 turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan, yang mengambil bahagian dalam pelbagai program libat urus (engagement) ERC dan semua program-program sama ada anjuran Bersih 2.0 sendiri atau bersama ERC, Dewan Rakyat, Suruhanraya Pilihan Raya (SPR), Engage serta rakan-rakan antarabangsa United Nations Development Programme (UNDP), Kofi Annan Foundation (KAF), International Idea, International Foundation for Electoral Systems (IFES), Mari dan USAid.

Melalui program-program ini, Bersih 2.0 telah banyak menerima pencerahan dan mendalami pemahaman kami tentang pelbagai keprihatinan yang perlu diambil kira dalam reformasi pilihan raya.

READ MORE:  Bersih bertemu timbalan PM kedua, tekankan isu persempadanan dan undi awal (Malay/English)

Bersih 2.0 percaya bahawa laporan ERC yang telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 27 Ogos 2020 akan membawa perbahasan berkenaan reformasi terhadap sistem dan proses pilihan raya ke ketinggian yang baru.

Ketokohan Abdul Rashid Abdul Rahman yang menyelami proses pilihan raya hampir dua dekad menawarkan hikmah dan menggariskan peripentingnya penambahbaikan segala kekurangan. Kami menyeru Muhyiddin untuk mengumumkan tanpa penangguhan laporan ERC untuk kajian, perbahasan dan tindakan semua pemegang taruh serta pembuat keputusan.

Bersih 2.0 berpegang teguh bahawa laporan ERC adalah tonggak pencapaian (milestone) tetapi bukan titik noktah reformasi pilihan raya. Reformasi pilihan raya perlukan permuafakatan merentasi parti, negeri, kaum dan lapisan masyarakat, dan ini hanya boleh tercapai dengan perbahasan yang terbuka serta mendalam.

Laporan ERC tidak mungkin merangkumi semua pandangan daripada semua pihak termasuk Bersih 2.0.

Demi mendalami perbahasan awam sebagai susulan daripada laporan ERC, Bersih 2.0 akan mengemukakan kertas-kertas dasar (policy papers) dengan analisa dan preskripsi terperinci tentang pelbagai aspek dalam reformasi pilihan raya.

Kertas-kertas pendirian yang akan dikemukakan adalah berdasarkan idea-idea yang dipegang oleh Bersih 2.0 selama ini, dikayakan oleh tunjuk ajar semua pihak yang berinteraksi dengan Bersih 2.0.

Kertas-kertas kerja tidak mewakili dan tidak boleh disalahanggap sebagai mewakili pandangan mana-mana pihak lain yang berinteraksi dengan Bersih 2.0.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x