Home Coalitions Clean and Fair Elections Pelancaran pemantau pilihan raya kecil Sandakan

Pelancaran pemantau pilihan raya kecil Sandakan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Berikutan pengumuman pilihan raya kecil P186 Sandakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akibat kematian penyandang kerusi tersebut Wong Tien Fatt (Stephen Wong), Bersih 2.0 (Sabah) akan melancarkan kempen Pemantau Pilihan Raya bagi memantau pilihan raya kecil ini.

Sebagaimana pemantau pada pilihan raya umum 2018, pemantau untuk pilihan raya kecil kali ini juga akan memantau parti-parti politik, calon-calon serta mana-mana kumpulan atau individu yang terlibat dengan kempen pilihan raya daripada melakukan kesalahan pilihan raya.

Sekiranya ada pihak melakukan kesalahan kita akan laporkan kepada pihak yang berkuasa dan SPR untuk tindakan selanjutnya. Kami akan menghantar tujuh orang pemantau untuk memantau pilihan raya kecil Sandakan ini.

Pasukan pemantau akan memfokuskan kepada beberapa kesalahan utama yang biasanya dilakukan oleh parti politik dan calon-calon seperti:

  • rasuah dan beli undi
  • penjamuan dan pemberian hadiah
  • salah guna aset kerajaan
  • pengaruh tidak wajar kerajaan
  • intimidasi, keganasan dan gangguan
  • berkempen pada hari pengundian

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada semua jentera kempen parti politik dan calon pilihan raya agar membaca Akta Kesalahan Pilihan Raya sebelum mula berkempen dan mematuhi akta tersebut agar berkempen dengan etika yang betul serta tidak melakukan kesalahan pilihan raya.

Kami juga ingin mengingatkan terutamanya parti yang sedang menjadi kerajaan agar tidak menyalahgunakan jentera kerajaan dan melakukan pengaruh tidak wajar semasa berkempen. Biarlah Sabah menjadi contoh kepada semua negeri di Malaysia dengan tidak melakukan kesalahan pilihan raya dan berkempen dengan bersih, bebas dan adil.

Rakyat Sabah perlu memastikan akauntabiliti ahli politik dalam menggunakan dana kerajaan. Kami juga mengajak semua rakyat Sabah untuk turut bersama-sama memantau perjalanan pilihan raya kali ini demi memastikan proses pilihan raya serta kempen-kempen yang dijalankan mengikut undang-undang dan perlembagaan.

READ MORE:  Sungai Bakap demographics at play in by-election

Sekiranya orang ramai ada mendapati kesalahan pilihan raya, pelanggaran hak asasi atau kempen perkauman yang melampau, aduan boleh dibuat melalui telefon dan whatsapp: 014 5724007 atau emel: [email protected]

Bersih 2.0 (Sabah)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x