Home Coalitions Clean and Fair Elections Pelancaran operasi pemantauan pilihan raya umum 2018

Pelancaran operasi pemantauan pilihan raya umum 2018

Image: Bersih.org

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersama dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), dan barisan NGO-NGO lain, pada hari ini melancarkan bilik gerakan Pemantau untuk pilihan raya mum 2018.

Pemantau ialah suatu inisiatif rakyat untuk mencegah penipuan dan kesalahan pada pilihan raya. Pemantau akan memerhatikan kelakuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), parti politik, dan calon-calon sepanjang tempoh pilihan raya. Sebarang salahlaku atau penipuan akan dilaporkan dan tindakan mahkamah akan diambil jika perlu.

Seramai 100 koordinator Pemantau akan mula bertugas di seluruh negara mulai hari ini. Mereka akan dibantu oleh lebih 500 sukarelawan. Pasukan Pemantau akan fokus kepada 11 perkara ini:

  • Rasuah dan beli undi
  • Penjamuan makanan dan pemberian hadiah
  • Pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan
  • Penggunaan aset dan jentera kerajaan
  • Perbelanjaan berlebihan
  • Kelakuan berat sebelah oleh pegawai-pegawai
  • Undi awal dan undi pos
  • Masalah daftar pemilih dan pengundi hantu
  • Masalah pada hari mengundi
  • Politik perkauman
  • Keganasan politik, intimidasi, dan gangguan semasa kempen

Setakat ini, Bersih 2.0 telah merekodkan 48 kesalahan-kesalahan pilihan raya. Kesalahan-kesalahan ini merangkumi:

KesalahanBilanganBNPH
Penjamuan makanan dan pemberian hadiah660
Pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan15141
Penggunaan aset dan jentera kerajaan11101
Kelakuan berat sebelah oleh pegawai-pegawai220
Masalah daftar pemilih dan pengundi hantu710
Politik perkauman220
Keganasan politik, intimidasi, dan gangguan semasa kempen530

 

Sila lihat lampiran untuk senarai dan huraian kesalahan-kesalahan tersebut. Maklumat lanjut dan terbaru tentang kesalahan-kesalahan ini boleh diperolehi melalui “peta kesalahan” di laman aduan.pemantau.org/map

Perkara ini menunjukkan bahawa pemantauan adalah penting dan rakyat perlu memainkan peranan dalam memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil. Orang ramai boleh membuat laporan kepada Bersih 2.0 jika mereka mendapati sebarang penipuan pilihan raya, pelanggaran hak asasi, atau isu perkauman.

READ MORE:  Guna sumber kerajaan untuk kempen pilihan raya langgar etika pilihan raya

Aduan boleh dibuat melalui:

Website: aduan.pemantau.org
Telefon: 03-7931 4444 atau 017-872 5418 atau 017-872 5419
Whatsapp: 011-1772 1546
Emel: [email protected]

Akhir sekali, Bersih 2.0 menyeru kepada semua pihak – SPR, kerajaan, parti politik, pengundi, dan NGO – untuk memastikan pilihan raya umum 2018 berjalan dengan bersih dan adil!

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Pusat Komas

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x