
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) mengumumkan bahawa Bersih 2.0 akan menjadi pemerhati bagi pilihan raya kecil P 132 Port Dickson yang bermula pada hari penamaan calon iaitu 29 September 2018 sehingga hari pengundian pada 13 Oktober 2018.
Bersih 2.0 akan menjalankan pemerhatian terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), parti politik dan calon-calon dalam proses penamaan calon, kempen pilihan raya dan proses mengundi.
Sebarang salahlaku atau penipuan akan dilaporkan. Pemerhatian akan memberi fokus kepada:
- rasuah dan beli undi
- penjamuan makanan dan pemberian hadiah
- pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan
- penggunaan aset kerajaan untuk kempen pilihan raya
- perbelanjaan berlebihan
- intimidasi, keganasan, dan gangguan dalam kempen
- kelakuan berat sebelah pegawai institusi awam
- undi awal dan undi pos
- masalah daftar pemilih dan pengundi hantu
- masalah pada hari mengundi
Orang awam boleh membuat aduan kepada Bersih 2.0 sekiranya mendapati sebarang kesalahan pilihan raya melalui cara berikut
Laman web: aduan.pemantau.org
Telefon : 03-7931 4444 atau 017-2537917
Whatsapp : 017-253 7923
Emel : [email protected]
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih 2.0 juga melakukan satu inisiatif dengan menyediakan satu ikrar pilihan raya bersih dan adil yang akan dihantar kepada semua calon pilihan raya kecil Port Dickson.
Ikrar tersebut bertujuan untuk memberi satu penegasan dan peringatan kepada semua calon supaya komited terhadap pilihan raya yang bersih dan adil dan tidak melakukan sebarang kesalahan pilihan raya.
Ikrar ini dihantar kepada semua calon pada hari 1 Oktober 2018 dan Bersih 2.0 memberi tempoh tiga hari untuk semua calon menandatangani ikrar tersebut dan diserahkan semula kepada Bersih 2.0.
Bersih 2.0 menyeru semua pihak, termasuk calon, parti politik, SPR dan kerajaan supaya mematuhi peraturan-peraturan pilihan raya dan memastikan pilihan raya kecil Port Dickson dijalankan dengan bersih dan adil.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0
English version
Launch of Port Dickson’s by-election monitoring, clean and fair election pledge
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) announces that Bersih 2.0 will be an observer in the Port Dickson by-election.
Bersih 2.0 will monitor the Electoral Commission, political parties and candidates in the nomination process, campaign period and polling process and report any misconduct or fraud.
The observations focus on:
- bribery and vote buying
- treating and gifts
- undue government handouts/inducement
- use of government machinery
- excessive spending or lavish and harassment
- intimidation, violence and harassment
- biased behaviour by public institutions/officers
- advance voting and postal voting
- electoral roll problems
- problems on polling day
Members of the public may lodge complaints to Bersih 2.0 on the election offences via
Website: aduan.pemantau.org
Phone: 03-79314444 or 017-2537917
Whatsapp: 017-2537923
Email: [email protected]
Bersih 2.0 will initiate a pledge of a clean and fair election that will be sent to all Port Dickson by-election candidates. This pledge aims to remind all candidates to commit to a clean and fair election and not to engage in any election offences.
The pledge was sent to all candidates on1 October 2018, and Bersih 2.0 gave a three-day period for all candidates to sign the pledge and submit it to Bersih 2.0.
Bersih 2.0 calls on all parties including the candidates, political parties, the Electoral Commission and the government to comply with election regulations and ensure that the Port Dickson by-election is conducted in a clean and fair manner.
Bersih 2.0 steering committee
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme