Kurang daripada 14 jam sahaja lagi, Bersih 2.0 akan turun bersama rakyat Malaysia ke Parlimen untuk menyerahkan satu memorandum kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia untuk menyatakan bantahan terhadap pembentangan laporan kajian semula persempadanan yang bakal dibentangkan pada esok hari (28 Mac 2018).
Untuk rekod, Bersih 2.0 telah menghantar surat kepada pejabat yang di-pertua Dewan Rakyat untuk memberitahu kehadiran kami pada esok hari.
Suka untuk kami mengumumkan bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan turut hadir sebagai kumpulan pemerhati kepada himpunan aman yang bakal diadakan pada esok hari. Bersih 2.0 mengucapkan terima kasih kepada Suhakam kerana sudi hadir untuk menjadi pemerhati kepada himpunan rakyat ini.
Bersih 2.0 ingin mengingatkan semua penyokong dan peserta untuk tetap berkelakuan tenang dan aman serta jangan sesekali termakan dengan apa-apa provokasi daripada mana-mana pihak. Kesemua peserta diminta untuk sentiasa mengikuti arahan daripada pasukan keselamatan yang akan bertugas.
Bersih 2.0 berpegang kepada prinsip-prinsip yang terkandung di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang mana menjamin hak rakyat untuk berhimpun. Seperti himpunan-himpunan aman sebelum ini, Bersih 2.0 yakin pencinta demokrasi dan keamanan akan kekal berdisiplin sepanjang himpunan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kita akan mula berhimpun seawal jam 8 pagi di Tugu Negara dan kemudiannya berjalan bersama-sama ke bangunan Parlimen. Kepada peserta, adalah dinasihati untuk membawa air minuman yang secukupnya dan juga berpakaian kuning.
Keluar mengundi, kalahkan pencuri.
Jawatankuasa Bersih 2.0
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme