
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) merujuk kepada keputusan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang melarang penangguhan pemilihan dalaman Umno selama 18 bulan dan mengarahkan agar parti tersebut mengadakan pemilihan secepat mungkin.
Keputusan RoS tersebut yang diumumkan sejurus selepas Umno menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri Mahiaddin Yasin, menyebabkan ianya dilihat sebagai tindakan yang bermotif politik.
Keputusan RoS adalah percubaan terbaru sepanjang sejarah tindakan bermotifkan politik di bawah arahan tuan politik mereka iaitu Kementerian Dalam Negeri untuk menghalang pendaftaran parti, gabungan dan NGO baharu, serta mencampurti urusan dalaman parti atau persatuan yang berdaftar di bawah mereka. Ini adalah satu lagi contoh bagaimana cabang kuasa eksekutif membidik musuh politik mereka.
Bersih 2.0 menggesa penyeliaan parti politik diletakkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas atau menubuhkan badan pengurusan pilihan raya yang baharu iaitu suruhanjaya penguatkuasaan pilihan raya untuk mengawal selia parti politik dan menguatkuasakan akta parti politik yang baharu dan undang-undang pilihan raya.
Perkara ini adalah selari dengan cadangan ke-11 Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya, yang mengusulkan supaya pendaftaran parti politik diletakkan di bawah SPR. Perkara ini dinyatakan dalam laporan akhir yang diserahkan kepada Mahiaddin pada Ogos 2020.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih 2.0 telah mengeluarkan satu laporan kajian bertajuk “Tiga Lebih Baik dari Satu – Pembaharuan Institusi untuk Pengurusan Pilihan Raya di Malaysia” yang mencadangkan antara lain perkara di atas dan cadangan-cadangan lain untuk memperkasakan pengawasan pilihan raya dan parti politik. Laporan ini boleh dimuat turun di sini. – Bersih 2.0
English version
Place oversight of political parties under an independent Election Commission
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) refers to the decision of the Registrar of Societies (RoS) to invalidate the postponement of Umno’s internal election by 18 months and requiring the party to hold it as soon as possible.
The timing of the RoS decision, immediately after Umno withdrew its support for Prime Minister Mahiaddin Yasin, leads us to believe that it was politically motivated.
This decision of the RoS is the latest in its long history of politically motivated actions to block registration of new parties, coalitions and NGOs, and interfere in the internal affairs of parties or societies registered under them at the behest of its master, the Ministry of Home Affairs. This is another example of abuse of the executive branch’s power to target opponents.
Bersih 2.0 calls for the oversight of political parties to be placed under an independent Election Commission or a new election management body called election enforcement commission that regulates political parties and carries out enforcement responsibilities under a new political parties act and the election laws.
This would be consistent with recommendation no. 11 of the Electoral Reform Committee that calls for the registration of political parties to be placed under the Election Commission, in its final report, submitted to Mahiaddin in August 2020.
Bersih 2.0 commissioned a research report entitled “Three is better than one – Institutional reforms for Electoral Management in Malaysia” that proposed this and other recommendations to strengthen the oversight of elections and political parties. The report can be downloaded here. – Bersih 2.0
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme