[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) meneliti ucapan yang dikeluarkan oleh timbalan PM Zahid Hamidi dalam majlis lawatan beliau ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah fasa satu pada 3 September lepas.
Di dalam majlis tersebut, beliau mengeluarkan ucapan untuk mempengaruhi pengundi Pulai secara tidak wajar dengan mengatakan bahawa projek penambahbaikan PPR tersebut akan diteliti dan diluluskan dengan syarat calon Pakatan Harapan (PH) perlu menang di pilihan raya kecil Pulai. Jika tidak, permohonan daripada Jafni Shukor, pengerusi perumahan dan kerajaan tempatan negeri Johor akan “ditengok” semula.
Susulan ucapan Zahid ini, kami berpandangan perkara ini perlu disiasat kerana bercanggah dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9 (pengaruh tidak wajar” dan Seksyen 10 (penyogokan). Oleh sebab itu, kami memutuskan untuk membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Johor Bahru Selatan berkaitan perkara ini.
Selain itu, ucapan tersebut juga adalah bercanggahan dengan prinsip tiga C (tanpa syarat, tanpa kempen, tanpa calon) yang digariskan oleh Bersih bagi kerajaan yang bukan sementara untuk berkelakuan semasa tempoh pilihan raya. Apa-apa pengumuman atau pertimbangan kerajaan yang diucapkan di dalam majlis-majlis kerajaan bukan sementara – dalam kes pilihan raya kecil Pulai dan Simpang Jeram ini adalah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Johor – tidak boleh dibuat secara bersyarat, dihadiri oleh calon dan berkempen seperti yang dilakukan oleh Zahid dan PH.
Bersih menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk segera mengawal perlakuan anggota kabinet beliau dengan menggariskan garis panduan kerajaan sementara dan bukan sementara semasa tempoh pilihan raya agar sumber dan jentera kerajaan tidak disalahgunakan oleh para menteri untuk berkempen. Apa yang dilakukan oleh timbalan PM bukanlah pertama kali diucapkan. Sebelum ini ucapan yang hampir sama juga dibuat semasa di dalam kempen pilihan raya negeri yang lepas di Kuala Terengganu.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pengumuman peruntukan kerajaan secara bersyarat hanya akan menghukum rakyat kerana menyatakan suara mereka di kertas undi serta perlakuan kempen seperti ini tidak pun akan menjana sokongan kepada kerajaan. Baki kempen bagi pilihan raya kecil ini dan seterusnya pilihan raya Pelangai yang akan datang wajib dilakukan dengan bersih, adil dan demokratik.
English version
Minister should not use project allocations to unduly influence voters
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) has reviewed the speech by Deputy PM Zahid Hamidi during his visit to the Melana Indah phase one people’s housing programme (PPR) on 3 September.
In the event, he made a speech to unduly influence Pulai voters by saying that the PPR upgrading project will be reviewed and approved on condition the Pakatan Harapan (PH) candidate wins the Pulai by-election on 9 September. If not, the application from Jafni Shukor, chairman of the Johor state housing and local government, would be “looked at” again.
Bersih believes this speech should be investigated because we believe it violates Section 9 (undue influence) and Section 10 (bribery) under the Election Offences Act 1954. Therefore, through our election observers (pemerhati), we decided to make a police report at the Southern Johor Bahru Police headquarters.
Furthermore, the speech contradicts the “three Cs” principle (no conditions, no campaigns, no candidates) outlined by Bersih for the conduct of non-caretaker governments during the election period. Any government announcements or considerations made by non-caretaker governments – in the case of the Pulai and Simpang Jeram by-elections, the federal and the Johor state governments – cannot be made with conditions, with candidates present or use government functions to campaign, as was done by Zahid.
Bersih urges Prime Minister Anwar Ibrahim to immediately control the conduct of his cabinet members by issuing caretaker and non-caretaker government guidelines during the election periods so that government resources and machinery are not misused by ministers to campaign. It was not the first time the deputy PM has committed such violations. Previously, a similar speech was made during the recent state election campaign in Kuala Terengganu.
Such conditional announcements of government allocations applies undue pressure on voters to vote freely, and such campaign behaviour is unlikely to generate support for the government.
We hope the rest of the campaign for these two by-elections and the next Pelangai by-election will be conducted in a clean, fair and democratic manner. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme