Home Coalitions Clean and Fair Elections Pemantauan pilihan raya: Jangan takut kalau tiada penipuan

Pemantauan pilihan raya: Jangan takut kalau tiada penipuan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjemput pemantau antarabangsa dan dalam negeri dengan hati yang terbuka, kalau ia akan menjalani pilihan raya umum dengan bersih, bebas, adil dan berwibawa.

Pemantauan membina keyakinan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terhadap integriti dan kebolehpercayaan pilihan raya. Ini teramat penting jika keputusan pilihan raya terlalu hampir sama antara pihak yang bertanding ataupun dicemari dengan pelbagai dakwaan penipuan dan salah laku.

Maka, membenarkan pemantauan pilihan raya umum adalah seperti membeli insuran untuk keabsahan (legitimacy) pilihan raya umum, baik untuk demokrasi Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Jika pemantau antarabangsa mengesahkan proses pilihan raya umum itu bersih, bebas dan adil, dan keputusan pilihan raya umum diterima, maka tidak kira walauapapun keputusan pilihan raya umum, rakyat akan menerimanya. Ini penting untuk kestabilan politik selepas pilihan raya.

Jikalau Suruhanjaya Pilihan Raya dengan degilnya menolak pemantauan antarabangsa dan dalam negeri, apakah pengerusi suruhanjaya Hashim Abdullah sanggup memikul tanggungjawab terhadap sebarang ketidakstabilan politik dan ekonomi selepas pilihan raya?

Pepatah melayu ada mengatakan, “Berani kerana benar, takut kerana salah”. Bersih 2.0 mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjemput pemantau antarabangsa dan membenarkan pemantau dalam negara kepada badan-badan yang bebas jikalau suruhanjaya benar-benar yakin dengan kebersihan dan keadilan proses pilihan raya di Malaysia.

Bersih 2.0 juga terkejut dengan kenyataan Anggota Majlis Tertinggi Umno Mahdzir Khalid yang juga merangkap Menteri Pendidikan, yang telah menyatakan bahawa kehadiran pemantau pilihan raya umum antarabangsa tidak diperlukan kerana sistem pilihan raya umum yang digunapakai hampir sama dengan sistem di negara-negara lain.

Kenyataan beliau jelas menunjukkan kecetekkan pemahaman beliau terhadap demokrasi dan proses pilihan raya. Hari ini, pemantauan pilihan raya adalah satu “amalan terbaik” (best practice) pilihan raya di seluruh dunia. Cuma negara yang tidak demokratik akan menghalang pemantauan atau memanipulasi operasi pemantauan.

Beliau harus sedar, persepsi rakyat terhadap institusi-institusi kerajaan dalam hak undi semakin berkurangan hari demi hari. Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya tidak dapat melaksanakan mandatnya dengan baik bersih, bebas dan adil, terutamanya dalam isu persempadanan semula yang berat sebelah dan tidak sekata, pembersihan daftar pemilih, pemindahan pengundi secara besar-besaran ke kerusi marginal dan hal pemanipulasian undi pos dan undi awal.

Negara-negara seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Kenya, Myanmar, Filipina dan banyak lagi adalah contoh negara-negara yang mengamalkan sistem pilihan raya yang hampir serupa dengan Malaysia.

Negara-negara ini membenarkan pemantauan pilihan raya kerana mereka faham akan keperluan menjaga dan memelihara integriti pilihan raya umum di negara mereka. Bahkan ini juga menunjukan keterbukaan negara-negara tersebut untuk belajari dari lemahan yang sedia ada ke arah sebuah sistem yang lebih cekap dan berkesan.

Suka kami mengingatkan Mahdzir Khalid bahawa, Malaysia sendiri pernah menjemput badan bebas daripada luar negara untuk memantau pilihan raya umum di Malaysia sekitar tahun 90an.

Pemantauan pilihan raya adalah asas sebuah demokrasi yang progresif. Sejak dua dekad yang lepas, jutaan rakyat dari lebih 90 buah negara telah membenarkan pemantauan pilihan raya secara sah dan secara bebas.

Oleh itu, Bersih 2.0 telah melancarkan inisiatif pemantauan pilihan raya umum secara bebas, Pemantau. Kami percaya bahawa pilihan raya umum hanya mungkin bersih, bebas, adil dan berwibawa sekiranya rakyat secara kolektif menyuarakan dan melindungi hak mereka melalui usaha-usaha seperti ini, di mana sesiapa sahaja boleh melaporkan insiden berkenaan kesalahan dan penipuan pilihan raya di laman web Pemantau. (pemantau.org).

#SatukanTenagaKalahkanPenipuan

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x