[ENGLISH VERSION BELOW] Dalam tempoh sehingga penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sabah pada 12 September 2020, Bersih Sabah menggesa semua parti politik yang ingin bertanding untuk mencalonkan calon yang bebas daripada segala tuduhan mahkamah, termasuk kes rasuah, dan membuat pengisytiharan aset secara terbuka dan disahkan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.
Bersih Sabah juga ingin mengingatkan kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan untuk tidak menyalahgunakan sumber kerajaan untuk berkempen mendapatkan undi kerana ini sama seperti menggunakan duit pembayar cukai bagi manfaat parti sendiri. Sepatutnya ada padang yang sama rata diwujudkan kepada semua parti dan calon yang ingin bertanding.
Kami sekali lagi ingin mengulangi gesaan kami untuk pilihan raya yang bebas, bersih dan adil serta semua pihak untuk mematuhi undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Sebagaimana di pilihan raya kecil Chini dan Slim, standard operating procedure dari Kementerian Kesihatan Malaysia semasa pilihan raya akan dilaksanakan oleh SPR. Semua pengundi dan parti politik perlu diingatkan untuk mematuhi standard operating procedure yang digariskan.
Kami juga menyeru semua pengundi untuk keluar mengundi bagi memastikan bahawa pilihan raya negeri kali ini dijalankan dengan bebas, bersih dan adil dengan keputusan yang berwibawa.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bagi memastikan kelancaran pemantauan pilihan raya, Bersih Sabah ingin mengajak semua rakyat berumur 21 tahun ke atas untuk menyertai pemantau Bersih. Sila e-mel ke [email protected] atau Whatsapp ke 014-5724007.
English version
Field clean candidates: Let candidates be free of corruption charges, declare assets
In the run-up to nomination day for the upcoming Sabah State Election on 12 September 2020, Sabah Bersih calls upon all political parties intending to vie for state seats to field candidates who are free from all court charges, including corruption charges, and to make public their asset declarations, verified by Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC).
Sabah Bersih would also like to remind both the caretaker government of Sabah and the federal government not to abuse public resources in campaigning for votes as this would be tantamount to using taxpayers’ money for the benefit of their own parties. There should be a level playing field for all contesting parties and candidates.
We reiterate our call for a clean, free and fair election and for compliance with all the laws under the Election Offences Act 1954.
As in the Chini and Slim by-elections, the Ministry of Health’s standard operating procedures for elections will be implemented by the Election Commission, and all voters and political parties are reminded to abide by these procedures.
Eligible voters are encouraged to go out in full force to vote to ensure the state election will be clean, free and fair with a credible outcome.
To ensure smooth monitoring of the election, Sabah Bersih would like to invite citizens aged 21 years and above to volunteer as election observers.
Please contact [email protected] or WhatsApp 014-5724007.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme